Bukan sekali Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan tanpa terlebih dahulu
mengkaji, tetapi telah beberapa kali. Antara kenyataan paling
memalukan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah ialah berkenaan isu Lahad
Datu di mana beliau menuduh Pasukan Cawangan Khas sebagai
bertanggungjawab untuk mencari orang hilang. Malah, dalam isu agama
juga Nurul Izzah tidak berfikir panjang, tetapi menyerbu sesuka
hatinya dalam keghairahan untuk meraih undi bukan Islam. Kerana itu,
beliau sanggup menyatakan bahawa orang Islam juga berhak murtad iaitu
satu kenyataan yang kurang tepat dari konteks Islam, dan salah dari
segi politik.
Seperti bapanya, Nurul Izzah suka mencari publisiti murah atas perkara
yang remeh. Namun, sesekali, Nurul Izzah kelihatan teringin juga
menyentuh soal yang lebih berat seperti pertahanan negara.
Bagaimanapun, ia berakhir dengan beliau telah dikecam hebat kerana
merisikokan rahsia negara terbongkar luas.
Hari ini, Nurul Izzah mencari publisiti murah lagi dengan terus
menghentam produk-produk 1Malaysia. Kita faham keterdesakan Nurul
Izzah yang namanya semakin pudar dalam politik negara. Kita juga
faham Nurul agak malu dan tertekan dengan ejekan orang ramai terhadap
tindakan bapanya membuat ‘make-over’ ke atas wajah yang ketandusan
seri. Dan Nurul perlu mengalih perhatian ramai.
Maka, Nurul pun menghentam Klinik 1Malaysia. Katanya, klinik ini
tidak berkualiti dan bertaraf dunia ke-3 kerana tidak menyediakan
doktor tetapi hanya Pembantu Perubatan untuk merawat pesakit. Benar,
bahawa klinik ini tidak menyediakan khidmat doktor kerana memang
itupun yang diumumkan kepada rakyat iaitu objektifnya ialah untuk
menangani sakit ringan dan biasa sahaja.
Objektif ini bertepatan dengan keperluan rakyat berpendapatan rendah
yang memerlukan khidmat perubatan yang murah, dekat dan mudah bagi
sakit biasa seperti luka, demam, batuk, selsema, cirit-birit atau
sakit kepala, dan yang sepertinya. Sakit seperti ini adalah bermusim
dan mudah tersebar. Bagi sebuah keluarga yang ramai, kewujudan Klinik
1M ini tentulah memudahkan, daripada mereka terpaksa bersilih ganti ke
klinik lain yang lebih mahal untuk mendapatkan ubat yang sama.
Selain itu, ia juga bagi memudahkan pesakit yang memerlukan ubat
berterusan bagi penyakit seperti darah tinggi atau insulin bagi
pengidap kencing manis dan sebagainya. Dengan adanya klinik 1M ini,
pesakit seperti ini tidak perlu lagi menapak ke hospital setiap kali
kehabisan bekalan ubat-ubatan.
Kerajaan tidak pernah menjanjikan Klinik 1M sebagai bertaraf sebuah
klinik pakar tetapi hanya menjanjikan yang ia mampu memudahkan dan
mengurangkan beban kos rakyat bagi mendapatkan ubat-ubatan biasa.
Oleh itu, kritikan Nurul Izzah adalah tidak relevan sama sekali.
Untuk pengetahuan Nurul Izzah, Dato’ Seri Najib bukan berperangai
seperti Anwar Ibrahim yang gemar berjanji bulan dan bintang walaupun
tidak mampu menyediakannya. Dato’ Seri Najib menjanjikan perkara yang
logik dan praktikal berdasarkan kemampuan negara.
Nurul Izzah pastinya mempunyai mentaliti dunia ketiga yang sentiasa
mengharapkan perkhidmatan taraf pertama dengan kos yang paling rendah
atau percuma. Beliau juga tentu menyangka yang semua ahli politik
adalah penipu seperti bapanya.
Hakikatnya, BN tidak pernah menipu. Buktnya, Klinik 1M telah pun
wujud dan menepati objektif penubuhannya sepertimana yang dijanjikan.
Ia telah terbukti diterima baik oleh rakyat dan berjaya.
Justeru, daripada Nurul Izzah asyik tersalah kritik, mungkin lebih
baik jika Nurul Izzah cuba bentangkan apakah yang telah dilakukannya
atau partinya yang mampu membantu dan memudahkan hidup rakyat?
Rasanya, sudah sampai masanya Nurul berpolitik secara matang, bukan
dengan cara dunia ke-3.\
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment