Makamah Perancis tolak bulat- bulat (Utusan)
Kuala Lumpur : Hasil siasatan beberapa pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) mendapati pemohonan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk menjadi
plantif dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua
kapal selam, Scopene buatan Perancis pada 2002 ditolak bulat- bulat oleh
makamah di Negara itu, 13 Mac lalu.
Selepas tiga hari ditolak, Peguamnya, Wiliam Bourdon sekali
lagi memohon kepada makamah Peracis
untuk menjadikan badan itu sebagai plantif bersekutu dengan alasan Suaram
berkerjasama dengan Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi manusia (FIDH) tetapi status permohonan
tersebut mash diketahui.
Presiden kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain
taib berkata, Suaram mendakwa kononya aduan berhubung isu Scopene diterima dan
makamah Perancis membenarkan Suaram sebagai pengadu yang sah adalah satu
pembohongan besar kerana pemohonannya telah ditolak.
Beliau turut mencabar Suaram dan pemimpin pembangkang untuk
menafikan fakta tersebut sekiranya pendedahan itu tidak benar.
“Fakta yang didedahkan hari ini jelas menunjukan Suaram dan
pemimpin pembangkang seperti Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibarahim serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Tian Chua telah berbohong kepada rakyat Malaysia dalam isu tersebut” “tindakan makamah Perancis menolak permohonan itu jelas
menunjukan Suaram telah cuba menipu badan kehakiman Negara itu dengan mengaku
sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ang sah tetapi sebenarnya sebuah syarikat
iaitu Suara Inisiatif sdn bhd. Yang bermotifkan keutungan dan tidak mewakili
rakyat Malaysia,” katanya dalam siding akbar disini hari ini.
Yang turut hadir, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Pekasa
Malaysia (Perkasa) Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Abdul Hamid; Pegawai Kerja
Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM). Mohd. Mustafa Hamzah.
Baru baru ini, pendakwa kerajaan Perancis, Yves Charpenel
menegaskan bahawa perbicaraan yang didakwa sedang berlansung di Negara itu
tidak berlaku seperti didakwa Suaram.
Beliau berkata, media di Malaysia harus mendapat memebezakan
antara khabar angina, fakta, siasatan dan perbicaraan.
Dzulkarnain turut menyelar tindakan Suaram yang telah
mengadakan acara makan malam untuk mengutip dana daripada orang awam pada mei
atau jun lalu kononya bagi membiayai perbicaraan kes tersebut walupun tahu
semua itu tidak berlaku.
“Suaram telah menjual cerita bohong Scopene ini untuk
mengutip wang daripada rakyat yang terpengaruh dengan penipuann mereka selama
hamper 4 tahun.
“Hal ini demikian adalah fakta yang sengaja disembunyikan
Suaram, Peguam mereka dan pemimpin Pembangkang untuk menipu rakyat Negara ini
dan membohongi dunia dengan tujuan jahat menjatuhkan Kredibiliti kerajaan
Malaysia,” Ujarnya..
Source: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment