Wednesday, February 9, 2011

Jentera BN Dinasihat Tidak Terlampau Yakin Menang PRK Merlimau

JASIN, 9 Feb (Bernama) -- Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya tidak terlampau yakin dengan kemenangan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau nanti kerana sikap itu boleh menjejaskan kualiti kerja mereka.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata walaupun DUN Merlimau merupakan kubu kuat BN, anggota jentera BN tidak harus memandang rendah terhadap strategi yang akan dilancarkan pembangkang dan perlu bekerja keras untuk mematahkan strategi yang diatur mereka.

"Kalau pembangkang ada 10 strategi, kita mesti ada 20 strategi yang lebih kuat (bagi memenangi pilihan raya kecil ini)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jentera BN bagi peti undi kawasan Merlimau Utara di Taman Harmoni, Merlimau di sini.

Ulasan: Pemimpin-pemimpin UMNO yang ada rekod politik wang tetapi masih berkuasa dan belum diambil tindakan sila hilangkan diri anda daripada turut berkempen di Merlimau kerana mereka ini hanya akan membebankan penceramah lain untuk pertahankan UMNO. Diharap TG Nik Aziz dapat membantu kemenangan UMNO/BN seperti yang telah dilakukan dalam siri-siri PRK yang lalu dengan fatwa-fatwa ganjil beliau.

Berita seterusnya di sini

No comments:

Post a Comment