Tuesday, March 8, 2011

Seramai 194 ahli Pergerakan Pemuda Parti Keadilan Rakyat sudah tak tahan dan cabut lari

Betul ke khabar ini? Seramai 194 ahli Pergerakan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mambong Zon Kampung Git/ Nyiru bertindak keluar parti dengan menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bengoh.

Diketuai oleh Ketua Pemuda PKR Mambong Zon Git/Nyiru Robert Assan, kumpulan tersebut mendakwa tindakan mereka itu berpunca daripada kesilapan pimpinan parti pembangkang itu sendiri yang telah menjanjikan sesuatu tetapi tidak menunaikannya.

“Kami telah menyertai PKR selama enam tahun dan mereka telah menjanjikan sesuatu… selama ini kami menunggu, tetapi apa yang dijanjikan tidak ditepati".

Ulasan: Sudah banyak kali bila keluar sahaja ahli parti alasan tetap sama iaitu mereka terlalu lama menunggu janji-janji yang ditabur sehingga mereka sudah bosan menunggu lama. Ahli-ahli PKR kena ingat sangat mudah menabur janji tetpi bukan senang mahu tunai janji. Adakah Sarawak kini semakin sempit kehidupan berbeda 10 tahun lalu?

Baca seterusnya di sini

No comments:

Post a Comment