Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, jentera Pas di pilihanraya kecil DUN Kuala Besut seakan lesu dan tidak bermaya. Sejak bermulanya hari penamaan calon hinggalah waktu untuk berkempen, para petugas parti itu seperti hilang arah tujuan. Bendera dank kain rentang parti itu juga seakan tidak kelihatan berbanding dengan Barisan Nasional (BN) yang telah berjaya menjadikan Kuala Besut bertambah biru.
Malah sekiranya diambil kira dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang pernah diadakan sebelum ini, pasti ramai yang dapat melihat kesungguhan jentera dan para petugas parti itu dalam berdepan dengan jentera dari BN. Namun itu semua tidak berlaku di kawasan Kuala Besut, apabila jentera muslimah dan kumpulan ulama Pas seperti membuat haluan sendiri.
Tambah menguatkan andaian pelbagai pihak, apabila ramai seolah dapat merasakan calon Pas Azlan @ Endut Jusuh sedang berdepan dengan masalah dalaman. Walaupun kepimpinan Pas mengatakan isu yang dibangkitkan itu hanyalah khabar angin, namun majoriti masyarakat di Kuala Besut dapat melihat calon pilihan Naib Presiden Pas, Husam Musa itu sedang berdepan dengan masalah sabotaj dalaman.
Menurut sumber ia ekoran dari rasa tidak berpuas hati mereka dengan tindakan kepimpinan Pas Pusat yang menolak mentah-mentah calon yang dikemukakan oleh Pas negeri dan kawasan. Malah wajah dan bayang Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut juga langsung tidak kelihatan membantu jentera parti.
Menyedari akan perkara itu, parti itu terpaksa mengunakan talian hayat mereka, dengan meminta Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat turun bagi membantu jentera dan segera menyelesaikan masalah yang sedang melanda itu.
Walaupun bekas menteri besar Kelantan itu berada dalam keadaan yang sangat uzur, namun dia terpaksa memenuhi jemputan tersebut bagi mengelakkan Pas menerima tamparan yang hebat sekiranya calon parti itu gagal beroleh kemenangan.
Nik Aziz yang kini berusia 82 tahun, pernah beberapa kali dimasukkan ke dalam wad disebabkan faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan. Malah dia juga pernah dilaporkan pengsan dan terpaksa diusung sejauh 100 meter dari tapak ceramah kerana keletihan berikutan program yang padat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Selain sering mengalami kekejangan otot kaki, Nik Aziz juga dilaporkan kerap berhadapan dengan masalah pernafasan dan sakit dada sehingga memaksa pihak penganjur membatalkan beberapa siri program yang sepatutnya dihadiri olehnya.
Mungkin akan ada yang bersimpati dengan keuzuran Nik Aziz yang dipaksa turun padang bagi membantu jentera parti. Namun itu semua merupakan salah Nik Aziz sendiri. Ini kerana, banyak pihak telah memintanya untuk berundur daripada terus terlibat dalam arena politik, namun semua permintaan itu langsung tidak diendahkannya.
Ini kerana dia merasakan khidmat masih diperlukan oleh ahli-ahli Pas. Tambahan pula ramai penyokongnya merasakan, dengan ketiadaan Nik Aziz di dalam Pas bakal menyebabkan parti itu lemah dan tidak berdaya. Malah ketika ditanya sebelum ini, dia pernah mengatakan akan terus bertanding sampai bila-bila waima terpaksa menggunakan kerusi roda sekali pun.
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment