Setiap tahun apabila keputusan kemasukan ke universiti diumumkan, kita akan mendengar lolongan dari kaum Cina berkenaan anak-anak mereka yang bijak tetapi tidak mendapat tempat atau kursus yang dipilih di universiti pilihan. Dan semalam terdapat 55 ibubapa Cina yang melolong-lolong menemui MCA mengadu bahawa anak-anak mereka yang mendapat keputusan 4.0 tidak mendapat apa yang mereka inginkan.
Dari lolongan mereka kedengaran seolah-olah kerajaan tidak adil dan sengaja mendiskriminasikan anak-anak mereka. Perkataan ‘meritokrasi’ diulang-ulang, seolah-olah itulah penyelesaian bagi segala masalah.
Meritokrasi membawa makna persaingan sama rata. Dalam konteks pendidikan, ia bermakna mengambil kira keputusan peperiksaan semata-mata. Kononnya, inilah persaingan yang sihat yang mampu membawa kita ke tahap negara dunia pertama.
Malangnya, meritokrasi bagi kaum Cina hanya perlu dilaksanakan di Universiti Awam, sektor kerajaan dan GLC. Di dalam perniagaan yang dikuasai mereka, meritokrasi tidak digunapakai langsung. Sebaliknya, segala peluang berniaga hanya diberi kepada kaum mereka sahaja. Kadar sewa kedai milik mereka juga berbeza-beza mengikut kaum di mana penyewa dari kaum mereka akan diberi harga murah dan sebaliknya harga yang lebih tinggi atau dinaikkan sesuka hati sekiranya penyewanya kaum Melayu atau kaum lain.
Sejak azali lagi, kedai-kedai dan pasaraya besar milik mereka tidak akan sekali-kali mempromosi produk bumiputera walaupun sebelum orang-orang Melayu melancarkan boikot ke atas produk mereka. Produk Bumiputera akan diletakkan di tempat yang tidak strategik atau disabotaj melalui pengangkutan, pembayaran dan berbagai-bagai cara lagi.
Di syarikat-syarikat swasta, sudah menjadi perkara biasa apabila seorang Melayu yang telah berpuluh tahun bekerja sehingga syarikat bergantung penuh kepada kebijaksanaan dan kebolehannya, tetap tidak akan dinaikkan pangkat. Lebih dahsyat, beliau akan disuruh melatih seorang Cina di mana Cina tersebut akan kemudiannya dijadikan ketuanya.
Lebih malang lagi, hampir kesemua syarikat swasta dan kompleks perniagaan di Malaysia dimiliki oleh kaum mereka.
Atas dasar ini, maka meritokrasi yang dilolongkan oleh kaum Cina di universiti awam sewajarnya dibakulsampahkan saja. Mereka perlu diajar agar ‘bercakap serupa bikin’ dahulu sebelum mengajar orang ‘bikin’ sesuatu.
MCA kini sedang mengendalikan 108 rayuan anak-anak Cina yang ‘tidak mendapat apa yang mereka inginkan’ tadi. Berikutan dengan itu, beberapa blogger dari kaum Cina pro-kerajaan menempelak mereka kerana meminta bantuan MCA dan menyuruh mereka melolong kepada DAP atas nasib yang menimpa mereka. Hujah mereka, kaum Cina telah menolak MCA mentah-mentah dan menidakkan segala jasa MCA kepada mereka selama ini. Justeru, kenapa perlu diruntun MCA lagi? Bukankah inilah masanya untuk mereka menekan DAP agar mula ‘membuat jasa’?
Bagaimanapun, hakikatnya, masalah yang sama turut dialami oleh anak-anak dari kaum lain, iaitu India dan juga Bumiputera. Namun, kaum lain tidak pula melihatnya sebagai masalah perkauman atau ketidakadilan kerajaan. Ramai dari anak-anak Melayu yang bijak turut terpaksa berpuas hati dengan tawaran kursus yang tidak diminati mereka. Begitu banyak kes berlaku di mana rakan yang mendapat keputusan lebih rendah berjaya mendapat kursus pilihan manakala mereka yang lebih cemerlang diberi kursus pilihan kedua.
Namun, kebanyakan ibubapa Melayu hanya memujuk anak-anak mereka bahawa manusia tidak semestinya mendapat apa yang diinginkan walaupun telah berusaha sedaya upaya. Lagipun, kita tidak tahu bahawa apa yang diinginkan itu kadangkala tidak sesuai dan tidak baik untuk kita. Oleh itu, Allah SWT hanya membawa kita ke arah yang terbaik kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Itulah yang dinamakan takdir.
Pendek kata, mendapat keputusan yang cemerlang tidak menjadikan kita istimewa di mana semua orang di dunia ini wajib memberi apa yang kita mahukan.
Lebih dari itu, pencapaian akademik yang cemerlang bukan jaminan yang seseorang itu sesuai untuk menjadi apa saja yang dicita-citakannya.
Bayangkan, jika seorang anak Cina dengan keputusan 4.0 melalui temuduga untuk kursus perubatan, tetapi beliau tidak punya pemahaman dan tidak mampu bertutur dengan baik atau tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan kepada penemuduga, sedangkan ada anak Cina atau Melayu lain yang mendapat keputusan 3.89 tetapi mempunyai pemahaman, personaliti dan kematangan yang sesuai serta mengkagumkan, yang manakah agaknya yang wajar terpilih?
Ini belum lagi dikira latarbelakang. Seorang miskin yang tidak pernah ke tuisyen dan mendapat pendedahan lain tetapi mampu mendapat keputusan 3.89 serta mempunyai kemahiran berbahasa dan pemahaman yang baik mungkin saja sama atau lebih bijak dari seorang kaya yang mendapat 4.0. Justeru, yang miskin lebih layak diberi peluang untuk ke universiti awam bagi menepati dasar kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan. Hanya dengan memberi peluang kepada golongan miskin untuk belajar ke peringkat tinggi maka kehidupan mereka dapat ditingkatkan. Manakala, golongan kaya, boleh saja mencuba nasib di Universiti Swasta.
Dasar inilah yang membantu membawa Malaysia hingga ke tahap ini, pada hari ini.
Oleh kerana kaum Bumiputera merupakan majoriti rakyat serta mewakili golongan sederhana dan miskin, maka tidak hairanlah peratusan kemasukan kaum ini ke universiti merupakan yang tertinggi.
Di samping itu, apa yang terjadi ialah kaum Cina sendiri sering memandang rendah terhadap universiti awam dan ramai di antara mereka lebih suka ke universiti swasta. Alasan mereka ialah penekanan terhadap Bahasa Melayu serta enggan bergaul dengan majoriti Melayu.
Dengan sikap kaum Cina yang memperlekeh dan menghina segala-galanya tentang kerajaan dan kini menolak kerajaan di dalam PRU, mereka sepatutnya merasa malu untuk melolong-lolong ingin masuk ke universiti kerajaan apatah lagi mendesak agar diberi apa yang mereka inginkan. Sewajarnya, kerajaan terlebih dahulu membantu anak-anak Melayu yang mengalami masalah yang sama tetapi tabah menghadapinya.
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment