Friday, October 19, 2012

Apek Mahu Tinggal Kelantan, Penipuan Oleh Juak-Juak PAS


Sejak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diterajui oleh Tan Sri Annuar Haji Musa, pasukan bola sepak Kelantan ataupun terkenal dengan jolokan nama The Red Warrior (TRW) semakin melangkah ke depan dan telah berubah dari cuma sebuah pasukan kerdil kini dikenali sebagai gergasi bola sepak yang digeruni.

Hakikat kehadiran Annuar Musa sebagai faktor merintis kebangkitan pasukan bola sepak Kelantan sukar dinafikan oleh sesiapa, bukti terpampang di depan mata dek kerana hasil daya usaha dan kesungguhan beliaulah buat pertama kalinya Kelantan berjaya meraih Piala Malaysia pada tahun 2010.

Kejayaan tersebut terlalu manis untuk dikenang dan amat bermakna bagi seluruh rakyat Kelantan. Kesannya begitu terasa hinggakan saban hari di mana-mana sahaja perihal kehebatan pasukan negeri menjuarai Piala Malaysia diperkatakan oleh orang Kelantan.

Disebalik keghairahan rakyat Kelantan meraikan kejayaan sungguh bermakna itu, satu perkara yang tak dijangka, rupa-rupanya ia turut memberi kesan positif kepada kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas yang kemudiannya dimenangi oleh BN dengan majoriti 1,190 undi mengalahkan calon PAS.

Walhal hasil dari beberapa kajian, analisis dan culaan trend kecondongan pengundi pada awalnya menjangkakan kemenangan berpihak pada BN dengan hanya kelebihan majoriti kecil sekitar 400 hingga 600 undi sahaja.

Jelas sekali penambahan ketara sokongan untuk BN itu sebenarnya juga merupakan tanda penghargaan dari sebahagian besar rakyat Kelantan kepada Annuar Musa selaku pemimpin UMNO yang terbukti jasanya dalam mengangkat martabat bola sepak negeri.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, kebenaran disebalik kehangatan isu perpindahan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang kononnya melibatkan kontrak bernilai RM3 juta, hakikatnya hanyalah sebahagian usaha politik tipu daya oleh pihak berkepntingan untuk menjejaskan prestasi bola sepak Kelantan.

Berita angin itu sebetulnya berniat jahat untuk mengganggu tumpuan penjaga gol itu di saat menjelangnya perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini di antara Kelantan dengan ATM di Stadium Shah Alam, Selangor.

Sebagai benteng terakhir pasukan, peranan Khairul Fahmi ataupun lebih dikenali sebagai Apek cukup penting dalam mempertahankan gawang gol dari ditembusi pihak lawan.

Ada pihak yang mengharapkan dapat mengganggu konsenstrasi Apek dengan menyebarkan berita sebegitu kepada media dengan demikian konon prestasi Apek akan merosot dan gawang mudah ditembusi.

Selanjutnya menjangkakan sekiranya kelemahan tersebut berjaya mencelarukan keseluruhan pasukan Kelantan dan tewas di tangan ATM, maka kesan negatifnya akan terpalit pada Annuar Musa.

Salah seorang dari pihak yang terbabit menyebarkan khabar angin tersebut kepada media sememangnya sudah dikenalpasti mempunyai hubungan rapat dengan seorang juak PAS yang sebelum ini pernah terlibat secara langsung untuk menekan Annuar Musa turun dari jawatan Presiden KAFA.

Juak-juak PAS telah lama menyedari impak kebangkitan bola sepak Kelantan turut memberi kesan positif meningkatkan sokongan khalayak anak negeri kepada UMNO dan BN, berikutan itu telah membawa kepada inisiatif terdesak oleh beberapa juak-juak tersebut untuk menekan Annuar turun dari jawatan Presiden KAFA.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk membolehkan jawatan Presiden KAFA diambil alih oleh Husam Musa yang merupakan Exco kanan Kerajaan PAS Kelantan. Dengan berbuat demikian, gerombolan beberapa juak-juak PAS negeri itu berpendapat akan memberi impak positif pula untuk PAS Kelantan.

Usaha tersebut tidak berjaya sebelum ini dan kesannya Kerajaan PAS Kelantan terpaksa meningkatkan kemesraannya dengan Annuar dan KAFA, setidak-tidaknya dengan cara itu Kerajaan PAS Kelantan berharap dapat menumpang nama di atas kebangkitan pasukan bola sepak kelantan.

Pun begitu, perangai hasad dengki orang Melayu Islam dalam PAS tidak pernah surut. Sudah menjadi tabiat semulajadi mereka, setiap kejayaan yang dikecapi oleh orang Melayu Islam lain khususnya melalui daya usaha pemimpin UMNO, sukar untuk mereka menerima hakikatnya.

Kali ini mereka menggunakan lagi taktik jahat untuk menambah tekanan bagi menjatuhkan imej Annuar melalui cubaan lebih berani dengan mengganggu tumpuan pasukan bola sepak negeri pula.

Kita harap para pemain terutama Apek sendiri dapat terus fokus dengan misi menggondol Piala Malaysia untuk kali kedua. Abaikan saja gossip liar sedemikian, pastikan harapan penyokong TRW dan rakyat Kelantan termakbul sekali.

Sumber:  Beruang Biru

No comments:

Post a Comment