Para pencacai pakatan pembangkang khususnya ‘Red Bean Army’, akhirnya mampu menarik nafas lega apabila episod drama ‘kucing kurap’ yang telah berlangsung sejak sekian lama itu dilihat hampir selesai. Ia ekoran dari permohonan maaf terbuka yang dilakukan oleh ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun kerana dikatakan akur dengan ‘nasihat’ Pengerusi DAP, Karpal Singh yang memintanya berbuat demikian.
Jeff Ooi dalam ucapannya di konvensyen DAP Pulau Pinang petang tadi, menjelaskan bahawa dia tidak akan meminta maaf, seandainya tidak diminta berbuat demikian oleh Karpal.
"Tiada siapa boleh minta saya minta maaf. Saya tidak akan tarik balik atau minta maaf jika sesiapa minta, kecuali Karpal Singh, pengerusi nasional yang juga 'harimau jelutong',” katanya.
"Saya dengan ini memohon maaf kepada semua pekerja MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) yang terluka dengan gelaran berkenaan. Saya memohon maaf kerana menghormati permintaan Karpal sebagai 'Lead of Tiger Jelutong'.
"Jadi saya sebagai 'Little Tiger Jelutong' akan akur dengan kehendak Karpal," katanya sebentar tadi.
Terdahulu, ahli parlimen Bukit Gelugor itu dikatakan telah ‘menasihati’ Jeff Ooi agar memohon maaf secara terbuka kepada kakitangan MPPP yang digelar Kucing Kurap baru-baru ini, kerana menyifatkan gelaran itu tidak patut.
Disebabkan gelaran tersebut, pelbagai pihak tampil membuat kecaman termasuklah pimpinan dari pakatan yang mendesaknya agar segera menarik kembali kenyataan tersebut dan segera membuat permohonan maaf terbuka. Ini kerana ramai melihat kenyataan tersebut telah mengguris hati dan perasaan orang Melayu kerana majoriti kakitangan MPPP adalah terdiri daripada bangsa Melayu.
Malah disebabkan isu tersebut, para pencacai pakatan pembangkang dilihat seakan ‘mati akal’ untuk membela kenyataan yang mempunyai unsur perkauman itu. Sekiranya tidak dibela, ia boleh menyebabkan orang Melayu marah sekali gus merosakkan imej pakatan pembangkang. Mereka cuba menggunakan pelbagai isu sampingan bagi mengalihkan tumpuan masyarakat agar melupakan kenyataan ‘kucing kurap’.
Persoalannya bagaimana nak bela, kerana kenyataan Jeff Ooi itu jelas memperlihatkan sikap sebenar pemimpin DAP yang selama ini berselindung di sebalik jubah Pas dan Anwar Ibrahim bagi memancing undi simpati dari orang Melayu.
Di dalam kejadian sebelum ini, Jeff Ooi dilaporkan telah menghina kakitangan MPPP yang berpangkat rendah. Malah ketika ditanya mengenainya, Ooi seolah-olah bangga dengan perbuatannya itu apabila mengaku memberi label 'kucing kurap'kepada beberapa pegawai MPPP.
Ia disebabkan kerana mereka dikatakan tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.
"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... Kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," katanya.
Kesimpulannya, kenyataan maaf Jeff Ooi yang penuh dengan nada angkuh itu jelas membuktikan ianya tidak ikhlas. Ini kerana, menurutnya ia dibuat kerana akur dan tunduk dengan ‘nasihat’ Karpal dan bukannya kerana rasa bersalah kerana menghina kakitangan bawahan.
Apa pun tahniah kepada Karpal, kerana berjaya menundukkan Jeff Ooi. Dia telah membuktikan walaupun sudah tua, cacat dan hanya duduk di kerusi roda namun taring dan kuku ‘Harimau Jelutong’ masih kuat mencengkam DAP.
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment