Menjadi fakta yang terpahat di dalam penulisan sejarah dunia
bahawa apabila kuasa-kuasa Barat mula menakluki wilayah-wilayah lain di dunia
bermula pada kurun ke 13, mereka membawa bersama tiga kepercayaan atau prinsip
utama yang dikenali sebagai 3G iaitu God, Gold, Glory atau Tuhan, Emas dan
Keagungan.
Perkara yang sama berlaku dalam ekpedisi Alfonso de
Alburquerque apabila mula berlabuh di Melaka yang kemudiannya membawa kepada
kejatuhan dan penaklukan Empayar Melaka pada 1511.
Senario yang sama dialami ketika Kapten Francis Light
mendarat di Esplanade (kini dikenali sebagai Padang Kota Lama) di mana beliau
terpegun dengan kedudukan strategik Pulau Pinang lalu dengan strategi penipuan
yang liciknya, jajahan Sultan Kedah itu menjadi milik kuasa Inggeris.
Francis Light juga membawa misi 3G yang sama seperti
Albuquerque tetapi, di mana salah satu objektif utamanya ialah
mengkristianisasikan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu yang
beragama Islam, samada secara halus atau paksaan.
Kini setelah hampir 300 tahun berlalu, Pulau Pinang bukan
lagi diperintah oleh golongan berkulit putih, rambut perang dan berbahasa
Inggeris tetapi puak Cina pembangkang yang diwakili oleh parti rasis DAP.
Dilihat daripada mata kasar sememangnya ada perbezaan ketara
samada dari aspek-aspek fizikal atau budaya tetapi satu perkara yang dikongsi
bersama antara penjajah Inggeris dan DAP ialah faktor agama.
Jika agama Kristian dibawa secara rasmi untuk dikembangkan
di Tanah Melayu bermula dengan Francis Light dan kemudian misi beliau disambung
oleh penjajah Inggeris pada abad ke 19 hingga ke pertengahan abad ke 20, maka
setelah merdeka misi tersebut tidak mati begitu tetapi diteruskan oleh rakyat
negeri ini berpegang kepada konsep 3G tersebut.
Tidak hairanlah DAP melenting apabila Ahli Parlimen Datuk
Zulkifli Nordin menunjukkan bukti bergambar berkaitan satu majlis kesyukuran di
Pulau Pinang pada 5 Mei tahun lalu tidak lama selepas kemenangan besar DAP
dalam pilihan raya negeri Sarawak pad 16 April 2011.
Gambar tersebut menunjukkan pemimpin-pemimpin pusat DAP
bersama-sama meraikan kemenangan dengan ADUN-ADUN baru DAP di Sarawak yang
turut merayakan bersama para paderi dan pastor dari negara luar dari United
Kingdom dan Afrika Selatan.
Yang mengejutkan ketika doa dibacakan pada majlis itu,
mereka mengharapkan negara Malaysia pada satu hari kelak akan menjadi negara
Kristian dan jawatan Perdana Menteri juga akan dipegang oleh seorang yang
beragama Nasrani.
Malah agenda yang lebih merbahayakan pada majlis makan itu
ialah kesediaan pihak gereja asing menghulurkan dana agar perkara ini menjadi
satu realiti.
Terdapat juga dakwaan bahawa bebeberapa majlis seperti di
Pulau Pinang telah juga diadakan beberapa kali di Sarawak.
Perkara yang sama juga telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen
PAS dari Bachok, Nasharuddin Mat Isa dan kini DAP bercadang untuk menyaman
beliau.
Golongan Kristian di negara ini yang kini dipelopori oleh
DAP nampaknya semakin berani mengenengahkan agenda Kristian apabila mereka mula
merasa kuat dengan kemenangan penambahan kerusi di Parlimen pada PRU 2008 dan
kemudiannya membolot 16 kerusi di PRN Sarawak.
Malangnya keberanian dan keangkuhan DAP melakar agenda
Kristian mereka sebelum ini telah dibantu oleh seorang pemimpin politik
beragama Islam dan dilihat sebagai tokoh Islam antarabangsa bernama Anwar
Ibrahim.
Tanpa memikirkan kesan dan impak kepada Islam, Anwar
menjelajah ke seluruh Malaysia, mempertahankan penggunaan istilah ALLAH oleh
penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dan juga penerbitan kitab Injil dalam
bahasa Melayu.
Puak Kristian ekstrim yang menguasai DAP seperti Lim Kit
Siang, anaknya Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Anthony
Loke, Ronnie Liu, Charles Santiago, Wong Ho Leng, Chong Chien Jien dan ramai
lagi bertepuk sorak kegembiraan apabila seorang Ketua Pembangkang berpihak
kepada mereka.
Bagi DAP, Anwar adalah hero mereka kerana telah membuka
jalan yang lebih besar serta menyenangkan misi mereka untuk mengKristiankan Malaysia
dengan kadar yang lebih cepat.
Oleh kerana itulah DAP menjadi parti pembangkang yang
pertama menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat
menang pada PRU 13 dan terus menyokong beliau sebagai Ketua Pembangkang
walaupun ketika jumlah kerusi PKR adalah yang tercorot di Parlimen berbanding
DAP dan PAS apabila lima anggota parlimennya melompat.
Tidak payah untuk berfikir secara kompleks bahawa Anwar
adalah ikon Kristian yang bakal menjahanamkan orang Melayu dan Islam di negara ini
jika dibenarkan berkuasa.
PKR yang pada mulanya diasaskan oleh bekas ahli dan pemimpin
daripada Umno, ABIM serta NGO Melayu dan pada peringkat awal diterajui oleh
pimpinan Melayu kini telah menjadi sarang kumpulan Kristian yang menguasai
disetiap lapisan kepimpinan parti.
Muka Melayu yang memegang kuasa dalam PKR sekarang hanyalah
sekadar Anwar, Wan Azizah serta Azmin dan beberapa kerat yang lain.
Bermula pada peringkat naib presiden, majlis pimpinan pusat,
biro-biro, cabang malah ranting sekalipun kebanyakannya dipegang oleh pemimpin
bukan Melayu malah ramai antara mereka adalah folongan Kristian yang kuat
beragama terutamanya dari Sabah dan Sarawak.
Suara Melayu di dalam PKR sudah layu dan boleh dikatakan
sudah terbenam dengan kemenangan ramai pemimpin bukan Melayu pada pemilihan
parti 2012.
Bagi Anwar samada pemimpin Melayu dalam PKR kuat atau
sebaliknya tidak penting baginya.
Yang penting bagi Anwar ialah sokongan dan dokongan kuat
daripada DAP yang difikirkan adalah jalan utamanya baginya mencapai impian
menjadi Perdana Menteri.
Ends
Source: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment