Kenyataan Nik Aziz di Utusan Malaysia bahawa PAS memerlukan DAP, dan di Sinar Harian, bahawa DAP Tidak Pernah Mengganggu PAS, telah membuat akar umbi PAS terdiam sejenak.
Apa yang dapat ditafsirkan dari kenyataan Nik Aziz ialah,
PAS seolah-olah percaya bahawa tiada cara lain lagi untuk mereka ke Putrajaya
selain melalui kerjasama dengan DAP.
Seolah-olah kuasa Allah SWT itu terhad dan tidak mampu membantu mereka
berkuasa melalui jalan lain. Dan kuasa
DAP adalah lebih besar Allah SWT untuk meletakkan PAS di Putrajaya.
Seolah-olah, tanpa DAP, PAS tiada apa-apa. Begitulah hinanya PAS di mata pemimpin mereka
sendiri dan begitulah hinanya PAS dalam ertikata yang sebenar-benarnya.
Bagi PAS Putrajaya itu begitu penting, dan jauh lebih
penting dari mempertahankan agama.
Pendek kata, benarlah kata orang bahawa PAS hidup untuk
pilihanraya di mana seluruh jiwa raga dan tenaga dicurahkan untuk politik,
bukan untuk Allah SWT. PAS percaya
dengan momokkan sendiri bahawa jika parti itu tidak dapat ke Putrajaya maka
Islam akan hilang di Malaysia. Sedangkan
Islam bukannya duduk di Putrajaya mahupun di mana-mana, tetapi di hati setiap
hambaNya.
Bagi yang benar-benar fanatik atau ‘totok PAS’ mereka pantas
menepis kenyataan tersebut sebagai manipulasi media, lalu menutup telinga dan
mata serta mengelak dari bercakap tentangnya.
Bagi segelintir lagi penyokong PAS yang agak rasional,
mereka memilih untuk memendam rasa, enggan memikirkan tentangnya dengan harapan
ia akan dilupakan dan berlalu begitu sahaja sehingga Pakatan Rakyat berjaya
memenangi pilihanraya.
Namun, impak sebenar dari kenyataan itu tentunya terhadap
golongan atas pagar yang sedikit cenderung kepada PAS, tetapi masih ragu-ragu
dengan halatuju PAS dan PR. Mereka ini,
nampaknya tidak lagi dapat menerima ‘kegilaan’ PAS dalam mengejar Putrajaya
yang terserlah melalui kenyataan Nik Aziz.
Jika sebelum ini PAS sering menafikan yang mereka sanggup
melakukan apa saja demi politik termasuk menggadaikan agama dan bangsa semata-mata
untuk menjaga hati DAP, maka kenyataan Nik Aziz itu telah dengan sendirinya
membakulsampahkan segala penafian tersebut.
Dengan mengakui betapa PAS amat memerlukan DAP, Nik Aziz
sebenarnya mengesahkan betapa lemahnya PAS, sekali gus tuduhan bahawa PAS barua
DAP, PAS anjing DAP, atau kuda tunggangan DAP, terbukti benar dan tepat
belaka.
Dalam ertikata lain, PAS adalah parti tanpa maruah, yang
meletakkan dirinya di bawah tapak kaki DAP untuk dipijak bagi melonjakkan diri
mereka ke atas. Kerana tiada maruah, PAS
tidak sanggup melepaskan DAP apabila DAP menghina hukum hudud dan Islam, sedangkan
DAP sentiasa bersedia menerajang PAS jika terus berdegil ingin melaksanakan
hudud dan Negara Islam.
Mana tidaknya jika Putrajaya, bagi PAS, adalah lebih penting
dari Islam. Kemenangan PRU pula adalah
lebih penting dari soal dana Yahudi yang disalurkan untuk membantu PR melalui
berbagai cara, mahupun soal moral dan fahaman liberal yang dipegang oleh bakal
Perdana Menteri mereka.
Jika penyokong PAS taksub kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula
taksub kepada kuasa.
Dan ketaksuban telah membuatkan mereka buta sehingga tidak
menyedari perkara yang jelas iaitu dalam keadaan PAS memerlukan DAP lebih dari
DAP memerlukan PAS, bagaimana mereka boleh mengimpikan Islam ditegakkan jika PR
memerintah, sedangkan DAP menentangnya?
Bagaimana PAS boleh menentang agenda DAP sedangkan mereka cukup takut
jika DAP menendang mereka keluar?
Pastilah akhirnya PAS hanya akan terus bergayut memeluk kaki
DAP dan mengiakan apa saja asalkan dibenarkan berada bersama mereka di
Putrajaya.
Justeru, inilah diingatkan penyokong-penyokong akar umbi PAS
agar hentikanlah bermimpi yang Islam dapat ditegakkan jika PR memerintah selagi
Nik Aziz merelakan diri dan parti itu menjadi kuda, barua atau anjing kepada
DAP. Terimalah hakikat kelemahan PAS
adalah kerana kebodohan pemimpinnya.
Pemimpin itu pula berada di tempatnya kerana ketaksuban
penyokongnya. Taksub kepada pemimpin
yang bodoh adalah tindakan yang dua kali ganda bodohnya. Dan malang bagi orang-orang bodoh ialah
mereka cenderung untuk membiarkan orang lain memperbodohkan mereka.
Kesimpulannya, benarlah bahawa Islam itu adalah agama untuk
orang-orang yang bijak kerana orang-orang yang bodoh sering menyalahfaham,
menyalahtafsir dan menyalahgunakannya sehingga menimbulkan kerosakan dan
kemusnahan kepada diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.
No comments:
Post a Comment