Sunday, March 20, 2011

300 Ahli Pkr Cabang Indera Mahkota Keluar Parti

KUANTAN, 20 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota, yang dikenali sebagai kubu kuat parti itu di Pahang, hampir lumpuh apabila 300 ahlinya mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai UMNO hari ini.

Antara yang bertindak keluar parti itu ialah pemangku ketua cabangnya Ibrahim Sidek, Naib Ketua Wanita PKR Pahang, Izzah Mazlan dan Setiausaha Wanita PKR, Fadizlah Abd Wahab.

Kesemua mereka kemudian menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof dalam satu majlis ‘Sirih Pulang ke Gagang’ di sini. Ibrahim, yang menyertai PKR selama 11 tahun, berkata keputusan keluar parti itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai oleh Datuk seri Anwar Ibrahim.

Katanya hala tuju parti itu kini semakin tidak menentu dan mementingkan kepada perjuangan individu sahaja.

Ibrahim memangku jawatan itu pada awal tahun ini selepas ketua cabangnya, Azan Ismail, yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota, dilantik sebagai Pengerusi PKR Terengganu.

Sementara itu, Mohd Hazmi berkata tindakan pemimpin dan ahli PKR itu menunjukkan parti tersebut kini menuju kehancuran. - umno-online

Sungai Tua Baharu: Kita menunggu majlis ‘Sirih Pulang ke Gagang’ secara besar-besaran menjelang PRU 13 terutama di Selangor, Kedah, Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment