Sunday, March 6, 2011

94 lagi anggota PKR sudah cabut dari parti dan berlindung di bawah payung UMNO

TUARAN 6 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah kini bertambah goyah apabila semakin ramai anggota parti itu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO, kata Ketua UMNO Tuaran Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata, hari ini seramai 94 anggota parti itu yang diketuai bekas ketua ranting PKR Indai Rusnin Laseh menyerahkan borang menyertai Umno kepadanya.
"Saya percaya lebih ramai lagi ahli-ahli PKR sedar dan menyertai BN (Barisan Nasional) dalam masa terdekat. Ini kerana kerajaan BN sahaja mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat,” kata Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah kepada pemberita di sini.

Sememangnya sangat benar hanya BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat. Orang Melayu dan Bumiputra masih memerlukan BN untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan mereka. Parti-parti yang dikuasai oleh keluarga tidak dapat diyakini mampu memberi keadilan kepada rakyat.

Baca seterusnya di sini

No comments:

Post a Comment