ANWAR GALAS BEBAN SCORPENE SETELAH SUARAM GAGAL
Pembohongan pembangkang dalam isu kapal selam Scorpene
nampaknya tidak boleh diselindungi lagi.
Apatah lagi isu yang dijadikan senjata politik oleh Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim sejak tahun 2008 tidak mampu lagi dipertahankan
apabila sedikit demi sedikit kebenaran mengenai kedudukan sebenar isu tersebut
telah dibongkar.
Terbaru. Yves Charpenel, seorang pendakwa kerajaan Perancis
yang terkenal telah menafikan laporan-laporan media pro pembangkang yang
tersebar selama ini bahawa isu Scorpene sedang dibicarakan di Perancis.
Pembangkang menyebar dakyahnya bahawa kononnya penyiasatan
(bukannya perbicaraan) yang sedang berlangsung adalah hasil laporan yang dibuat
oleh pihak Suaram pada 2009 terhadap syarikat milik kerajaan Perancis, DCNS
yang dituduh membayar komisyen kepada pihak tertentu di Malaysia dalam urusan
pembelian dua kapal selam tersebut pada tahun 2002.
Di bawah undang-undang Perancis pembayaran sebarang komisyen
dalam urusan seperti ini adalah tidak dibenarkan.
Sebelum ini Ketua Pembangkang sanggup terbang ke Paris untuk
menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan seorang peguam mewakili
DCNS untuk memberi taklimat kepada semua ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Usaha ini menunjukkan bahawa pembangkang kini berada dalam
keadaan gelisah dan panik kerana isu Scorpene kini dilihat boleh memakan diri
mereka sendiri jika tidak diurus dengan sebaik mungkin.
Sebab itulah Anwar terpaksa mengambil alih peranan yang
pernah dimainkan oleh Suaram sebelum ini untuk mempastikan isu Scorpene terus
hidup.
Bagaimanapun usaha Anwar ini juga akan turut gagal kerana
kini rakyat Malaysia sudah tahu siapa dalang sebenar isu Scorpene selama ini.
Ia bukannya Suaram yang hanya merupakan satu cabang daripada
PKR tetapi 'mastermind' sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.
Sehari selepas kenyataan Charpenel, balaci Anwar, Tian Chua
terus mempertahankan fantasi yang dimainkan pembangkang bahawa penyiasatan
masih terus dijalankan yang menjurus kepada perbicaraan.
Bak kata orang kalau sudah mula berbohong, maka terpaksa
korek lubang lain untuk menutup pembohongan yang telah dibuat.
Lama kelamaan lubang semakin besar dan akhirnya tidak boleh
ditutup lagi dan yang berbohong akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya
sendiri.
Anwar masih berfikir dan yakin isu Scorpene masih mampu
untuk menggugat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada
pilihan raya umum ke 13 kelak.
Beliau berfikir mimpinya untuk ke Putrajaya boleh digapai
dengan mengeksploitasi isu itu.
Namun beliau gagal memahami bahawa isu Scorpene atau
mana-mana isu yang dipolitikkan sekali pun boleh melarat dalam bentuk dua
reaksi - samada ia boleh membantu kerjaya politik seseorang yang mencetuskannya
atau sebaliknya isu tersebut akan membaham dan menjahanamkan impian seseorang.
Kelihatan Anwar sekarang terjerat dalam pilihan kedua kerana
permainan yang dimulakan oleh apparatnya yang bernama Suaram tiga tahun lalu,
bukannya semakin menguntungkan beliau tetapi telah menjadi sebagai liabiliti
terbesar yang bakal memusnahkan buaian mimpi pembangkang bertapak di Putrajaya.
Tian Chua, Sivarasa, Cynthia Gabriel dan geng yang sama-sama
melakar komplot Scorpene menyedari hakikat ini bahawa masa untuk kebenaran
terbongkar sudah amat hampir.
Mereka dilihat tidak lagi mampu meneruskan strategi tersebut
secara efektif lalu menyerahkan tanggungjawab tersebut di atas pundak Anwar.
Anwar pula sudah tentu tidak mampu menggalas beban Scorpene
seorang diri tanpa bantuan budak-budak suruhannya.
Jika ini berlaku, kekuatan pembangkang terutamanya PKR yang
dibina di atas landasan pembohongan demi pembohongan dalam isu ini, akan
menjadi petanda parti itu pada PRU13 nanti.
Malah rakan kongsi Anwar, DAP dan PAS juga tidak mempunyai
kekuatan untuk terus mendokong isu ini dan mereka juga akhirnya akan
meninggalkan PKR keseorangan menangani isu Scorpene yang sudah kekeringan
modal.
Hakikat isu sudahpun dijelaskan oleh Ketua Audit Negara
bahawa pembelian dua kapal selam itu telah mematuhi semua prosedur perundangan.
Tidak ada perbicaraan seperti mana yang ditegaskan oleh
Charpenel maka dengan itu Suaram telah berbohong kepada rakyat apabila mendakwa
beberapa individu termasuk Perdana Menteri telah disepina untuk hadir di
mahkamah Perancis.
Malah kematian wanita Altantuya Shaariibuu juga tidak ada
kena mengena dengan isu Scorpene seperti mana yang ingin dikaitkan oleh
pembangkang.
Semua maklumat yang telah tersebar secara meluas oleh media
pembangkang selama ini untuk membohongi rakyat adalah hasil pintalan fantasi
seorang bernama Anwar yang teringin sangat menjadi Perdana Menteri.
ends
Source: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment