Kata orang, selama mana seseorang manusia boleh berpura-pura. Seorang politikus yang hebat pun tidak mungkin dapat berlakon selamanya. Yang bodoh tidak mungkin dapat berpura-pura bijak selamanya. Satu hari akan terbongkar juga kebodohannya apabila beliau tidak mampu menghasilkan apa-apa.
Begitu juga yang jahat, tidak mungkin dapat berpura-pura baik selamanya. Begitulah juga dengan Lim Guan Eng dan parti DAP.
Setelah sekian lama mendabik dada sebagai bijak dan lebih baik, telus serta cekap dari UMNO atau BN, DAP akhirnya terpaksa menelan hakikat bahawa parti mereka tidak mampu menyaingi BN sedikit pun dari segala segi. Hanya dalam masa tidak sampai dua penggal, segala kebodohan, ketidaktelusan, ketidakcekapan, ketidak-adilan, kejahatan, penipuan, perkauman dan kesamsengan DAP terserlah luas.
Keangkuhan Lim Guan Eng yang keterlaluan menjadi kunci kepada terbongkarnya warna sebenar DAP. Beliau yang digelar “Tokong oleh ahli-ahli DAP dari kalangan kaum Cina sendiri sudah begitu banyak membuat kesilapan. Benarlah kata orang yang bijaksana, apabila berhadapan dengan musuh yang terlalu angkuh, kita tidak perlu berbuat apa-apa kerana beliau pasti akan berbuat silap dan memusnahkan dirinya sendiri.
Hari ini, khabarnya, terdapat pergerakan “kebangkitan ahli-ahli DAP di sekurang-kurangnya lima negeri iaitu Selangor, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Perak untuk “memberi pengajaran kepada Lim Guan Eng melalui pemilihan semula CEC. Berita ini turut dilaporkan oleh akhbar Sin Chew. Menurut Sin Chew, Naib Pengerusi Bahagian Ladang Paroi, David Dass telah memfailkan injunksi bagi menghalang mesyuarat CEC atas alasan ia tidak mengikut perlembagaan parti.
David Dass adalah antara yang tidak menerima notis mesyuarat terdahulu dan sekali lagi dipinggirkan dalam perjumpaan khas sempena pemilihan semula yang diadakan baru-baru ini. Justeru, semua orang mengesyaki bahawa perwakilan yang majoritinya dari kaum India yang dipinggirkan dalam pemilihan awal, pasti akan dipinggirkan sekali lagi dalam pemilihan semula pada 29hb ini.
Syak wasangka itu kini bertukar dendam setelah Guan Eng meneruskan sikap angkuhnya dengan enggan mengaku salah dan terus mengabaikan rungutan mereka.
Lebih kotor lagi, kepimpinan DAP juga cuba mereka-reka cerita kononnya telah menerima surat dari mereka menyatakan tidak dapat hadir. Perkara ini menyebabkan mereka yang teraniaya semakin berang.
Apa yang menghairankan ialah sikap Guan Eng yang sedikit pun tidak merasa kesal atas apa yang berlaku, jauh sekali memujuk para perwakilan yang telah dipinggirkan itu. Malah, Guan Eng berpura-pura tidak terlibat tetapi menyalahkan ROS pula. Kononnya, ROS sengaja ingin mengenakan DAP.
Sedangkan hakikatnya, DAP berhadapan dengan kemarahan ahli-ahli sendiri.
Walaupun menghadapi kecaman hebat dari dalam, Guan Eng tegar akan meneruskan pemilihan CEC sepertimana yang dirancang. Alasannya, beliau belum lagi menerima apa-apa arahan mahkamah mengenai injunksi yang difailkan oleh David Dass. Beliau juga langsung tidak mengulas perihal peminggiran beberapa perwakilan dari perjumpaan khas yang diadakannya.
Nampaknya, setelah gagal memberontak melalui himpunan Blackout, Guan Eng pula terpaksa berhadapan dengan pemberontakan ahli-ahli yang berdendam dengannya.
Biarpun keadaan semakin genting, kita pasti seorang yang angkuh seperti Guan Eng tidak akan mampu belajar apa-apa dari episod ini.
Justeru, wajarlah ahli-ahli DAP melakukan perubahan drastik dengan menukar kepimpinan sebelum kedudukan Guan Eng semakin kukuh iaitu dari seorang Tokong menjadi seorang Dewa. Di waktu itu, ahli-ahli DAP pasti akan dapat mengalami apa yang dikatakan pemerintahan diktator, kejam dan zalim yang sebenar-benarnya.
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment