Friday, October 25, 2013

TOUCH POINTS BAJET 2014














PRK Sungai Limau: Sohaimi lawat teman lama

Azam calon BN PRK N20

Calon pilihan RAKYAT #prksglimau

PRK Sungai Limau: Calon PAS Lembab?

Pilihanraya Kecil Sungai Limau menyaksikan bagaimana PAS bergantung hampir sepenuhnya kepada pengaruh Allahyarham Tan Sri Azizan dalam usaha untuk meraih sokongan.  Walaupun ia merupakan kubu kuat PAS, tetapi kekuatan itu dilihat terletak kepada Tan Sri Azizan, dan bukan sangat kepada parti.

Justeru, gambar-gambar Tan Sri Azizan digunakan sebagai bahan kempen untuk bermain dengan emosi dan sentimen pengundi.   Nama arwah juga digunakan sepenuhnya terutama dalam memperkenalkan calon, iaitu Ustaz Azam Samad. Kononnya, Ustaz Azam adalah pewaris arwah Tan Sri Azizan.  Kononnya, mereka berkongsi pendirian mengenai hala tuju parti dan juga pentadbiran di kawasan tersebut.

Hakikatnya, PAS menipu pengundi kerana Ustaz Azam adalah proksi kepada Mahfudz Omar yang turut memusuhi Tan Sri Azizan.  Jika proksi kepada Mahfudz, mana mungkin beliau berkongsi pendirian dengan arwah?

Bukankah lebih murni sekiranya PAS berkempen di atas kebenaran iaitu atas nama calon tanpa menyalahgunakan nama Tan Sri Azizan?

Nampaknya, PAS agak segan untuk mengetengahkan calon tanpa membayanginya dengan personaliti arwah kerana PAS tahu, Ustaz Azam adalah jauh panggang dari api berbanding arwah.

Beliau yang merupakan Pengarah PASTI dikatakan bukanlah seorang yang aktif di dalam politik.  Malah, dari segi kerjanya pula, beliau mengambil sikap santai dalam mentadbir PASTI.  Ini boleh dilihat dari laman web PASTI Kedah yang tidak bermaya dan tidak lengkap.  PASTI juga tidak mampu menyaingi pusat-pusat asuhan anjuran kerajaan, apatah lagi swasta yang jauh lebih berkualiti dari segi pembelajaran, guru-guru mahupun bangunan.

Rata-rata anak-anak PASTI jauh ketinggalan apabila masuk ke sekolah rendah.

Namun, satu kelebihan Ustaz Azam ialah beliau dikatakan seorang yang kekeluargaan (family man).   Walaubagaimanapun, kelebihan ini menjadi kekurangan jika dilihat dari konteks politik.  Apatah lagi, sebagai seorang calon wakil rakyat.

Kita sedia maklum bahawa dalam banyak perkara, seorang wakil rakyat perlu mendahulukan rakyat berbanding keluarga.   Wakil rakyat tidak boleh bersikap seperti seorang rakyat biasa yang rutin hidupnya adalah pergi kerja dan balik kerja sahaja. Wakil rakyat tidak ada cuti hujung minggu untuk membawa keluarga bersiar-siar selalu.

Seorang wakil rakyat kerjanya adalah 24 jam.  Justeru, memandangkan tugas beliau di PASTI juga tidak dapat dilakukan dengan cekap, bagaimana masyarakat Sungai Limau boleh membayangkan beliau mentadbir kawasan dengan cekap juga?

Berdasarkan fakta ini, tidak hairanlah apabila kedengaran sedikit rungutan di kalangan PAS mengenai pemilihan calon.  Jelas, walaupun PAS kelihatan begitu yakin yang mereka boleh menang di Sungai Limau tetapi mereka sendiri meragui yang Ustaz Azam mampu memikul tugas dengan dedikasi.

Sudahnya, bagi mengaburi mata masyarakat dan mengalih perhatian, maka nama Tan Sri Azizan ditonjol dan digunakan sehabis-habisan bagi menaikkan Ustaz Azam.  

Justeru, pengundi Sungai Limau perlu bijak menghalusi permainan PAS ini.  Ingatlah, Ustaz Azam bukan Tan Sri Azizan dan beliau tidak mungkin mampu menyaingi ketokohan Allahyarham.

Janganlah tersilap mengundi kerana bayang-bayang tokoh yang tiada, tetapi undilah berdasarkan apa yang terlihat di hadapan mata.

Sumber:  Beruang Biru

Penyelewengan Tabung Memali, Bimbangkan Pas di Sungai Limau

Walaupun pada dasarnya Pas mengatakan mereka yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau. Namun apabia dilihat kepada jentera dan gerakan yang dilakukan parti itu selama ini, ramai merasakan Pas bakal berdepan dengan laluan yang ‘sedikit’sukar

Ini kerana walaupun kerusi DUN Sungai Limau boleh dikatakan sebagai kubu kuat buat parti itu, dan Umno hanya turun sebagai calon ‘ underdog’ namun pelbagai isu dan faktor tambahan dirasakan mampu menyebabkan Pas tidak senang duduk bagi berdepan dengan calon BN/umno.

Antaranya isu Tabung Memali, yang dboleh diibaratkan sebagai ‘mimpi ngeri’ buat parti itu. Ini kerana, umum melihat bagaimana parti yang mendakwa berjuang atas nama Islam, begitu rakus membahamkan jumlah kutipan derma yang selama ini dikutip atas nama jihad, balu dan anak-anak yatim di kampung Memali, Baling.

Tabung yang ditubuhkan oleh pihak pengurusan Pas hasil dari sumbangan ahli, penyokong dan orang perseorangan itu dikatakan telah mencecah ke angka jutaan ringgit. Namun didakwa telah diselewengkan oleh pimpinan parti itu seperti yang telah didedahkan oleh CN Al Afghani atau Zainon Ismail melalui buku Air Mata di Bumi Memali.

Malah Zainon yang juga merupakan bekas ahli Pas seumur hidup, mendakwa wang tersebut telah diratah pihak yang tidak bertanggungjawab di dalam kepimpinan Pas negeri.

Namun sehingga kini, mereka yang didakwa masih enggan memberikan sebarang respon berhubung perkara ini. Tambah memeranjatkan, kepimpinan Pas peringkat pusat juga mengambil pendekatan mendiamkan diri seolah-olah ‘membutakan mata dan hati’ terhadap penyelewengan tersebut.

Menurut Zainon, wang yang dikumpulkan ekoran tragedi Memali pada 1985 itu seolah-olah telah hilang tanpa dapat dikesan. Tambah mengelirukan akaun penyata tabung tersebut juga seolah-olah tidak wujud, walaupun kutipan derma dilakukan hamper setiap tahun, yang mengunakan nama balu dan anak-anak yatim di Memali.

Hasil pendedahan Zainon itu juga, Pas pusat dikatakan telah mengambil tindakan menutup tabung ini, walaupun pada ketika itu, akaun tabung masih berbaki sebanyak RM65,000.

Mengikut rekod, masih ada sembilan balu Memali yang masih hidup dalam keadaan daif dan masih ramai anak yatim tragedi Memali yang memerlukan duit untuk meneruskan pengajian mereka.

Tabung Memali ditubuhkan pada 1986 oleh Pas Pusat iaitu setahun selepas tragedi Memali bertujuan membiayai kos guaman kerana 14 balu bertindak menyaman Kerajaan Persekutuan, membiayai pendidikan anak-anak yatim serta membantu kos sara hidup mangsa Memali.

Sejak ditubuhkan, empat pihak diberi tanggungjawab oleh Pas Pusat untuk mengumpul semua sumbangan orang ramai iaitu lidah rasmi parti tersebut Harakah; Pejabat Pas Pusat; Pejabat Perhubungan Pas Kedah dan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali.

Semua wang serta sumbangan orang ramai termasuk dalam bentuk barang kemas kemudian diuruskan oleh tiga individu, yang mana Zainon adalah salah seorang sebelum dimasukkan ke dalam tabung bagi membantu 14 balu, 80 anak- anak yatim dan hampir 150 mangsa Memali.

Dan kini, Pas berdepan dengan isu yang tidak pernah dijelaskan dan memandangkan PRK Sg Limau akan berlangsung beberapa hari lagi, parti itu perlu menjawab semua tuduhan yang dibangkitkan sebelum ini.

Ini kerana rakyat khususnya pengundi Sungai Limau perlu diberikan penjelasan mengenainya. Ini kerana, menurut sumber ada dikalangan pengundi Sungai Limau yang mempunyai hubungan keluarga dengan balu dan waris di Memali.

Kesimpulannya, Pas bukan sahaja bertanggungjawab terhadap penyelewengan tabung tersebut, namun yang paling penting perlu membersihkan diri dari semua tuduhan yang dibangkitkan itu. Sebagai sebuah parti yang mengunakan Islam sebagai alat untuk memancing undi, Pas tertu sedar, antara dosa besar di dalam Islam ialah memakan harta anak yatim.

Sumber:  Beruang Biru

Pensyarah Kanan vs Guru Tadika

Pilihan Raya Kecil Sungai Limau bakal berlangsung 4 November ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional dan juga PAS.

Kedua-dua calon ini sekarang sedang giat berkempen untuk menempuh PRK ini dengan berusaha untuk memenangi hati pengundi di Sungai Limau.

Mari kita lihat biografi kedua-dua calon ini, pertama kita selak latar belakang calon PAS. Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samat merupakan pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah. Beliau berumur 37 tahun dan mempunyai lima orang anak.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah lulusan Universiti Al Azhar Mesir dan juga memegang Diploma Pendidikan Pengajian Islam.

Dalam bidang politik, selain ketua pemuda PAS Jerai, beliau juga merupakan Exco Pemuda PAS Negeri Kedah.

Calon BN pula menampilkan Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim  dan beliau mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.

Ahmad Sohaimi yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini.

Jadi sudah jelas nampak perbezaan dua calon BN dan PAS ini, perbandingan antara Pengarah Tadika dan juga Pensyarah Kanan Universiti.

Antara mereka berdua, nampaknya calon BN lebih berkredibilti untuk mentadbir Sungai Limau berdasarkan latar belakang dan pengalaman yang ada sebagai seorang pensyarah.

Tinggi mana pun belajar, pengalaman adalah lebih berguna untuk mentadbir. Berdasarkan umum calon BN yang sudah 52 tahun, rasanya beliau lebih banyak makan garam berbanding calon PAS yang baru 37 tahun.

Pertaruhan PAS nampaknya kurang menggigit, tetapi tiada siapa dapat menjangka apa yang bakal terjadi. Cuma kalau pengundi bijak, mereka pasti tahu bagaimana untuk menilai dan memilih wakil rakyat mereka.

Apa yang pasti, penduduk Sungai Limau perlukan perubahan dan kemajuan di tempat mereka seiring dengan kawasan lain bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.

Sumber:  Beruang Biru

DAP Marah Nik Aziz Hina Komunis Sama Dengan UMNO?

Agak mengejutkan apabila Nik Aziz menyamakan UMNO dengan Komunis dalam usahanya untuk memburukkan UMNO.  Alasan Nik Aziz, UMNO membuat pembangunan dan pemerintahan komunis juga membuat pembangunan untuk rakyatnya.  Oleh itu, beliau mengakui ada perkara baik yang dibuat oleh UMNO tetapi, selagi masih ada lagi perkara yang tidak baik yang dilakukan UMNO maka samalah saja dengan komunis.

Kita bukan terkejut dengan hujah merapu Nik Aziz itu, kita cuma terkejut kerana beliau meletakkan perbandingan UMNO dengan komunis bagi menunjukkan keburukan UMNO.  Walhal, parti PAS turut membela komunis melalui Naib Presidennya Mat Sabu. Siapa yang dapat melupakan bagaimana bersungguh-sungguhnya Mat Sabu membela Mat Indera.

Tatkala Mat Sabu membela komunis, Nik Aziz tidak pula membantah maka tidak salah jika dikatakan bahawa Nik Aziz tidak punya masalah dengan cara pemerintahan komunis.

Nik Aziz juga mungkin perlu berhati-hati bila bercakap tentang komunis kerana ia mampu menyinggung DAP.  Sokongan hatta sanjungan DAP terhadap komunis bukan rahsia malah ia merupakan satu perjuangan yang tiada penghujungnya.

Begitu hebat sanjungan DAP terhadap komunis sehinggakan mereka sanggup mencuba sedaya upaya untuk membawa balik abu mayat Chin Peng ke Malaysia untuk diberi penghormatan taraf wira.

Bukan Nik Aziz tidak tahu bahawa dalam DAP membela komunis, terdapat penyokon-penyokong PAS yang turut serta.  Di laman-laman sosial mereka bertanya, kenapa harus marah kepada komunis yang hanya ‘memerintah’ selama 2 minggu tetapi tidak menunjukkan tahap kemarahan yang sama pada British atau Jepun yang menjajah bertahun-tahun?

Untuk pengetahuan penyokong PAS, kita marah kepada komunis sehingga ke hari ini kerana mereka cuba mengubah sejarah manakala British, Jepun, Portugis mahupun Belanda yang pernah menjajah negara ini tidak mengambil sikap biadap dan hipokrit untuk menutup atau menafikan kekejaman dan ketamakan nenek moyang mereka dahulu.

Kita marah kepada komunis kerana mereka masih lagi cuba menjajah Malaysia, secara kurang ajar, mencabar dan memperlekeh orang-orang Melayu dengan menggunakan nama DAP.  Mereka sanggup membawa sejarah palsu ke layar filem semata-mata untuk membasuh minda generasi muda.  Tindakan ini bukan sahaja biadap, tetapi merbahaya.

Namun, jelas sekali, orang-orang PAS tidak marah pada komunis kerana komunis menentang kerajaan.  Bagi PAS, komunis itu adalah sahabat yang sama-sama berjuang untuk merampas Putrajaya.

Justeru, jika komunis begitu baik, kenapa pula Nik Aziz memandang komunis sebagai ‘sama jahat dengan UMNO’?   Jika sama-sama jahat, kenapa PAS boleh berpakat-pakat dengan komunis, tetapi tidak dengan UMNO?

Harap Nik Aziz jangan cuba berdalih konon DAP itu bukan komunis.  DAP tidak pernah menafikan yang mereka menyokong dan menyanjung komunis.  Begitu juga dengan Naib Presiden PAS.

Oleh itu, mungkin Nik Aziz wajar mengadap Lim Kit Siang dan menerangkan pendiriannya iaitu apakah komunis itu jahat seperti UMNO atau wira yang perlu disanjung?

Selain itu, kita juga ingin bertanya Nik Aziz, jika kerajaan yang membuat pembangunan tetapi tidak baik seratus-peratus perlu ditentang, maka bagaimana pula kerajaan yang tidak membuat pembangunan langsung seperti kerajaan PAS Kelantan?  Apakah ia perlu disokong?

Sumber:  Beruang Biru

Saya Mahu Jadi Ejen Perubahan


Projek ZIPY Batal Jika Penduduk Bantah


Jangan Maki Orang Dalam Ceramah


Calon BN Berperwatakan Baik


Ahli Pas Kena Undi BN


Wednesday, October 23, 2013

Kenapa Anwar dan Wan Azizah Jauhkan Diri Dari Sungai Limau?

Walaupun Kedah secara amnya masih berkabung atas pemergian Tan Sri Azizan Razak, tetapi bagi orang-orang PAS, waktu berkabung telah tamat.  Malah, kita tidak hairan jika orang-orang PAS tidak berkabung pun kerana sebahagian besar dari mereka sememangnya memusuhi Allahyarham.

Sebelum arwah meninggal juga, terdapat di kalangan orang-orang PAS yang meraikan berita beliau jatuh sakit.  Apabila beliau tenat, mereka mempersendakan pula dan membuat tuduhan yang kejam semata-mata untuk melepaskan geram dan dendam kerana pendekatan arwah yang berbaik-baik dengan UMNO.

Bagi yang mengenali beliau pasti sedia maklum bahawa rata-rata keluarga arwah termasuk di Sungai Limau sendiri merupakan penyokong UMNO.  Malah, dalam PRU yang lalu arwah ditentang oleh sepupunya sendiri dari UMNO.  Namun, hubungan UMNO-PAS di Kedah di bawah pentadbiran arwah adalah hubungan persaudaraan yang kukuh antara umat Islam.  Malangnya, sikap professional Tan Sri Azizan itu ditentang kuat oleh PAS yang menganggap beliau sebagai ‘pembelot’ kepada parti.

Arwah terkenal dengan pendirian yang tegas dan sering bertentangan pendapat dengan kepimpinan PAS Pusat apalagi kepimpinan Pakatan Rakyat.  Siapa yang tidak tahu bahawa Tan Sri Azizan menolak Buku Jingga.  Beliau juga menolak Syiah dan sebarang bentuk ektremisme.  Beliau menentang budaya demonstrasi yang dibawa oleh BERSIH.

Beliau tidak memberi muka kepada DAP dan cukup keras menentang sebarang pengaruh DAP atau Anwar Ibrahim di dalam PAS Kedah.

Maka tidak hairanlah Anwar Ibrahim tidak kelihatan di mana-mana ketika PAS sedang sibuk berkempen di Sungai Limau.  Wan Azizah juga langsung tidak menjenguk muka.  Umum tahu bahawa keluarga Anwar tidak menghadiri atau menghantar wakil menziarah jenazah Tan Sri Azizan, jauh sekali hadir di majlis pengebumian.  Begitu juga pemimpin PR dari DAP, tiada siapa yang melawat keluarga arwah sehingga ke hari ini walaupun sekadar syarat untuk mengucap takziah.

Sekiranya Tan Sri Azizan masih hidup, beliau pastinya tidak akan bersetuju dengan Anwar Ibrahim dalam isu Kalimah Allah.  Memandangkan isu ini sedang hangat kini, menghadiri kempen Sungai Limau bukanlah satu tindakan yang bijak bagi Anwar Ibrahim dan isteri.  Anwar sendiri nampaknya menyedari bahawa kehadirannya tidak akan disambut malah akan dianggap sebagai liabiliti bagi PAS Kedah.

Anwar juga bimbang sekiranya apa yang berlaku di Besut berulang lagi.  Dalam PRK Besut, kehadiran Anwar tidak mendapat sambutan langsung.  Malah, mana-mana kuncunya di dalam PAS juga turut terkena tempiasnya.  Jelas, rata-rata akar umbi PAS menolak Anwar dan kumpulan Anwarinas.

Namun, sedar atau tidak, kumpulan Anwarinas tetap menguasai PAS biarpun akar umbi PAS menolak mereka.   Justeru, sekiranya PAS menang lagi di Sungai Limau, ia akan dianggap sebagai penerimaan akar umbi PAS terhadap kepimpinan kumpulan Anwarinas ini.

Pengundi-pengundi Sungai Limau wajar mengambil maklum akan perkara ini agar dapat membuat pilihan yang tepat pada 4 November nanti.

Fahamilah apa yang Tan Sri Azizan lalui dan perjuangkan ketika di dalam parti. Bayangkan cabaran yang dihadapinya dalam memastikan Kedah bersih dari sebarang agenda kafir harbi mahupun golongan penyokong LGBT.  

Ketidakhadiran Anwar di Sungai Limau bukan bermakna PAS bebas dari cengkamannya. Kini, Allahyarham telah tiada untuk membataskan pengaruh Anwar.  Percayalah, dengan meletakkan Azam Samat, iaitu proksi Mahfudz sebagai calon, akan membuka peluang bagi pengaruh Anwar bertapak di sini.

Dengan mengambilkira hakikat ini, kini terpulanglah kepada pengundi Sungai Limau dalam menghayati dan mentafsirkan perjuangan Allahyarham Tan Sri Azizan dan menterjemahkannya di kertas undi.

Sumber:  Beruang Biru

Kebolehan pemimpin-pemimpin UMNO jadi sandaran (Utusan)

KHEMAH yang menempatkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) di majlis penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Dewan Datuk Madi, Yan, Kedah semalam menjadi tumpuan.

Ini memandangkan ia menjadi lokasi pertama bagi sebahagian besar pemimpin-pemimpin UMNO yang bertanding dalam pemilihan Sabtu lalu berkumpul. Sudah pastilah tumpuan diberikan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang bersaing sengit dalam pemilihan tersebut.

Namun, bukanlah soal kemesraan antara kedua-dua anak kepada dua bekas Perdana Menteri ini yang mahu diperkatakan tetapi bagaimana semangat ahli-ahli Majlis Tertinggi yang baru dilantik turun ke Sungai Limau. Lebih menarik ada antara mereka yang tewas seperti Menteri Besar Perlis, Azlan Man dan Datuk Azman Shah Omar Shah.

Sama ada kalah atau menang dalam pemilihan lalu ia tidak lagi menjadi perhitungan, apa yang pasti ketika berbual-bual dengan mereka, kesemuanya bertekad untuk turun habis-habisan bagi memastikan kemenangan BN di kubu kuat Pas tersebut.

Masing-masing mempunyai kemampuan dan kebolehan tersendiri serta sudah pasti masing-masing ada kumpulan pengundi yang harus diberikan tumpuan. Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri, Mas Ermieyati Samsuddin sudah bersedia untuk ke gelanggang. Tetapi seperti mana kata ketiga-tiga mereka, kempen akan dijalankan secara berhemah dan tertib, tidak boleh redah sahaja memandangkan Sungai Limau adalah kawasan luar bandar.

Sementara itu, Hishammuddin sudah pun memulakan langkah dengan bertemu veteran UMNO di DUN tersebut dan dijangka turun lagi pada saat-saat akhir kempen, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal turut mengatur langkah bertemu pengundi kerana kementerian beliau banyak berjasa di Sungai Limau. Kebolehan dalam bidang agama termasuk menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis akan membolehkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjadi sandaran untuk mematahkan hujah-hujah Pas yang pastinya akan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis bagi meraih sokongan.

Sebenarnya, UMNO mempunyai pasukan pemimpin yang lengkap sama ada dalam soal dunia mahupun akhirat. Tetapi acap kali kelebihan ini tidak diketengahkan dalam kempen-kempen semasa pilihan raya kecil.

Oleh itu Sungai Limau adalah lokasi terbaik untuk barisan MT dan sayap-sayap UMNO berpadu tenaga bagi meranapkan kubu Pas di DUN tersebut. Berbanding UMNO, Pas hanya bergantung kepada golongan agama untuk meraih undi tetapi UMNO mempunyai semua golongan malah terdiri daripada pentadbir yang baik dalam membangunkan negara.

Justeru, kita mengharapkan semangat yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO ini akan berterusan sehingga hari pengundian 4 November. Percayalah, dengan kekuatan dan kebolehan yang ada dan atas niat ingin berbakti demi kesejahteraan, insya-Allah, misi menawan DUN Sungai Limau bukan satu misi mustahil.

Apa yang penting ialah keazaman dan membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO adalah pasukan politik paling lengkap, berwibawa dan jauh berkemampuan berbanding Pas yang hanya bijak berceramah, menabur janji dan mengukir ilusi.

Sumber:  Beruang Biru

Faktor BN mahukan Sungai Limau (Utusan)

Di atas kertas, ramai yang meramalkan Barisan Nasional (BN) tidak akan berpeluang untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Sungai Limau yang berada dalam genggaman Pas.

Kerusi DUN itu dianggap kubu kedua terkuat Pas di Kedah selepas DUN Tokai yang berada dalam Parlimen Pendang. DUN Sungai Limau atau dahulunya dikenali DUN Sala seolah-olah begitu kebal untuk ditembusi oleh BN apatah lagi ia dikuasai oleh Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Allahyarham dianggap tokoh yang memungkinkan Sungai Limau berada di tahap itu dan Allahyarham jugalah yang memungkinkan melalui kepimpinan di dalam Pas bukan kata Sungai Limau berada dalam genggaman Pas malah dalam pilihan raya umum 2008, parti itu berjaya menawan Kedah.

Bagaimanapun Azizan tetap menjadi idola penduduk-penduduk Sungai Limau, ketabahan Allahyarham menghadapi asakan demi asakan dalam parti sendiri telah memungkinkan Allahyarham terus berjaya mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau, biar pun Pas kehilangan tampuk pemerintahan kerajaan negeri Kedah.

Namun pada 26 September lalu, Allahyarham kembali menemui Ilahi sehingga memungkinkan kerusi DUN Sungai Limau kosong bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan.
Allahyarham Azizan bukan seperti pemimpin Pas lain, Allahyarham tidak pernah melihat pemimpin-pemimpin atau penyokong BN sebagai musuh, Allahyarham bersahabat dengan sesiapa sahaja, faktor inilah yang membolehkan Allahyarham terus menjadi pemimpin Pas yang dihormati oleh kawan dan lawan.

''Peluang BN untuk menang tetap ada kerana Pas menghadapi masalah untuk mencari pengganti seperti Azizan, dia kawan dengan semua orang tak kira parti,'' kata seorang penduduk Sungai Limau kepada penulis.

Kini Pas tidak boleh lagi bergantung kepada Allahyarham untuk mempertahankan DUN Sungai Limau. Tanpa mahu memperkecilkan kewibawaan calon Pas, Mohd. Azam Abdul Samat dalam pilihan raya kecil kawasan itu 4 November ini, BN perlu diperingatkan supaya tidak terlalu gentar dengan cabaran Pas.

Kita menghormati latar belakang pendidikan Mohd. Azam seorang yang bertaraf ustaz dan ia dilihat sesuai oleh Pas kerana masyarakat Sungai Limau dianggap kelompok Islamik. Tetapi UMNO tidak ada kurangnya biar pun calon mereka, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim adalah bekas pensyarah kanan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Biar pun tidak berlatar belakang agama tetapi Dr.Ahmad Suhaimi mempunyai akhlak yang baik dan mampu melaksanakan tanggungjawab yang berkesan sebagai wakil rakyat jika dipilih.
Sememangnya kita mengakui, seorang ustaz amat diperlukan dalam masyarakat tetapi dalam masa sama, sebagai orang Islam kita juga diseru untuk mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dan sudah pastilah dalam soal ini, kita perlu mencari pemimpin daripada golongan yang boleh memimpin kita mencari kebahagiaan akhirat tanpa meninggalkan kebahagiaan dunia.

Pas mungkin boleh mendabik dada dengan calon mereka tetapi fikirkan apakah Pas mampu membawa kesejahteraan kepada penduduk-penduduk Sungai Limau melalui pembangunan? Walaupun tidak berlatar belakang agama tetapi Dr. Ahmad Suhaimi boleh dibantu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang kini sudah menjadi Ahli Parlimen Jerai dan Ketua UMNO Bahagian Jerai.

Dr. Ahmad Suhaimi boleh menumpukan program-program bagi meningkatkan taraf hidup rakyat bersama Jamil Khir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga boleh mengatur pelbagai program-program berunsur keagamaan.

Gabungan kedua-dua pemimpin ini akan diperkukuhkan pula dengan kerjasama padu yang akan diberikan oleh Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang sudah pastinya mempunyai perancangan tersendiri dengan sokongan kerajaan pusat bagaimana hendak memajukan kehidupan penduduk Sungai Limau bagi membolehkan mereka mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Pengundi-pengundi Sungai Limau tidak harus lagi terus terpegun dengan laungan perjuangan Islam oleh Pas atau pelbagai slogan yang pastinya akan berkumandang lagi sepanjang kempen dalam pilihan raya kecil tersebut.

Sebaliknya, mereka perlu memberi ruang dan peluang kepada BN untuk menduduki semula kerusi Sungai Limau - dulu BN pernah menguasai kawasan ini dan biarlah sejarah tersebut berulang.

Memang benar, apa pun keputusan ia tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri atau kedudukan Pas dalam Dewan Undangan Negeri, tetapi BN bertanding bukan semata-mata kerana mahu merebut kerusi Sungai Limau tetapi parti itu ikhlas mahu menawarkan khidmat bakti kepada penduduk Sungai Limau.

Kalau BN memikirkan soal kerusi semata-mata sudah pasti parti itu tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut kerana ia tidak mengubah apa-apa tetapi ini soal tanggungjawab kepada rakyat.

BN mahu DUN Sungai Limau membangun seperti kawasan-kawasan lain yang berada di bawah penguasaannya. Justeru penduduk Sungai Limau tidak harus terus bernostalgia dengan politik Pas.

Berilah peluang kepada BN untuk membuktikan keupayaannya dan kita yakin sebagai kawasan kubu kuat parti lawan yang berjaya diranapkan dalam pilihan raya kecil kali ini, kerajaan negeri Kedah di bawah kepimpinan Mukhriz pasti akan benar-benar menghargai kepercayaan yang diberikan.

Oleh itu, fikirkanlah dengan semasak-masaknya tawaran yang dibuat oleh BN dalam pilihan raya kecil kali ini, bak kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, teruslah menjadi ahli Pas tetapi undilah BN untuk kesejahteraan hidup mereka.

Mungkin seruan ini nampak ganjil tetapi faktanya kita menyokong sesebuah parti itu adalah untuk memastikan kehidupan kita terbela tetapi Pas sudah terbukti tidak mampu berbuat demikian, oleh itu kalau mahu terus mengekalkan semangat Pas kerana masih berpegang kepada perjuangan Islam parti itu, teruskanlah, tetapi mengundilah BN kerana parti itu berupaya menjadikan sebuah perjuangan itu bukan sekadar slogan tetapi realiti dalam usaha kita mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sumber:  Beruang Biru

Why Anwar and Wan Azizah is keeping their distance from Sg Limau?

Even though the people of Kedah is mourning over the loss of the late Tan Sri Azizan Razak, for PAS members the mourning period has long ended. Thus, it is not confusing for PAS members not to mourn at all, because many of them, especially some of their liberal leaders hated Tan Sri Azizan.

Before Tan Sri Azizan’s passing, among the PAS members, there are those who celebrate the fact that he was admitted to the hospital. When he was bedridden some of them would even joke just to get even because of the late Mentri Besar’s good relations with UMNO.

For those who know him, they would understand that most of Tan Sri Azizan’s family members were UMNO supporters. This also includes his relatives who live in Sg Limau. In the last general election, he was challenged by his own cousin from UMNO. Even though the relation between PAS and UMNO in Kedah strengthens during his time as the Menteri Besar, some of the PAS members and leaders consider this as an act of treason against their party.

The late Tan Sri is famous for his strong stance, which is why he is always seen butting heads with the Central PAS leadership, and even more with the Pakatan Rakyat. Everyone in Malaysia knows that he was the only leader in the Pakatan Rakyat coalition who opposes the “Buku Jingga” or Orange Book. He is also against the Shia cult and any other form of extremism. He even disagrees with the demonstration culture brought by BERSIH.

He didn’t give any special treatment for the DAP and was against any DAP or Anwar Ibrahim influence in Kedah’s administration.

Maka tidak hairanlah Anwar Ibrahim tidak kelihatan di mana-mana ketika PAS sedang sibuk berkempen di Sungai Limau.  Wan Azizah juga langsung tidak menjenguk muka.   Umum tahu bahawa keluarga Anwar tidak menghadiri atau menghantar wakil menziarah jenazah Tan Sri Azizan, jauh sekali hadir di majlis pengebumian.  Begitu juga pemimpin PR dari DAP, tiada siapa yang melawat keluarga arwah sehingga ke hari ini walaupun sekadar syarat untuk mengucap takziah.

It is not a shocker that Anwar Ibrahim can’t be seen anywhere while PAS is campaigning in Sg Limau. Wan Azizah didn’t even come to show her face in this PAS stronghold. We all know that Anwar Ibrahim didn’t even come to Tan Sri Azizan’s funeral. The same goes to the leaders of DAP, no one came and said their condolences to the family of Tan Sri Azizan up till today.

Why Anwar and Wan Azizah is keeping their distance from Sg Limau?

If Tan Sri Azizan is still alive, he would have not agreed with Anwar Ibrahim regarding the issue of the word “Allah”. Because of this controversial issue, maybe Anwar think that it is best for him not to come. Anwar himself know that his attendance will not be well received and will be known as a liability for Kedah’s PAS.

Anwar is also worried that what happened in Besut might repeat itself. In the Kuala Besut by-election, Anwar’s presence is not felt. Even amongs his minions in PAS also received the same treatment. It is clear that most of the grass root members of PAS opposes Anwar and his Anwarinas team in PAS.

Whether we understand this or not, the Anwarinas will control PAS even though their grass root supporters opposes them. Thus, if PAS won again in Sg Limau, it will be considered as the acceptance of PAS grass root members towards the leadership of Anwarinas in their party.
 
Sg Limau supporters must take heed of this particular information so that they will make the right choice on the 4th of November 2013.

Please understand that what Tan Sri Azizan had gone through and fought for in PAS. Just imagine the challenges that he has to face to ensure Kedah is clean from any corruption and for those who support extremism such as the Shia cult.

Anwar’s absence in Sg Limau does not mean that PAS is free from his clutches. Now, the late Tan Sri Azizan is no more, and PAS Kedah has lost their protector from the vicious agenda of Anwar and his minions.
 
The fact of the matter is, it is up to the voters of Sg Limau in understanding and interpreting the struggle and vision of Allayarham Tan Sri Azizan. Only then they can make the right choice in the ballot box without compromising their integrity.

Sumber:  Beruang Biru

Dulu Benci, Kini Arwah Azizan DIjadikan Hero Kempen

Selesai sudah penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Limau dan sekarang adalah masa untuk berkempen bagi kedua-dua calon Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Namun, apa yang mengecewakan, tindakan PAS yang menggunakan bekas Menteri Besar Kedah, Arwah Tan Sri Azizan sebagai modal untuk berkempen.

Sedangkan umum tahu konflik yang terjadi di Kedah sewaktu di bawah pentadbiran arwah yang kerap menjadi kecaman PR kerana mengamalkan dasar sama rata kepada semua pihak.

Dahulu, Pharolrazi kerap menyelar segala tindak tanduk arwah sehingga melancarkan perang saraf bagi menentang tokoh politik yang berjiwa besar itu.

Apa yang terjadi sekarang, seumpama tidak mempunyai perasaan, arwah dijadikan modal kempen walaupun masa hidup beliau dipenuh dengan tentangan dari ahli parti sendiri termasuk parti komponen PR itu.

Terdesak sehingga menggunakan kebaikan arwah untuk mendahului hati pengundi di kawasan Sungai Limau kerana penduduk di situ merupakan penyokong kepada Ustaz Azizan.

Kalau dahulu, apa sahaja cara digunakan untuk mencantas bekas Menteri Besar itu sehingga satu masa, beliau dikatakan merajuk dengan mereka.

Masa hidup, tidak dikenang. Tetapi apabila beliau sudah lagi tiada, segala kebaikan dibawa naik untuk disampaikan bagi pihak parti untuk mempertahankan kerusi di Sungai Limau itu.

Orang yang bijak akan dapat menilai kebodohan PAS terutamanya dalam hal ini, mereka dilihat terlalu bermuka-muka dan menngunakan kesempatan dalam kesempitan.

Terlalu taksub untuk mempertahankan kerusi yang selama ini milik PAS sehingga tidak memikirkan secara waras dan matang berkenaan tindakan mereka.

Tidak teringatkah dahulu mereka yang kerap mengecam dan menindas arwah, tapi sekarang cuba untuk menjaja nama beliau bagi kepentingan politik.

Sah-sah sudah jauh menyimpang dengan dasar perjuangan PAS yang membawa agama Islam sebagai asas perjuangan dalam parti kalau menghormati arwah juga tidak pernah tejadi ketika beliau masih bernyawa.

Rakyat sudah pasti tidak bodoh untuk menilai situasi ini, bukan untuk berkempen, tetapi memikirkan dasar kemanusiaan dan sikap mereka yang tidak berperasaan ini membuatkan orang bertambah jengkel dan meluat dengan PR.

Sumber:  Beruang Biru

SG LIMAU 8


SG LIMAU 7


SG LIMAU 6


PRK Sungai Limau: Bukti Kebongkakan Dinasti Lim

Penduduk Sungai Limau, Kedah bakal memilih ADUN baru selepas 18 tahun berada di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.  Kawasan yang telah menjadi sinonim dengan Tan Sri Azizan itu pastinya menghadapi sedikit rasa kekok untuk diwakili oleh orang lain apatah lagi apabila beliau baru sahaja ‘pergi’.  Tan Sri Azizan seolah-olah telah sebati dengan rakyat kawasan ini dan tentunya sukar dicari ganti.

Walaubagaimanapun, undang-undang telah menetapkan bahawa wakil yang pergi perlu diganti.  Pada 4 November ini, pengundi Sungai Limau akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN iaitu bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang juga Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai, dengan calon PAS iaitu Ketua Pemuda Jerai, Mohd Azam Samat, 37, yang juga pengarah PASTI.

DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih berdaftar.  Daripada jumlah itu, 25,323 orang atau 93 peratus ialah pengundi Melayu, Cina (1,842 orang atau 6.7 peratus), India (15 orang atau 0.6 peratus) dan selebihnya kaum-kaum lain.

Berdasarkan sejarah PAS yang konservatif  hatta ekstrem, kedudukan Sungai Limau sebagai kubu kuat PAS mengukuhkan ‘sifat’ keMelayuannya.  Ini kerana PAS suatu ketika dahulu menentang keras orang-orang kafir .  Tetapi itu adalah kisah silam.

PAS era ini adalah sebuah parti yang berpendirian separa liberal kerana menerima perjuangan DAP yang menentang kedudukan rasmi agama Islam.  PAS juga menerima pendirian PKR yang bebas mentafsir semula atau menolak hukum hakam agama Islam mengikut nafsu pemimpinnya.

Pendirian liberal ini diambil oleh PAS atas dasar sepakat dalam usaha untuk berkuasa.

Oleh itu, PAS tidak jemu-jemu berkorban dengan menyerahkan segala-galanya termasuk maruah dan harga diri bagi menambat hati pengundi India dan Cina.  Isu Kalimah Allah juga menyaksikan bagaimana PAS berdolak dalih dan berpecah belah semata-mata kerana kepimpinan tertinggi PAS cukup bimbang kalau-kalau hati orang-orang Kristian/Cina/DAP terguris.

Namun, malang bagi PAS kerana DAP tidak sanggup berkorban walaupun sebesar zarah untuk menjaga hati orang-orang Islam.  Ketiadaan pemimpin DAP ketika penamaan calon di Sungai Limau membuktikan keangkuhan parti itu yang enggan membantu PAS semata-mata ia adalah kawasan majoriti Melayu.

Lagipun, DAP tentunya ingin mengelak dari terpaksa berhadapan dengan isu Kalimah Allah yang sedang hangat kini.  Bagi DAP, biarkan sahaja sibodoh dari PAS yang menjawab kepada rakyat Sungai Limau tentang kedegilan mereka untuk menggunakan Kalimah Allah dalam risalah Kristian.  DAP tidak perlu masuk campur dalam apa jua strategi atau penipuan PAS dalam usaha untuk meraih sokongan Melayu.

Mungkin bagi DAP, 1,842 pengundi Cina di Sungai Limau tidak membawa apa-apa makna atas kemenangan atau kekalahan PAS.  Justeru, mereka wajar diabaikan saja.

DAP juga mungkin merasa ‘cuak’ kalau-kalau aura Ustaz Azizan masih terlalu kuat di kawasan itu.  Ini kerana Allahyarham cukup terkenal dengan ketegasan apabila berhadapan dengan DAP.  Pendek kata, Ustaz Azizan cukup arif akan permainan jahat DAP yang ingin menindas orang-orang Melayu dan tidak mustahil arwah telah menerapkan maklumat itu di kalangan masyarakat Sungai Limau.

Sebelum ini, kita ada mendengar bahawa DAP telah mempersiapkan Christopher Howard Lim untuk memperdaya pengundi Sungai Limau.  Christopher telah dilantik khas dalam keadaan yang penuh kontroversi sebagai Pengerusi DAP Kedah tanpa menghiraukan Pengerusi lama yang dilantik secara demokrasi.

Christopher yang memakai nama Melayu iaitu Zairil dan berbinkan bapa tirinya Khir Johari, dicanang DAP sebagai Melayu semata-mata untuk mengaburi mata orang-orang Melayu.  Dan Sungai Limau dilihat sebagai satu pentas yang paling sesuai untuk menguji kemampuan Christopher berlakon dan menipu.

Namun, dengan kehadiran jentera siber BN yang bersedia dengan maklumat lengkap mengenai Christopher pastinya membuatkan DAP berfikir dua kali.  Justeru, sehingga kini, Christopher belum lagi dilihat di mana-mana di Sungai Limau.  Sekiranya beliau muncul, maka jentera BN juga telah bersedia untuk mendedahkan DNA Cinanya kepada penduduk Sungai Limau yang mana akan menggandakan risiko bagi PAS.

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa DAP tidak pernah berjuang kerana rakyat tetapi hanya berjuang untuk merampas kuasa untuk kaum Cina dengan diterajui oleh Dinasti Lim.  Sekiranya jumlah kaum Cina di kawasan itu terlalu kecil dan tidak mampu menjadi tapak untuk berkuasa, maka DAP akan mengabaikan saja mereka.

Jika PAS sanggup ke hulu ke hilir membantu DAP tiap kali pilihanraya kecil atau besar, DAP pula tidak akan membodohkan diri berbuat yang sama untuk PAS.

DAP tidak akan menyusahkan diri semata-mata untuk meraih undi Melayu kerana DAP terlalu benci dengan orang-orang Melayu.   Apa perlu DAP bersusah payah berkempen di kawasan majoriti Melayu jika PAS boleh melakukannya bagi pihak mereka?  Biarkan PAS yang mengutip derma untuk kawasan Melayu kerana DAP tidak akan sama sekali membantu.

Tetapi, jika PAS menang, DAP juga menang.  Itulah hakikatnya yang pengundi Sungai Limau perlu cernakan sebelum 4 November ini.

Sumber:  Beruang Biru

PRK Sg. Limau: Undi UMNO Jika Benar Sayangkan Ustaz Azizan

Allahyarham Tan Sri Azizan Razak adalah satu nama besar bagi umat Islam di Malaysia. Ketika hayatnya, arwah dianggap sebagai jambatan perpaduan antara PAS-UMNO.  Beliau tidak meletakkan sempadan parti dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin negeri dan tidak kekok duduk bersama ‘musuh’ berbincang, meminta pendapat mahupun nasihat.

Namun, sudah menjadi tugas iblis untuk menghalang perpaduan ummah.  Justeru, walaupun arwah tidak memusuhi sesiapa, ramai sekali yang merasa marah dan memusuhinya bimbang kalau-kalau arwah mampu menyatukan ummah.

UMNO bagaimanapun, menyanjungi pendirian arwah.  Oleh itu, pemimpin UMNO, termasuklah pengganti arwah sebagai Menteri Besar Kedah, iaitu Dato’ Mukhriz Mahathir, tidak pernah menyembunyikan rasa hormat terhadap arwah.   Dato’ Mukhriz begitu kerap melawat arwah di hospital ketika sakit di kala pemimpin PAS sendiri hampir melupakannya.

Rakyat Kedah sedia maklum bahawa terdapat beberapa pemimpin PAS Kedah yang tidak segan silu menyerlahkan permusuhan dengan arwah.  Kisah-kisah bahawa arwah telah disihir pemimpin PAS Kedah sendiri bukan sesuatu yang asing lagi.  Sama ada benar atau tidak, tidak dapat untuk dibuktikan.

Bagaimanapun, satu insiden yang tidak dapat dilupakan ialah apabila salah seorang pemimpin PAS yang memusuhi arwah terlepas cakap di hadapan tetamu rumah terbuka Hari Rayanya bahawa arwah pasti mati pada malam itu juga.  Serentak dengan itu, arwah jatuh sakit di kediamannya dan tidak dapat menghadiri rumah terbuka Menteri Besar yang dijadualkan keesokannya.

Namun, ajal maut di tangan Allah SWT.  Arwah kembali pulih dan melalui satu lagi pilihanraya sebelum kembali tenat.  Laporan dari hospital menyatakan yang apa yang menimpa arwah bagaikan satu keajaiban kerana arwah bertahan begitu lama melepasi jangkaan doktor berdasarkan keadaan dalaman tubuhnya.

Pendirian arwah yang tegas dan secara terbuka menentang Syiah selain ‘kurang mesra’ PKR dan DAP, cukup meresahkan Pakatan Rakyat.

Oleh itu, sekiranya pengundi Sungai Limau mempunyai akses kepada maklumat di alam siber, mereka pasti terkejut melihat tulisan berkenaan arwah di blog-blog politik yang bersifat ‘terbalik’.  Blog-blog pro-pembangkang sering mengkritik atau mempersoal pendirian arwah yang ‘mesra’ UMNO.  

Berbeza dengan blog pro-UMNO yang hanya mengkritik tindakan kerajaan negeri Kedah yang dilihat tidak menguntungkan, tetapi lebih menyasarkan kritikan itu kepada ‘orang-orang di sekeliling arwah’ berbanding dirinya.  Namun, UMNO sentiasa mengiktiraf keperibadian arwah yang berprinsip dan jujur.

Ketika arwah sakit, blog-blog pro-UMNO banyak mendoakan kesihatannya, manakala blog pro-pembangkang pula ada yang langsung tidak sensitif serta mempersendakan arwah.  

Malah, dari catatan Setiausaha Politik arwah sendiri, didapati puak-puak PAS yang memusuhi arwah masih terus menghantar SMS memaki hamunnya ketika arwah sedang tenat.

Kita tidak hairan dengan apa yang berlaku kerana kita tahu terdapat lebih dari seorang di dalam PAS Kedah yang mengimpikan jawatan arwah.  Mereka ini juga kebanyakannya tidak langsung menyembunyikan permusuhan dengan arwah.  Antaranya, Phahrolrazi, Mahfudz dan Mat Sabu.

Sungguh menjelikkan apabila nama-nama ini berpura-pura sedih atas pemergian arwah.  Sungguh jijik sekali apabila mereka juga tidak segan silu menggunakan nama dan gambar arwah untuk berkempen di Sungai Limau hari ini.  Lebih dahsyat lagi, calon yang diletakkan, iaitu Azam Samad juga merupakan dari kem Mahfudz yang memusuhi arwah tetapi dicanang sebagai ‘pewaris Azizan’.

Hakikatnya, di antara PAS dengan UMNO, UMNO dilihat lebih menyayangi arwah, terutama ketika sakit.  Malah, Dato’ Mukhriz adalah antara yang pertama menziarah iaitu dalam masa lima belas minit, apabila berita pemergian arwah diterima.  Beliau dan bapanya, negarawan ulung Tun Mahathir serta Tun Siti Hasmah juga telah menghadiri pengebumian sehingga selesai.

Kasih sayang mereka terhadap arwah cukup jelas, berbanding kasih sayang PAS yang berpura-pura dan bermusim.  Tun Mahathir dan Dato’ Mukhriz telah menahan sindiran dan herdikan penyokong PAS ketika proses pengebumian, tetapi mereka tidak peduli kerana kehadiran mereka adalah untuk menghormati Dato’ Seri Azizan untuk kali terakhir dan bukan untuk berpolitik iaitu satu pendirian yang pastinya turut dikongsi oleh arwah.

Jelas, Allahyarham Ustaz Azizan meletakkan perpaduan ummah mengatasi segala-galanya.  Dan pendirian beliau diterima baik oleh UMNO tetapi dikecam dan ditolak mentah-mentah oleh PAS.  Justeru, tidak hairanlah arwah dilihat lebih selesa dikelilingi UMNO yang mengkritik beberapa tindakannya, berbanding PAS yang memusuhinya kerana masing-masing tergilakan kuasa.

Oleh itu, tindakan PAS meletakkan proksi Mahfudz Omar yang menentang pendirian Ustaz Azizan, dan dicanang pula sebagai pewarisnya, merupakan satu tindakan biadap yang jelas tidak menghormati atau sengaja mempersendakan arwah.

Kesimpulannya, semangat perpaduan Allahyarham Ustaz Azizan ada dalam UMNO, bukan PAS.

Cita-cita arwah untuk membangunkan Sungai Limau hanya boleh dicapai melalui UMNO, bukan PAS.

Yang banyak membela arwah ketika sakit adalah pihak UMNO, bukan PAS.

Justeru, sekiranya pengundi Sungai Limau benar-benar sayangkan Allahyarham, undilah UMNO agar cita-citanya tercapai dan semangatnya terus hidup dan mekar.

Alfatihah untuk Allahyarham dan takziah untuk keluarganya.  Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber:  Beruang Biru

Ceramah Hari Pertama Pas Tidak Mendapat Sambutan

Walaupun secara rasminya, tempoh berkempen masih belum bermula, namun Pas sebagai calon tunggal dilihat begitu agresif dan terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau.

Sebagai contoh, semalam bertempat di PDM Ulu Sedaka mereka telah mula mengadakan ceramah bagi menarik sokongan pengundi untuk terus menyokong parti itu. Dengan menggunakan slogan ‘Anak Muda Sokong Ustaz Mohd Azam Abd Samat’ mereka menganjurkan jamuan makan BBQ.

Namun sayangnya program yang diadakan itu GAGAL menarik kehadiran yang mengalakkan. Dianggarkan hanya 45 orang sahaja yang hadir pada program tersebut walaupun pihak penganjur menggunakan khidmat ‘Leman Badut Lawak Pas’ bagi menarik kehadiran penduduk.

Leman, Si Badut Lawak Pas pada program tersebut telah bertindak sebagai pengacara majlis dan BADUT bagi menceriakan suasana. Walaupun kalah dan tersingkir awal dalam program Maharaja Lawak tidak beberapa lama dahulu, namun ternyata Leman masih memasang azam untuk meneruskan karier sebagai BADUT. Cuma bezanya, dulu dia berlawak di dalam televisyen namun kini dia menjadi BADUT di pentas ceramah.

Paling menarik calon Pas ketika menyampaikan ucapan alu-aluan cuba mengeksploitasi agama Islam sebagai modal kempen. Dia mengatakan kononnya mereka yang berjuang bersama  Pas akan dikira sebagai ibadat oleh Allah swt.

Yang peliknya, ketika kerajaan BN dan majoriti umat Islam di negara ini cuba menghalang permohonan gereja bagi menggunakan kalimah Allah di dalam Bible, Pas dilihat mengambil pendirian menyokong permohonan tersebut. Ia dilakukan kerana akur dengan ‘ARAHAN’ DAP dan sekali gus untuk memancing golongan bukan Islam untuk terus bersama parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

Menarik bukan, di hadapan orang Kristian, Pas mendakwa parti itu menyokong tuntutan gereja, manakala di hadapan orang-orang kampung mereka menggunakan Islam untuk meraih sokongan. Sungguh hebat permainan mereka.

Berbalik kepada isu kehadiran yang mengecewakan itu, Pas nyata terkejut dengan pendekatan tersebut. Ini kerana PDM Ulu Sedaka adalah merupakan kubu kuat parti itu. Malah mengikut rekod PRU-13, BN tewas kepada calon Pas dengan majoriti 245 undi.

Tapi persoalannya, mengapa program tersebut GAGAL mendapat sambutan? Nampak sangat calon yang diketengahkan tidak dikenali oleh penduduk tempatan, walaupun Pas mendakwa calon mereka dikenali ramai.

Kesimpulannya BN masih mempunyai peluang untuk merampas kerusi DUN Sungai Limau. Ini kerana pada PRU-13 faktor Ustaz Azizan begitu kuat mempengaruhi pengundi di kawasan tersebut. Namun calon pada kali ini bukan dari kumpulan ulama, tambahan pula semasa hayatnya kelompok Endorgan dan Liberal Pas telah menjadikan Ustaz Azizan antara musuh yang WAJID ditumbangkan.

Sumber:  Beruang Biru

Sohaimi 2


Sohaimi 1


Pertelagahan DAP Melaka-Pusat suatu kenyataan (Utusan)

Peletakan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Goh Leong San pada 8 Okt lepas mengesahkan desas-desus pertelagahan kepimpinan DAP negeri dan pusat yang bertiup sejak sebelum pilihan raya umum ke-13 Mei lepas.

Keretakan hubungan mereka dilihat apabila timbul perselisihan faham dalam memilih calon parti itu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana yang dikosongkan Betty Chew, isteri Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pimpinan DAP pusat cenderung memilih Lai Keun Ban, calon yang dilihat penyokong setia Guan Eng, hingga menimbulkan rasa kurang senang antaranya anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him yang mengambil keputusan bertanding sebagai calon bebas di Kota Laksamana.

Beliau dalam masa yang sama mempertahankan kerusi Parlimen Kota Melaka atas tiket DAP.

Tong Him akhirnya tunduk atas desakan Guan Eng untuk menarik diri sebagai calon Bebas, namun menarik perhatian Leong San pada masa itu yang dikatakan menyokong Tong Him dan turut kurang senang dengan pencalonan Keun Ban, yang akhirnya memenangi kerusi itu.

Desas-desus itu terbukti benar apabila Leong San kini mengisytihar perang terhadap Keun Ban dan Khoo Poay Tiong dari Ayer Keroh yang juga penyokong setia Guan Eng.

Isu yang menjadi pencetus perbalahan itu ialah pujian Leong San kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang mendapat kritikan hebat Poay Tiong dan Keun Ban, serta turut menimbulkan perasaan kurang senang Guan Eng.

Ekoran itu Leong San meletak jawatan atas alasan "terlalu banyak campur tangan DAP pusat". Bukan sekadar meletak jawatan, Leong San terus berperang dengan Poay Tiong dan Keun Ban antaranya dengan ugutan untuk membongkar salah laku dua ADUN itu, namun dibalas Poay Tiong yang langsung tidak gentar dengan ugutan, malah mencabar Leong San membuktikan kebenaran dakwaannya itu.

Agak sukar untuk mendalami secara terperinci isu yang dibangkitkan dalam pertelagahan tiga ADUN DAP itu kerana mereka hanya membenarkan media berbahasa Cina menghadiri sidang media di Melaka yang diadakan bagi menyerang antara satu sama lain. Itulah kebebasan media yang diamalkan mereka.

Pertelagahan DAP Melaka dan pusat itu turut menyebabkan ADUN Melaka dari DAP berpecah dua, iaitu yang menyokong Leong San terdiri daripada Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Lim Jak Wong (Bachang), Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Chin Choong Seong (Kesidang), manakala yang menyokong Guan Eng ialah Poay Tiong dan Keun Ban.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang begitu memahami perangai pemimpin DAP Melaka setelah 10 tahun menerajui negeri, menterjemahkan pertelagahan itu sebagai, tidak lain tidak bukan hanya kerana mahu mengubah kepimpinan DAP Melaka, supaya lebih cenderung kepada Guan Eng.

"Pada pendapat saya, ada usaha daripada DAP pusat terutama Guan Eng untuk menjadikan Khoo sebagai pengerusi DAP Melaka supaya DAP Melaka tunduk kepada Guan Eng. Sifat kuku besi dinasti Guan Eng itu nampak dalam isu ini," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Mohd. Ali mendakwa Guan Eng dan Betty Chew sememangnya kurang disenangi DAP Melaka yang diterajui Leong San, bukti paling jelas ialah kekalahan pada pemilihan kepimpinan DAP negeri dahulu dan tindakan Guan Eng memilih Pulau Pinang untuk meneruskan kesinambungan kerjaya politiknya walaupun pernah menjadi anggota Parlimen Kota Melaka selama tiga penggal.

Idris pula berpendapat selain mengubah kepimpinan, perbezaan antara sifat Leong San yang dilihat 'gentleman' ketika berbahas isu rakyat di DUN Melaka dan sifat kepimpinan DAP pusat yang lebih gemar bermain politik merupakan antara punca pertelagahan mereka.

Beliau menyifatkan Leong San sebagai ketua pembangkang yang rasional, tidak emosi dan berbahas berdasarkan fakta, berbeza dengan pemimpin DAP lain seperti Guan Eng.

Pengerusi MIC Melaka, Datuk M. S Mahadevan pula berpendapat DAP, baik di Melaka ataupun pusat, tidak akan mampu berkhidmat dengan baik untuk rakyat sekiranya krisis politik mereka tidak dapat diselesaikan dengan sempurna.

Beliau turut mempersoal tindakan DAP pusat dinaungi dinasti Guan Eng yang hanya mahu bermain politik dengan membangkang atas sebab politik tanpa mempedulikan masalah rakyat.

"Pembangkang yang berkesan ialah apabila mereka membangkang kerana isu itu perlu diperbetulkan dan memuji apabila usaha dilakukan itu betul, bukan membangkang hanya kerana mainan politik," kata Mahadevan.

Pengerusi PPP Melaka, Datuk Chiw Tiang Chai pula berpendapat selagi berada dalam DAP, impian Leong San untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa bermain politik, akan berkubur.

"Lebih baik Leong San keluar dari DAP dan berjuang sebagai wakil rakyat bebas, pada saya ini lebih baik daripada terus tertekan dan dipaksa bermain politik dalam parti yang tidak sehaluan dengan dia," katanya.

Tiang Chai berkata, sebagai ADUN Bebas, Leong San boleh menyuarakan kepentingan rakyat tanpa terikat dengan ketentuan sempit DAP pusat dan memperjuangkan kepentingan rakyat yang telah mengundinya, bukan berjuang untuk kepentingan parti serta pemimpin yang mahu memeranginya.

Dengan pertelagahan yang berterusan ini, persoalannya sekarang mampukah Guan Eng mempertahankan corak pemerintahannya mengawal DAP negeri-negeri seperti yang dilihat sekarang bukan hanya DAP Melaka, malah DAP Sabah juga, didahului dengan tindakan ADUN Luyang, Hiew King Cheu keluar parti.

DAP Kedah pula nampak tidak sehaluan dengan pusat apabila akar umbi di negeri itu menyokong bekas pengerusi negeri Lee Guan Aik yang dipecat DAP pusat dan akar umbi DAP Perak, mula mempersoal kepimpinan Datuk Ngeh Koo Ham.

Sumber:  Beruang Biru

Nik Aziz Tak Restu Calon Pas

Seperti ada yang tidak kena, suasana kempen pilihan raya kecil Sungai Limau tidak berjalan seperti kebiasaannya. Ini kerana sejak semalam, Pas telah mula menurunkan jentera kempennya dan memasang bendera dan poster di kawasan-kawasan yang dianggap strategik untuk menarik perhatian pengundi.

Namun sehingga ke pagi ini, tiada satu pun gambar mahupun poster Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang kelihatan di sepanjang kawasan Sungai Limau. Tidak seperti kempen pilihanraya sebelum ini, jentera Pas sentiasa menjadikan Nik Aziz sebagai umpan untuk memancing pengundi.

Contohnya poster yang paling popular, Nik Aziz Menangis yang sering dijaja bagi menagih simpati pengundi. Tidak cukup dengan itu, DAP yang terkenal dengan sikap anti-Islam dan chauvinist, turut menggunakan Nik Aziz sebagai model pilihan raya.

Inilah pendekatan pembangkang yang dinamakan ‘matlamat menghalalkan cara’. Pada mereka di dalam politik tidak ada istilah haram yang mutlak kerana jika haram sekalipun ia boleh dihalalkan dengan mengubah packaging (bungkusan), jenama atau label. Untuk lebih meyakinkan ditampal dengan label halal walaupun kandungannya haram.

Mereka yang menentang Islam pun boleh memakai sarung, kulit atau jersi parti Islam janji menang pilihan raya, apabila beroleh kuasa kelak golongan inilah yang akan meratah Islam sehingga ke tulang belulang.

Berbalik kepada isu tadi, yang paling menarik, ada pihak di dalam kem pembangkang mengatakan ini adalah merupakan satu konspirasi terancang antara Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob untuk menyingkirkan Nik Aziz.

Ini kerana mereka dikatakan mula tidak selesa dengan pendekatan Nik Aziz yang sering campur tangan dalam urusan parti dan kerajaan. Malah walaupun tidak lagi menjawat jawatan MB, Nik Aziz dikatakan masih cukup berkuasa berbanding Ahmad Yakob. Atas sebab itu, satu gerakan terpaksa dilakukan untuk mengubah keadaan tersebut.

Paling memeranjatkan Nik Aziz juga dikatakan tidak beberapa bersetuju dengan calon yang diturunkan untuk mewakili parti itu di dalam PRK kali ini. Ini kerana calon yang diketengahkan bukan dari kumpulan ulamak dan yang paling penting dia dikatakan turut menganuti fahaman sesat Syiah.

Sebagai tanda protes, Nik Aziz dikatakan enggan hadir di sepanjang tempoh berkempen ini sebagai salah cara untuk beliau menzahirkan rasa tidak puas atas kerakusan mereka mengejar kuasa.

Malah tindakan Pas Jerai untuk tidak menggunakan gambar poster Nik Aziz, juga dikatakan sebagai tindak balas atas sikap yang ditunjukkan oleh mantan MB Kelantan itu. Tidak cukup dengan itu, mereka juga dikatakan mula menyebarkan cerita, kononnya mantan MB Kelantan itu sedang berada dalam keadaan yang uzur dan nazak.

Mereka turut mengatakan Nik Aziz juga sudah mula ‘dipakaikan pampers’ bagi menunjukkan kononnya Nik Aziz sedang benar-benar uzur. Nampaknya gayanya, semakin hari politik Pas semakin kotor dan menjijikkan.

Tahniah kepada puak Endorgan Pas, ANDA SEMUA TELAH BERJAYA MENJADIKAN PAS SEBUAH PARTI YANG LIBERAL SEPERTI FAHAMAN KOMUNIS.

Sumber:  Beruang Biru

Berakhirkah era 'warlords'? (Utusan)

PEMILIHAN peringkat bahagian 19 Oktober lalu yang menyaksikan 57 daripada 191 bahagian mendapat ketua baharu menunjukkan kesungguhan akar umbi untuk menukar kepimpinan bahagian masing-masing.

Sebilangan penyandang ketua bahagian memang telah mengorak langkah sendiri memutuskan untuk berundur. Tetapi sebahagiannya ditolak oleh bahagian sendiri.

Dengan perubahan kepimpinan bahagian - yang hampir mencecah satu pertiga - menunjukkan langkah pembaharuan segera yang dilakukan akar umbi sebagai respons kepada transformasi politik Presiden parti. Ini sekali gus menunjukkan keberanian akar umbi akibat kesan lebih banyak perwakilan yang seramai 146,500 orang mahukan perubahan.

Nampaknya kumpulan warlords atau 'demang politik' gagal mempengaruhi proses pemilihan bahagian kali ini.

Orang UMNO sebenarnya sudah muak dengan perlakuan segelintir warlords ini. Pada masa-masa lalu termasuk semasa pemilihan 2009 sehinggalah dalam penggal 'mereka' ini berkuasa, mereka dikesan membolot wang dan kuasa serta bertelagah sesama sendiri.

Malah, lebih mengecewakan lagi, 'mereka' ini membolot peruntukan yang disediakan jentera parti untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 setelah tidak dipilih menjadi calon. Wang itu dikatakan 'disimpan' pula untuk kegunaan bertanding dalam pemilihan parti.

Di beberapa negeri, akibat permainan 'warlords ini' natijahnya amat besar, sehinggakan Barisan Nasional tersungkur. Malah, lebih teruk lagi imej buruk BN itu dipalitkan kepada UMNO - 'terjelupuk' sehinggakan kaum Cina pula 'cuak'.

Sabtu lalu di Selangor menyaksikan separuh daripada 22 ketua bahagian bertukar. Langkah menampilkan barisan muka baru ini adalah dalam usaha untuk menambat hati rakyat Lembah Klang yang kecewa dengan kepimpinan lama.

Kalau UMNO Selangor nak mendekati rakyat, inilah masanya dalam tempoh empat tahun ini untuk berbuat demikian setelah persepsi tidak efektif ditunjukkan hingga mengakibatkan BN di Selangor kini 'terkapai-kapai'.

Ketua-ketua bahagian di Selangor, kena ambil iktibar. Buangkanlah masalah karektor. Semasa penulis mengetuai jentera pilihan raya akhbar ini di Selangor Mei lalu, perlakuan-perlakuan sebeginilah terpaksa dihadapi penulis dan rakan-rakan.

Tindakan jentera parti negeri 'menyembunyikan' data, fakta dan statistik hanya untuk 'tatapan' orang atas, tidak mahu berkongsi idea dengan media arus perdana yang bersedia membantu serta lagak 'angkuh' dengan ketua-ketua bahagian sehinggakan media tidak dijemput langsung ke war room di bangunan parti, harus dibuang.

Di Pulau Pinang, penulis dimaklumkan juga insiden sama berlaku. Lebih teruk lagi semasa sedang sibuk jentera parti menyusun strategi pilihan raya, ada ketua bahagian 'tidak turunkan' peruntukan.

Apa pun, warlords yang tewas peringkat bahagian, tidak kiralah anda di Selangor atau di Seberang Perai, Pulau Pinang atau di mana-mana sahaja, haruslah reda dengan hati terbuka menerima keputusan perwakilan. Tunjukkan keikhlasan.

Di Selangor, tentunya harapan tinggi disandarkan kepada barisan ketua bahagian yang baharu untuk merungkai masalah serta mencari segera formula merampas kembali Selangor, yang sudah pun dua kali jatuh.

Hakikatnya, seluruh 191 ketua bahagian UMNO adalah enjin, nadi dan jantung UMNO. Peranan mereka sebenarnya jauh lebih besar daripada kepimpinan atasan.

Mereka inilah yang paling hampir dengan masyarakat setempat dan tahu luar dalam masalah rakyat.

Tanggungjawab ketua bahagian berat dan besar dalam membantu Majlis Tertinggi, Naib Presiden, Timbalan dan Presiden parti. Kalau jentera bawah lemah, atas juga lemah. Jentera peringkat bahagian ini perlu benar-benar mantap supaya dapat bergerak dengan efisien tanpa gangguan dalam bahagian, khususnya daripada warlords.

Di sinilah ujian dan cabaran peringkat bawah atau akar umbi untuk menterjemahkan ikrar Presiden dalam memastikan tidak ada lompang dan cacat cela seperti pada masa lalu. Antaranya, salah guna kuasa dan kronisme.

Amalan transformasi perlu dijiwai dengan sikap yang bersih.

Integriti dan kewibawaan itu perlu dilonjakkan seiring sejalan dengan kerja keras Presiden dan timbalannya.

Mana-mana pencabar ketua-ketua bahagian yang kalah perlu akur dan reda.

Diharapkan, biduk lalu kiambang bertaut.

Sumber:  Beruang Biru

KEJAYAAN PAS DI KEDAH 5


KEJAYAAN PAS DI KEDAH 2


Generasi Muda Perlu Buka Minda Lebih Luas


Calon BN Mahu Wujudkan Sekolah Kebangsaan Berasrama


Calon BN Mahu Tubuh Institut Latihan Imam


Calon BN mahu Jana Pendapatan Tinggi Untuk Pesawah


Tuesday, October 22, 2013

Tiada Semangat Nasionalisme dan Patriotisme Dalam Bajet Pembangkang

Bajet Alternatif yang dibentangkan oleh pembangkang semalam menyerlahkan sikap perkauman yang mendalam dan usaha yang giat untuk menjarakkan lagi jurang antara kaum di negara ini.  

Ini berdasarkan cadangan mereka agar kerajaan memperuntukkan sejumlah RM220 juta lagi kepada 1,854 sekolah vernakular dalam Bajet tahun hadapan.  Peruntukan itu dicadangkan merangkumi sumbangan RM300 bagi setiap seorang pelajar SRJK bagi menambah baik mutu dan kualiti pembelajaran serta bangunan.

Selain itu, pembangkang juga komited untuk menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atas alasan ia gagal mencapai matlamat dan bermasalah di mana sehingga kini telah menyebabkan 22 kematian. PLKN membawa objektif penerapan semangat cintakan negara serta perpaduan.  

Hakikatnya, Sekolah Vernakular telah dikenalpasti sebagai punca utama masalah perkauman di negara ini manakala, PLKN pula adalah antara usaha kerajaan untuk mengatasi masalah itu.

Sungguhpun demikian, pembangkang tegar mencadangkan peruntukan bagi ‘memperkasakan lagi punca masalah’, dan di masa yang sama menolak sebarang usaha ke arah ‘penyelesaian masalah’ itu.

Ini membuktikan bahawa pembangkang dengan sengaja ingin agar rakyat negara ini terus berpecah belah serta tidak punya semangat patriotisme atau nasionalisme.  

Kita percaya, idea-idea ini datangnya dari parti chauvinis DAP tetapi telah diterima baik oleh PKR dan PAS kerana terlalu mendambakan undi dari kaum Cina.  Malang sekali, biar setelah habis segalanya digadai pun, kaum Cina masih tidak mengundi PAS dan hanya apabila terpaksa sahaja akan mengundi PKR.

Justeru, pengorbanan PAS menggadaikan maruah sehingga tiada apa lagi yang tinggal bukan sahaja sia-sia, tetapi rugi besar kerana PAS semakin kehilangan undi orang-orang Melayu.

Hari ini, DAP terus mengasak agenda ini melalui Bajet Alternatif sementara PAS dan PKR tidak mampu menolak atau mengimbanginya.  Malah, kedua parti yang diterajui Melayu itu turut mengasak bersama dengan DAP untuk memusnahkan keharmonian antara kaum di negara ini.  

Sekiranya pembangkang punya sedikit rasa tanggungjawab, maka mereka seharusnya mencadangkan penyelesaian alternatif ke atas masalah perkauman dan bukannya menambahkannya.

Bukankah lebih baik jika pembangkang mencadangkan peruntukan ke atas sekolah kebangsaan ditambahkan bagi memastikan ia benar-benar mencapai tahap yang diinginkan bagi semua kaum?

Bukankah lebih baik jika semua parti-parti politik dari semua kaum turut terlibat memberi cadangan dan mendesak ke arah penambahbaikan dan peningkatan kualiti guru-guru, pembelajaran dan juga bangunan persekolahan di sekolah kebangsaan agar anak-anak kita boleh belajar bersama-sama? Jika ini dapat dilakukan, maka kita mungkin tidak perlukan PLKN lagi.  

Namun, tentu sekali perkara yang baik dan murni akan ditolak mentah-mentah oleh DAP kerana ia bermakna mereka tidak akan dapat membawa agenda mereka yang ingin menindas dan menjajah negara ini.

Sehingga ke hari ini, DAP tidak pernah menerima hakikat yang mereka berkongsi negara ini dengan orang-orang Melayu.  DAP juga nekad untuk memisahkan masyarakat Cina dari aspirasi negara.  Kerana itu, mereka memerlukan sekolah vernakular untuk mengajar anak-anak Cina agar membenci Melayu, prejudis terhadap kerajaan serta menolak sejarah.

Matlamat akhir mereka ialah untuk menukar landskap sosial dan ekonomi negara ini agar mengutamakan Cina serta mengabaikan bangsa-bangsa lain.

Apa yang pasti, cita-cita DAP ini bukan sahaja akan menyebabkan bangsa lain tertindas dan terpinggir tetapi, lambat laun akan membawa kehancuran kepada bangsa Cina juga.

Jika DAP punya sedikit kebijaksanaan, mereka pasti tahu bahawa menyusahkan orang-orang di sekeliling mereka tidak akan membuat mereka senang.  Sudah menjadi hukum yang tidak tertulis bahawa apabila orang-orang di sekeliling kita senang, kita akan turut senang kerana mereka tidak mengganggu kita malah mungkin boleh membantu atau bekerjasama untuk meningkatkan kesenangan itu.

Tragedi 13 Mei adalah pengajaran yang paling jelas, namun DAP memilih untuk menidakkan sejarah serta menafikan kesilapan sendiri.

Untuk itu, kita ingin berpesan kepada DAP bahawa manusia yang lupa sejarah, akan dihukum untuk mengulanginya berkali-kali.

Sumber:  Beruang Biru

Pemilihan UMNO: Memahami Mesej Akar Umbi

Banyak telah diperkatakan mengenai pemilihan UMNO yang baru lalu.  Ada yang berkata UMNO tidak berubah, ada yang berkata UMNO telah berubah dan ada yang berkata ia berubah ke arah yang salah serta ada juga yang berkata ia berubah ke arah yang benar.

Sejak sebelum pemilihan cakap-cakap mengenai ‘perubahan’ sudah terlalu sering di dengar.  Ini tidak menghairankan memandangkan kerajaan juga membawa slogan ‘transformasi’ yang turut bermakna perubahan.

Masalahnya, terdapat berbagai-bagai tafsiran perubahan.  Ada yang melihat perubahan ke arah kematangan, tetapi ada pula yang melihat ke arah meremajakan UMNO kembali. Ada yang mentafsirkan kematangan itu keterbukaan, dan ada yang mentafsirkan ‘remaja’ sebagai keterbukaan juga.  Justeru, di manakah UMNO sebenarnya?

Dalam keadaan kecelaruan ini, UMNO wajib kembali kepada akar umbi.

Ingatlah bahawa UMNO adalah milik ahli-ahlinya dan bukan kepimpinan semata-mata. Hanya ahli-ahli UMNO yang berhak menentukan hala tuju mana yang mereka inginkan.  Pemimpin UMNO tidak boleh menidakkan suara akar umbi kerana akar umbilah yang memberikan jawatan itu kepada mereka.  Jika pemimpin tidak bersetuju dengan akar umbi, maka semestinya beliau tidak layak menjadi pemimpin parti ini.

Nampaknya, ahli-ahli telah bersuara melalui pemilihan yang baru lalu berdasarkan jumlah undi popular.

Jika sistem pilihanraya umum dipersoal kerana tidak mengambilkira undi popular dan hanya mengira jumlah kerusi, ia adalah kerana kita memilih wakil bagi setiap kawasan. Oleh itu, hanya penduduk setempat yang berhak menentukan wakil di kawasannya. Sistem ini didapati yang paling sesuai kerana jika kita mengambilkira undi keseluruhan maka ia akan menyebabkan ketidakadilan kepada rakyat mengikut kawasan masing-masing.  

Namun, bagi pemilihan UMNO, terutama peringkat tertinggi, termasuk sayap dan juga Majlis Tertinggi, akar umbi bukan memilih pemimpin kawasan, tetapi pemimpin bagi keseluruhan.  Justeru, undi popular wajar diteliti bagi memahami kehendak akar umbi itu.

Persaingan sengit antara Dato’ Seri Hishamudin dengan Dato’ Mukhriz Mahathir adalah antara yang paling menarik untuk dikaji.  Mukhriz, walaupun kalah, jelas telah mendahului dari segi undi popular walaupun jenteranya jauh lebih terkebelakang daripada Hishamuddin.  Jika jentera mereka sama hebat, kita pasti Hishamuddin akan ketinggalan jauh. Maka, wajarlah kita bertanya, apa yang akar umbi nampak di dalam diri Mukhriz yang membuatkan mereka memilihnya?

Dari maklumbalas dan reaksi ramai di kedai kopi, dan juga di alam siber, kita mendapati rakyat melihat Mukhriz sebagai membawa imej bersih dan ikhlas.  Beliau dikenali sebagai rajin bekerja dan merendah diri.  Beliau juga telah terbukti mempunyai kebolehan dan kecekapan mentadbir berdasarkan pengalamannya di dunia perniagaan.   Nama bapanya, hanyalah ‘penyedap’ rasa bagi menambah keyakinan ramai bahawa beliau merupakan ‘produk’ yang baik untuk negara.  Mukhriz juga tanpa segan silu memaparkan dirinya sebagai pejuang Melayu malah lantang membawa agenda Melayu serta menentang sebarang ancaman terhadap agama Islam.

Ini bertepatan dengan kemenangan Dato’ Seri Zahid Hamidi yang berada di tempat teratas dalam pemilihan Naib Presiden.  Zahid, seperti juga Mukhriz turut memaparkan dirinya sebagai pejuang Melayu serta lantang menyahut cabaran dari para ektremis Cina mahupun samseng India.  Zahid juga dilihat oleh rakyat sebagai ‘bekerja’ bersungguh-sungguh.

Beza antara Zahid dengan Mukhriz mungkin hanya dari segi pendekatan politik mereka di mana Zahid lebih bijak meraih populariti melalui media.  Sama ada ia kebetulan atau dirancang bukanlah soalnya.   Mukhriz pula lebih gemar bekerja tanpa mencari populariti, yang mana menyebabkan beliau dituduh oleh orang-orang politik sebagai ‘ketinggalan’.

Namun, apa yang penting ialah, kedua-dua Zahid dan Mukhriz tidak mengambil pendekatan ‘apologetic’ apabila diserang oleh pembangkang atau kumpulan minoriti. Jelas di sini bahawa kualiti inilah yang akar umbi mahukan.

Dalam memilih Ahli Majlis Tertinggi juga kita melihat trend yang sama di mana Datuk Seri Mustapa Mohamed diumumkan menduduki tempat pertama dengan jumlah undi 89,560.  Mustapa selama ini cukup terkenal di kalangan rakyat sebagai mungkin satu-satunya menteri yang tidak berpolitik.  Beliau sentiasa bekerja keras dan tidak pernah mencari publisiti murah.

Sikap yang merendah diri dan dedikasi menyebabkan beliau dihormati serta tidak pernah menimbulkan kontroversi.  Mustapa juga antara pemimpin yang tidak jemu-jemu membantu bumiputera melalui portfolio yang dipegangnya. Kita percaya bahawa atas dasar inilah maka akar umbi memberi beliau undi tertinggi.

Pemilihan sayap pemuda, wanita dan puteri bagaimanapun sukar untuk diperhalusi memandangkan jumlah undi popular tidak pernah didedahkan.  Dengan kedudukan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita yang penuh kontroversi, keputusan untuk tidak mendedahkan jumlah undi popular menyebabkan syak wasangka dan tuduhan-tuduhan liar terus ‘melingkar’ di kalangan akar umbi dan rakyat keseluruhannya.

UMNO sewajarnya tahu bahawa kemenangan watak yang kontroversi bukanlah satu kemenangan buat UMNO.  Mungkin sukar untuk diterima, tetapi hakikatnya kemenangan mereka mengundang pandangan sinis rakyat.  Apatah lagi dengan pendirian jelas Ketua Pemuda yang ingin membawa keterbukaan serta melonggarkan perjuangan UMNO dari segi agama dan bangsa.

Keadaan bertambah buruk bagi UMNO apabila pembangkang dilihat menyambut baik sekali kemenangan Ketua Pemuda, yang mana meningkatkan lagi keraguan rakyat terhadap dirinya.   Ingatlah musuh tidak akan gembira jika sesuatu itu benar-benar baik untuk kita.

Mungkin keadaan akan lebih ‘selesa’ sekiranya undi popular bagi sayap-sayap UMNO turut didedahkan.  Tindakan ini boleh meredakan sedikit rungutan rakyat dan juga akar umbi.

Secara ringkasnya, kedudukan undi popular adalah terjemahan dari kehendak akar umbi dan rakyat jelata.  Jelas di sini, bahawa rakyat inginkan pemimpin yang dedikasi dan komited pada kerja, merendah diri tetapi berani dan lantang dalam mempertahankan Melayu dan Islam.

Mana-mana pemimpin yang memilih keterbukaan dan lemah bila berhadapan dengan asakan pembangkang dan golongan minoriti akan dipandang sinis dan diragui oleh rakyat.

Justeru, hala tuju UMNO wajib melalui landasan yang sedia ada iaitu perjuangan Agama, Bangsa dan Negara sepertimana kehendak akar umbi.  Tiada kompromi sama sekali bagi sebarang

percubaan untuk mengubah hala tuju UMNO.  Perubahan yang sebenarnya di-idam-idamkan oleh akar umbi ialah agar UMNO lebih tegas, lebih ikhlas, lebih berani, lebih lantang dan lebih dedikasi seperti Zahid, Mukhriz atau Dato’ Mustapa.

Ketahuilah bahawa rakyat sudah muak melihat pemimpin yang lebih publisiti dari bekerja, lebih glamour dari bijak, lebih cakap dari bertindak dan lebih slogan dari hasil.

Sumber:  Beruang Biru

Pas Pendokong Kuat Amalan Pulau Memulau Di Sungai Limau

Takut kena ‘pulau’, itulah antara ungkapan keramat yang sering keluar dari mulut para pengundi di Sungai Limau apabila diminta mengulas mengenai calon yang diketengahkan oleh kedua-dua parti yang bakal bertanding esok.

Rata-rata di kalangan mereka gagal memberikan sebarang komen ketika diminta mengulas mengenai calon Pas, Azam Samad yang juga merupakan bekas guru. Ini kerana ramai di kalangan penduduk di Sungai Limau langsung tidak mengenali Azam walaupun Pas mendakwa calon parti itu adalah merupakan seorang yang dikenali dan dekat di hati masyarakat Sungai Limau.

Namun itu bukanlah satu perkara yang pelik, kerana Pas sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, sering kali dilihat cuba memperbodohkan para pengundi dengan pelbagai cerita ‘penglipur lara’ di setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.

Berbanding Barisan Nasional (BN) / Umno, yang meletakkan calon dari golongan profesional Dr. Ahmad Sohaimi Lazim seorang bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Yang peliknya rata-rata penduduk di kawasan Kampung Sungai Daun dan Kabu Sepuloh menegaskan mereka takut untuk memberikan sebarang komen berhubung calon dari BN/Umno.

Ini kerana menurut mereka, tindakan tersebut bakal menyebabkan mereka dipulaukan oleh para penyokong Pas di kawasan. Menurutnya, mungkin ada yang akan merasa pelik atau tidak mempercayainya, namun bagi penduduk kampung itulah realitinya yang berlaku.

Walaupun tidak selesa dengan pendekatan jumud dan fanatik penyokong Pas itu, namun menurut mereka hubungan kekeluargaan antara penduduk kampung telah menyebabkan perkara itu merosakkan hubungan dan keharmonian.

“Mereka bukan setakat memulaukan orang yang tidak sehaluan dengan mereka, tapi ada kalanya ia boleh menjadi semakin teruk.

“Ramai juga di kalangan ahli Pas yang tidak berpuas hati dengan keputusan dan pendirian pemimpin atasan, semuanya terpaksa memendam rasa. Kerana bukan setakat penyokong Umno akan dipulaukan, mereka yang tidak bersetuju dengan parti juga akan turut menerima nasib yang serupa” katanya yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

Menurut beliau, isu pulau-memulaukan ini bermula semenjak Amanat Hadi Awang dimainkan.

Sebagaimana telah dikupas oleh C.N. Afghani dalam bukunya Kafirkah Aku, saya dan masyarakat Terengganu sendiri mengalami sejak tahun berkenaan bahawa pengikut Pas berpendapat penyokong UMNO atau BN adalah golongan kafir. Ia telah dinyatakan secara terbuka di pentas ceramah, poster dan kain pemidang di merata tempat ketika itu, terutama setiap kali pilihan raya umum.

Sebagaimana kita sedia ketahui, akibatnya berlakulah pulau memulau secara meluas dan terbuka, bersembahyang dua imam dalam satu masjid, dua masjid dalam satu mukim, pernikahan dan penyembelihan orang UMNO sebagai tidak sah, perceraian dan pergaduhan sesama keluarga.

Kemuncaknya ialah peristiwa Memali yang mengorbankan beberapa nyawa pada 19 November 1985. Betapa sedihnya kita kerana ia berlaku di depan mata, melibatkan rakan-rakan dan saudara-mara yang suatu masa dulu begitu akrab, harmoni dan saling berganding bahu apabila ada majlis dan keramaian.

Amanat Haji Hadi tiba-tiba menjadikan masyarakat sekeliling kucar-kacir, benci-membenci, berpecah-belah. Sedih dan kecewa melihat fenomena perpecahan ini tanpa cuba diperbetulkan oleh Hadi dan pemimpin Pas.

Sumber:  Beruang Biru

Pas Mahu Kalah Di Sungai Limau

Suka atau tidak ramai menjangkakan pilihanraya kecil DUN Sungai Limau bakal menyaksikan satu persaingan yang sengit di antara Umno / Barisan Nasional dan Pas. Bagi pihak Umno/BN, peluang ini sudah tentu merupakan satu peluang keemasan bagi merampas kerusi Sungai Limau bagi mengukuhkan kuasa politik di Kedah.

Manakala bagi Pas, ia adalah merupakan kerusi yang WAJIB di pertahankan kerana ia adalah maruah buat parti itu yang kebelakangan ini dilihat semakin hilang pengaruh di kalangan orang Melayu Islam.

Tambahan pula, Pas secara jelas mengatakan pendirian parti itu untuk membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Sedangkan isu tersebut dilihat penting kerana mereka sedar antara sebab utama Kristian mahu menggunakan kalimah Allah di dalam Bible ialah untuk mengelirukan masyarakat.

Dari satu sudut pula, ramai di kalangan pengikut Pas merasakan ia adalah merupakan antara peluang keemasan untuk ‘membunuh’ sekali gus menyingkirkan terus pengaruh politik Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Kedah.

Ini kerana rata-rata di kalangan mereka mengetahui pendirian Mat Sabu terhadap ajaran sesat Syiah. Malah ia juga adalah merupakan sebab utama pemimpin no 2 Pas itu kecundang di Pendang pada pilihan raya umum yang lalu.

Walaupun Mat Sabu berulang kali cuba menafikan, bahawa dirinya adalah bukan merupakan penganut agama sesat Syiah. Namun isu tersebut dilihat telah menyebabkan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu semakin ditolak oleh masyarakat Islam khususnya di Kedah yang berpegang kuat kepada fahaman Ahli Sunah Wal Jemaah.

Tambahan pula, ada di kalangan pemimpin dan ahli Pas sendiri yang pernah mendedahkan penglibatan secara langsung Mat Sabu dengan agama sesat Syiah.

Lebih mengejutkan, menurut sumber dalaman parti itu sudah ada desas-desus yang mengatakan Pas bakal kecundang di PRK Sungai Limau. Ini kerana menurut sumber tersebut, ada beberapa jentera di peringkat negeri yang telah memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dan menyatakan hasrat untuk tidak terlibat bagi membantu jentera Pas Kedah dalam PRK kali ini

Antaranya Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sebagai contohnya jentera Kelantan mengatakan mereka lebih berminat untuk mempromosikan Menteri Besar Kelantan yang baru, kerana dikatakan telah menjadi sasaran serangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tambahan pula, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah dikatakan bakal menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan tertinggi Pas dalam pemilihan parti itu yang kini disandang oleh Mat Sabu.

Jentera Terengganu pula dikatakan sangat membenci Mat Sabu kerana sering dikaitkan dengan Syiah. Manakala jentera Pahang dikatakan enggan memberikan sokongan kerana tidak mahu melihat Mat Sabu terus mendominasi Pas sekali gus membawa parti itu ke arah kehancuran.

Mereka dikatakan lebih berhasrat untuk mengangkat Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat lebih layak digandingkan dengan Presiden Pas bagi memimpin parti itu ke landasan Islam yang sebenarnya.

Pada pemilihan parti yang lalu, Mat Sabu berjaya merampas jawatan Timbalan Presiden apabila undi golongan ulama berpecah selepas persaingan turut menyaksikan'pertembungan' dua ulama iaitu Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kesimpulannya PRK Sungai Limau ini adalah merupakan medan yang terbaik untuk menyingkirkan Mat Sabu dari saf kepimpinan parti. Atau dalam bahasa mudah, calon Pas, Sungai Limau terpaksa di korbankan bagi ‘menguburkan’ karier politik pengikut SYIAH TEGAR.

Sumber:  Beruang Biru