PAS yang kita ketahui, telah lama terbahagi dua iaitu antara kumpulan Ulama dan Anwarinas.
Namun, hari ini ‘pembahagian’ ini semakin rumit kerana kumpulan Ulama PAS sendiri juga turut terbahagi dua di mana satu kumpulan cenderung menyokong Anwarinas, dan satu kumpulan lagi kekal membawa prinsip konservatif PAS yang asal.
Apa yang menarik ialah kumpulan Ulama yang ‘mesra’ Anwarinas itu juga merupakan golongan Ulama yang memegang jawatan tertinggi di dalam parti, termasuk Presiden dan Mursyidul Amnya. Timbalan Presidennya yang terkenal dengan skandal dengan isteri orang pula turut terkenal sebagai anjing suruhan DAP, selain pengamal ajaran Syiah.
Dengan barisan kepimpinan yang sebegini rupa maka, tidak hairanlah PAS menjadi haru biru dan bercelaru.
Sebenarnya, akar umbi PAS, dan mungkin sebahagian dari umat Melayu di Malaysia, sedikit sebanyak tetap menaruh harapan kepada PAS sebagai pembangkang yang berlandaskan Islam, untuk menjadi ‘pengimbang’ kepada kuasa kerajaan.
Kewujudan PAS seharusnya mampu memastikan pentadbiran negara tidak terkeluar dari landasan dengan membuat teguran dan bangkangan apabila ada keperluan. Maka, kepada Ulama-ulama peneraju parti PAS, diletakkan kepercayaan bagi melaksanakan tanggungjawab ini, iaitu mempertahankan agama yang digariskan sebagai hala tuju parti.
Malang sekali, Ulama-ulama PAS berpolitik bukan untuk mempertahankan agama tetapi untuk berkuasa.
Di sinilah bermulanya kecelaruan PAS iaitu apabila Ulama sendiri sanggup bekerjasama dengan pendokong liberalisasi dan pluralisme demi kuasa. Malah, mereka juga sanggup bersekongkol dengan kafir harbi komunis yang cita-cita utamanya ialah untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi negara ini serta membuka ruang dakwah yang luas kepada Kristian.
Ulama-ulama peneraju PAS penyokong Anwarinas ini percaya bahawa kesepakatan dengan kumpulan harbi, komunis, syiah, pluralis dan liberalis ini akan membatu mereka berkuasa. Kesepakatan ini disandarkan kepada konsep Tahaluf Siyasi bagi memberi gambaran ‘Islam’ agar dihalalkan oleh ahli-ahlinya.
Dan kemenangan 4 negeri oleh pakatan ini pada PRU 2008 dijadikan sebagai pembakar semangat untuk PAS terus mengutamakan politik daripada agama.
Tanpa PAS sedar, ‘tahaluf siyasi’ walaupun telah menguntungkan Pakatan Rakyat, ia telah sebenarnya merugikan PAS. Buktinya, PRU 2013 menyaksikan bagaimana PAS mendapat undi tercorot berbanding rakan-rakan lain di dalam pakatan.
Keputusan yang corot ini memberi kekuatan kepada sekumpulan Ulama di dalam PAS untuk bangkit mempersoalkan hala tuju parti. Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib antara yang pertama bersuara mendesak agar tahaluf siyasi dikaji semula. Peneraju parti, yang juga merupakan kumpulan Ulama iaitu Datuk Seri Hadi Awang, bagaimanapun membuat kenyataan untuk terus berpaut kepada PKR dan DAP biarpun mereka masing-masing terbukti sebagai penyokong LGBT dan kafir harbi.
Justeru, perang antara Ulama PAS ini terus berjalan selama beberapa bulan tanpa penyelesaian. Harun Taib dikatakan turut disokong oleh Harun Din, Ustaz Nasha dan beberapa Ulama muda lain. Bagaimanapun, suara mereka tidak begitu kuat memandangkan Ulama di peringkat tertinggi iaitu Hadi Awang dan Nik Aziz masih berdegil ingin terus bertahaluf siyasi dengan siapa sahaja, biar syaitan sekalipun, asalkan bukan UMNO.
Nampaknya kepimpinan tertinggi PAS sudah dirasuki roh Anwarinas dan mula merasa selesa dengan ide-ide liberalisme, pluralisme. Ini tentulah tidak mengejutkan memandangkan mereka juga turut mengiktiraf Syiah.
Oleh itu, hala tuju PAS kini cukup misteri. Akibatnya, ahli-ahli PAS sendiri dilihat sebagai membawa fahaman, hujah dan pendapat sendiri dalam mempertahankan parti yang mana sebenarnya tidak menepati fahaman, hujah dan pendapat pemimpin atasan mereka.
Setakat ini, Hadi Awang dan Nik Aziz jelas tidak sanggup ‘bercerai’ dengan Anwar dan Lim Kit Siang. Mungkinkah Ulama-ulama ini enggan meminta cerai kerana bimbang akan hilang ‘wang saraan’?
Tanpa sebarang keputusan tuntas mengenai tahaluf siyasi, sokongan terhadap PAS akan terus merosot. Namun, itu bukan soal besar. Soal yang lebih besar ialah ummah akan terus keliru dan bercelaru akibat Ulama-ulama yang haru biru.
Soal ini adalah lebih penting dan jika benar ada Ulama-ulama di dalam PAS yang serius ingin membuat pembaikan, maka mereka perlu melakukan tindakan drastik iaitu memilih untuk dipimpin Ulama Anwarinas, atau bangkit dan memimpin parti sendiri. Jika itu tidak dapat dilakukan, maka adalah wajib bagi mereka untuk meninggalkan ulama-ulama yang sesat itu, sekali gus menyelematkan ummah dari terus terpesong. Keputusan di tangan masing-masing, untuk dibawa ke kubur masing-masing.
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment