Friday, September 6, 2013

Perang Menjelang CEC DAP

Pemilihan CEC DAP terus menjadi topik perbincangan hangat di kalangan ahli-ahli DAP.  Setakat ini, semua pihak menantinya dengan penuh prejudis.  Beberapa rungutan telah pun kedengaran terutama di kalangan perwakilan berbangsa India.

Nampaknya, DAP sekali lagi meminggirkan mereka dalam dialog awal yang diadakan dengan para perwakilan.   Dialog yang diadakan khas bagi menghadapi pemilihan semula tersebut disyaki bertujuan untuk ‘mengatur’ kekalahan atau kemenangan individu-individu tertentu.

Dengan peminggiran perwakilan dari kaum India dari dialog ini, memperlihatkan yang DAP sememangnya berniat untuk mempermainkan mereka sekali lagi.

Justeru, tidak mustahil apa yang berlaku dalam pemilihan sebelum ini bakal berulang di mana 753 perwakilan dari kaum India tidak dijemput.

Setelah meminggirkan kaum India serta memanipulasi kaum Melayu dalam pemilihan terdahulu, kepimpinan DAP berhadapan dengan risiko yang lebih besar akan ditolak oleh kedua-dua kaum ini dalam pemilihan semula ini.

Di masa yang sama, tidak semua kaum Cina di dalam DAP menerima baik kepimpinan kuku besi Guan Eng.   Sikap Guan Eng yang angkuh sudah lama menjadi liabiliti kepada parti.

Ini kerana, DAP sepatutnya tidak perlu melalui segala episod yang memalukan sehingga terpaksa mengadakan pemilihan semula, sekiranya Guan Eng benar-benar punya kredibiliti, bijak dan jujur dalam memimpin parti.  

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa imej dan kredibiliti DAP hancur kerana Lim Guan Eng.

Guan Eng sendiri tahu bahawa tiada jaminan yang semua perwakilan Cina akan memilihnya.  Mengenali sikap samseng, angkuh dan kukubesi Guan Eng, beliau tidak mungkin akan mengambil risiko dirinya dan orang-orang pilihannya kalah dalam pemilihan.

Di masa yang sama, para perwakilan yang menolaknya juga pasti sedang mengatur rancangan untuk menyingkirkannya dan juga orang-orangnya.  Jelas, kedudukan Guan Eng benar-benar bahaya pada ketika ini.

Dalam keadaan ini, semua orang melihat pemilihan semula DAP ini bakal menjadi pemilihan yang dua kali paling tercemar dalam sejarah politik negara.  Ini kerana, Guan Eng tidak mungkin akan membenarkan dirinya tersingkir dengan apa cara sekali pun.

Bak kata orang, sebuah penipuan hanya boleh ditutup dengan penipuan yang lebih besar.

Setelah menipu dalam pemilihan awal, dan sedang mengatur cara untuk menutup penipuan itu dalam pemilihan semula, maka inilah disarankan agar ahli-ahli DAP belajar menyesuaikan diri untuk ditipu selama-lamanya oleh pemimpin mereka.

Sumber:  Beruang Biru

No comments:

Post a Comment