Anwar malu nak tunjuk muka di Kuala Besut
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut yang sudah masuk hari ke-8 hari ini masih tenang dan penduduk setempat pun masih selesa meneruskan kehidupan harian seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang menarik sepanjang kempen berlangsung.
Kecuali, ada satu dua perkara berkaitan PRK yang sedikit mendapat perhatian penduduk Kuala Besut ialah berkenaan rungutan mereka apabila ada beberapa surau dan masjid yang dimanipulasi oleh penyokong PAS untuk berkempen.
Begitu juga mengenai tindakan NGO pro PAS terutama dari Kelantan yang berceramah di Bazar Ramadan menyebabkan ramai yang merungut geram kerana ia dianggap satu gangguan pada penduduk untuk membeli juadah berbuka puasa.
Dalam pada itu, ada sesetengah penyokong PAS yang merupakan pengundi di Kuala Besut melontarkan pertanyaan mengenai misteri di mana Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berada tika ini. Persoalan itu timbul berikutan jadual ceramah PAS di Kuala Besut langsung tidak menyenaraikan nama Anwar, menjadikannya satu misteri nusantara.
Ada yang membuat spekulasi nakal mengandaikan Anwar sebetulnya malu dan takut untuk menunjukkan mukanya di Kuala Besut kerana bimbang diperlekehkan kehadirannya gara-gara kelancangan mulut Ketua Umum PKR itu sebelum ini yang banyak mempertikaikan kewibawaan SPR.
Kata mereka, kot kalau Anwar bersungguh-sungguh menghambur kempen nista di atas pentas untuk membantu calon PAS yang proksi Husam itu tapi kemudian keesokannya jadi bahan kempen oleh BN dan dijadikan pula bahan senda gurau penduduk tempatan, haru dibuatnya.
Rasanya logik juga andaian mereka, lagi pun hanya orang gila meroyan yang tak tahu malu saja sanggup datang berkempen dalam pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR yang dianggapnya sebagai penipu dan tidak telus dalam mengendalikan PRU-13.
Dalam Islam pun ada disebut, malu itu sebahagian dari iman. Sebab tiada iman maka Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan selambanya datang semasa penamaan calon sebagai tanda menyokong PAS meski pun hampir dua minggu sebelumnya anak lelaki sendiri meminta PRK DUN Kuala Besut diboikot.
Tapi Anwar tak macam Kit Siang sebab Anwar seorang muslim, cuma penulis ada sedikit was-was samada jenis manusia muka tembok macam Anwar ni reti ke apa itu perasaan malu? Ikut pada sejarahnya sejak dulu dan kini sama je perangai Anwar, selalunya soal malu belakang kira.
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment