Anawaris jadikan PAS ‘pak turut’(Berita Harian)
Penguasaan golongan Anwaris dan Erdogan dalam kepimpinan PAS
menyebabkan parti itu kini menjadi ‘pak turut’ kepada DAP dan PKR, kata ahli
seumur hidup PAS, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.
Katanya, keadaan menjadi parah apabila golongan ulama
disisihkan daripada kepimpinan PAS pusat menyebabkan parti itu hilang
kredibiliti selaku parti yang mempertahankan syariat islam.
“Ini menyebabkan orng melayu terutama ahli PAS sendiri mula
mempersoalkan hala tuju parti itu yang dilihat semakin meninggalkan hokum hudud
dan konsep Negara islam yang diperjuangankan sejak lima dekat lalu.” Katanya.
Pentingkan undi bukan melayu Beliau berkata, perjuangan PAS
sudah jauh menyeleweng kerana terlalu mementingkan undi bukan melayu.
“Kepimpinan PAS pusat sekarang sudah dikuasai golongan
Erdogan dan Anwarinas yang angenda utama mereka ialah kuasa, kebendaan dan
pekara duniawi.
“Kumpulan ini membisu apabila bedepan dengan DAP dan PKR
demi merealisasikan impian menawan Putrajaya, sehingga menyebabkan PAS kini
dilihat sebagai pengikut dala pakatan,” katanya ketika bertemu BH disini
semalam.
Shahnon yang juga sastrawan Negara mendedahkan kebanyakan
ahli PAS, Khususnya diperingkat akar umbi kurang selesa dengan DAP, tetapi
tidak mahu bersuara kerana tidak mahu dianggap melawan dasar parti.
Katanya, kesetiaan ahli
PAS kepada perjuangan parti boleh tergugat berdasarkan tindak tanduk
parti parti ituyang banyak mengalah kepada DAP dan PKR.
“saya yakin ini tidak akan berlaku jika golongan ulama
kembali memimpin jawatan kuasa PAS pusat, selain pelbagai isu membabitkan akidah dan akhlak boleh kita
selesaikan.
“malah, saya yakin kerjasama dengan UMNO juga boleh menjadi
kenyataan kerana ulama mementingkan perpaduan ukhuwah sesame Muslim dan bukanya
Erdogan atau Anwarinas yang hanya mengimpikan Putrajaya,” katanya.
No comments:
Post a Comment