Laman-laman sosial seperti Facebook (FB) dan Twitter semenjak
semalam begitu heboh dengan posting seorang yang mendakwa sebagai seorang ustaz
yang secara jelas cuba memfitnah atau sekurang-kurangnya cuba mewujudkan
persepsi buruk terhadap penceramah bebas, Ustaz Mohamed Kazim Elias.
Di dalam postingnya itu dia cuba menggambarkan kononnya telah
dihubungi oleh Ustaz Kazim yang ingin menjelaskan berhubung tawaran Presiden
Umno untuk melantik penceramah bebas itu sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT).
Melalui transkrip tersebut dia mengatakan kononnya Ustaz Kazim telah
dijanjikan ‘habuan’ berupa
bantuan untuk pusat pengajian kelolaan Ustaz Kazim serta turut ditawarkan
jawatan di Jakim (Jabatan Kemajuan Islam) dan sebagainya.
Paling menarik, disebabkan posting tersebut, ahli agama yang juga
merupakan Pengasas dan pengetua, Pusat Pendidikan Al-Barakah itu telah dilemparkan dengan pelbagai kata-kata makian dan
cacian. Malah tidak kurang juga ada yang merasakan tokoh agama itu seperti
lalang dan sebagainya kerana sanggup menggadaikan usaha dakwah demi jawatan.
Menyedari akan perkara itu, Ustaz Kazim segera menjawab kembali
tohmahan tersebut bagi mengelakkan berlaku sebarang kekeliruan. Berikut adalah
kenyataan penuhnya bagi menjawab isu yang dibangkitkan itu.
“Masya-Allah. Beraninya memfitnah n post pula fitnah.. Subhanallah..
Saya dah keluarkan kenyataan saya bukan ahli Umno dan tak pernah isi borang
Umno. Dan saya belum setuju terima lantikan MT, saya buat kenyataan selepas
bertemu PM (Perdana Menteri).
“Janganlah fitnah kata nak duit la, projek la, menteri la, malah PM
tidak pernah tawarkan apa-apa pun pada saya. Setakat ni saya masih mampu bagi
makan anak-anak saya. Janganlah dok fikir buruk.
“Saya baca dalam FB satu Ustaz dan blog yang kenen (kaitkan) kata
saya call dia dan beritahu kenapa saya di tawarkan jawatan di Jakim dan
lain-lain. Walaupun dia tidak sebut nama saya, tetapi Allah tahu dalam hati
kita.
“Wallahi, ini ada lah fitnah yang sangat hodoh. Buat ustaz yang buat
cerita dalam bentuk dialog itu kononnya perbualan saya dalam telefon, saya
harap jangan buat fitnah dan sebarkan fitnah.
“Ada orang kata, ustaz repot polis sahaja, saya jawab saya, report
(laporkan) pada Allah di hari kiamat. Insya-Allah” jelasnya.
Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi
s.a.w menyebut tentang mereka:
“Mereka itu berucap
dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti
anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka.
Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh
mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat” (Riwayat
al-Bukhari).
Di dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad saw ada menjelaskan walaupun
seseorang itu kuat solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan
mencerca orang, maka dia bukanlah orang yang soleh.
“Tahukah kamu siapakah orang yang
muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa
yang tiada dirham dan tiada harta”.
Sabda baginda:
“Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat
nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh
seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul
seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika
pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil
dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Paling memalukan, apabila mereka-mereka ini sering mendakwa sebagai
pejuang Islam yang sebenar. Tidak cukup dengan itu, mereka juga turut berlakon
dengan perwatakan dan pakaian bagi menipu masyarakat dengan imej Islam.
Namun tidak semua yang membaca posting tersebut percaya dengan
penipuan yang dilakukan oleh ustaz yang menggunakan nama Mohd Akmal Kamarudin
itu. Tambah menarik dia dengan jelas menggunakan lambang Pas sebagai logo untuk
gambar profilenya.
Beberapa pembaca yang prihatin segera mencela perbuatan tersebut
yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Berikut adalah beberapa komen yang
mempertahankan Ustaz Kazim itu :
Faiz
Fauzi jika saya ni sahabat ustaz mohd
akmal, saya tidak akan share masalah saya kepada beliau, sebab nanti beliau
akan post di facebook masalah yang saya ceritakan kepada beliau.
Nizam
Masjuni kau nk pertikai apanya ostad nie
punya status?inilah ajaran isle yg sebenar.mgadu domba,tikam belakang,keji
mengeji.
Zeanna
Abdullah Kalau betul sekali pun dialog
ni, tindakan anda membuka aib orang dan telah menjatuhkan maruah anda
sekali...istighfarlah
Ahmad
Dzamir Pas patut malu.... Ustaz Kazim
Elias bagi tahu pada media dia masih ahli Pas, dan tidak terima apa apa surat
pecat sebelum ini. Tetapi yang melihat kerja Dakwah Ustaz Kazim Elias adalah
UMNO, Presiden UMNO yang mahukan UKE ini dilantik agar menjadi Ejen Dakwah
kepada Ahli UMNO. Pas patut malu, kenapa tak lantik UKE, kenapa UMNO yang
lantiK UKE? Dan hari ini UKE ke yang bersalah? Hanya kerana untuk Umat Islam
maju dunia dan Akhirat?
Azham
Ahmad Tak sesuai kot panggil ustaz sbb
menyebar fitnah ni... kalau ustaz mohd kamal ni betul2 ustaz dia tentu faham
hukum-hakam.
Azuan
Arif Astaghfirullah... Kalau ini adalah fitnah
siap sedialah utk terima pembalasan... Awk pon org agama kn... Lagipun bukan
mcm ni perangai seorg yg kuat agama yg sepatutnya tidak mendedahkan kelemahan
org dan maruah org... Sia2 la belajar agama tinggi2... Betullah org kata
kewaraqan ketakwaan n kealiman seseorg xbleh diukur dgn tebalnya serban n
besarnya kelulusan... Tahniah anda dah membuktikannya...
Fadli Deli Tersenyum
sy lihat org berkopiah putih membuka aib org
Mohamed
Faizul Org pggl kamu ustaz tp
keperibadian kkmu hampess..ini yg buat org hilang hormat pd golongan
ustaz..spttnya kamu x post citer murahan gini..malu la pd Allah..
No comments:
Post a Comment