Saturday, November 30, 2013

DS Najib menerima kunjungan hormat dari Menteri Besar Kelantan


DS Najib menerima kunjungan hormat dari Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Ahmad Yaacob, di pejabat beliau. Turut serta dalam perjumpaan selama 45 minit itu adalah beberapa orang Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kelantan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, dan juga Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Antara perbincang panjang lebar ialah tentang beberapa perkara terutamanya pembangunan infrastruktur, serta kebajikan rakyat negeri Kelantan.

Friday, November 29, 2013

Masyarakat Cina Juga Sudah Muak Dengan Kit Siang?

Akhbar Nanyang Siangpau pada 21 November lalu memaparkan tulisan Liew Suh Kian yang wajar diberi perhatian oleh semua masyarakat Cina.  Liew menulis mengenai Lim Kit Siang yang kini mencecah umur 72 tahun tetapi masih lagi giat berpolitik.

Menurut Liew, Kit Siang sudah tidak sepatutnya terus ‘galak’ atau garang berpolitik tetapi wajar berundur secara terhormat. Liew turut membandingkan Kit Siang dengan Tun Mahathir yang telah lama bersara sedangkan Kit Siang yang gemar mengutuk Tun Mahathir itu masih terus bertanding pilihanraya.

Menyusuri liku-liku politik Kit Siang yang bermula lebih lima dekad lalu, pemimpin DAP itu sepatutnya telah menyusun perjuangannya dengan baik serta mempersiapkan pengganti pada saat ini.  Jika ini dapat dilakukan, maka persaraan beliau pastinya akan disambut dengan sanjungan dan penghormatan bagi generasi akan datang.
Apa yang ditulis oleh Liew sebenarnya telah lama diperkatakan oleh musuh-musuh Kit Siang.

Namun, di kalangan DAP, iaitu masyarakat Cina sendiri, mereka nampaknya lebih selesa membela Kit Siang dan melayannya seperti Tokong.  Kaum Cina rata-ratanya menerima pemerintahan ala kuku besi Kit Siang anak beranak.  Bagi kaum Cina yang mempunyai sikap rasis semulajadi, pemerintah kuku besi berbangsa Cina adalah lebih baik dari pemerintah yang adil berbangsa Melayu.

Oleh itu, kita melihat suara Liew sebagai suara yang terpencil di dalam masyarakat Cina.  Bagaimanapun, hakikat bahawa akhbar berbahasa Cina seperti Nanyang sanggup menyiarkan tulisannya membuatkan kita berfikir semula.

Apakah kaum Cina sudah mula bosan dengan Dinasti Lim?

Kita tahu Lim Kit Siang telah ‘menyediakan’ anaknya, Lim Guan Eng sebagai pengganti. Namun, malang baginya apabila Lim Guan Eng kini menjadi liabiliti kepada DAP.  Anaknya itu ternyata tidak mampu menyembunyikan kebongkakkan sehingga menyebabkan ramai yang merasa benci terhadapnya.

Guan Eng telah menyerlahkan warna sebenar DAP yang rasis dengan sejelas-jelasnya apabila beliau tanpa segan silu merobohkan dan merampas tanah dan perniagaan milik orang Melauyu dan India di Pulau Pinang.

Pulau Pinang menjadi bukti ketidakmampuan Guan Eng untuk mengambil-alih tempat bapanya.  Tindakannya memburukkan imej negeri dan negara sendiri di dalam misi pelaburan di luar negara mengesahkan betapa bodohnya anak Lim Kit Siang ini.  Kemusnahan alam sekitar yang cukup ketara dan begitu pantas di negeri itu sejurus Guan Eng berkuasa juga, telah menjadikan rakyat semakin ‘cuak’ terhadap DAP.

Selain itu, cara Guan Eng mengendalikan pemilihan CEC juga cukup mengecewakan Kit Siang.  Akibat angkuh yang melampau, Guan Eng banyak melakukan kesilapan.  Beliau tidak mampu menjalankan muslihat dengan bijak kerana terlalu memandang rendah pada orang lain dan menyangka orang tidak akan dapat mengesan manipulasinya.  Akhirnya, masalah CEC kini berpanjangan sehingga hampir setahun dan semakin kusut pula.

Kegagalan Guan Eng menjawab isu-isu berbangkit dengan memberi jawapan bodoh seperti ‘salah komputer’ atau ‘salah taip’ menyebabkan anak Kit Siang ini menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia, sekali gus memalukan DAP.

Jika Kit Siang berjaya memperdaya orang Melayu yang berprinsip dan bijak seperti Tunku Aziz sehingga berjaya membawa tokoh itu ke dalam DAP, tetapi Guan Eng pula mendedahkan sikap sebenar DAP sehingga membuka mata Tunku Aziz untuk meninggalkan DAP.

Jelas, Kit Siang tidak berjaya mendidik anaknya untuk menjadi seorang politikus tegar seperti dirinya tetapi sebaliknya telah mencipta seekor raksaksa angkuh yang menyangka dirinya seorang Tokong.

Malang bagi Kit Siang kerana walaupun kaum Cina di Malaysia masih enggan melepaskan ikatan mereka dengan tanah besar Cina serta budaya dan cara pemikirannya, namun sedikit sebanyak, mereka tetap terpengaruh dengan nilai-nilai Malaysia yang terbuka dan bebas.  Oleh itu, kaum Cina di sini tidak mudah untuk dipaksa akur seperti di zaman komunis atau Maharaja Cina.

Malah mereka telah terlebih bebas membuka mulut mengkritik dan menghentam sesiapa sahaja yang mereka tidak suka termasuk pemerintah.  Justeru, mereka tidak lagi merasa takut atau bersalah untuk mengkritik Lim Kit Siang hari ini.  

Mereka tahu, Lim Kit Siang bukan Tokong mahupun Maharaja.  Lim Kit Siang tidak boleh menutup mulut mereka.  Lim Guan Eng juga tidak boleh mengilas tangan mereka selama-lamanya.  Lambat laun, pasti ada yang memberontak.  Melihat bagaimana Lim anak-beranak mengenepikan dan mengambil tindakan kepada mereka yang mengkritik pemimpin DAP, menyebabkan lebih ramai lagi yang terpanggil untuk memberontak.

Bertitik-tolak dari situlah, maka tulisan Liew mendapat tempat di Nanyang Siangpau.  Tidak mustahil, akan ada tulisan-tulisan lain yang membawa nada yang sama selepas ini.  Tidak mustahil juga Liew pula akan ditutup mulut sepertimana para pengkritik Dinasti Lim yang lain. Tetapi yakinlah, akan ada lebih ramai Liew di masa hadapan sehinggalah Lim Kit Siang melepaskan jawatan.

Sumber:  Beruang Biru

Kenaikan Gaji ADUN Selangor: Perangkap Buat Khalid?

Di kala Pakatan Rakyat melaungkan kesejahteraan demi rakyat serta mengungkit-ngungkit kemewahan dan perbelanjaan kerajaan pusat, keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menaikkan gaji Menteri Besar dan 56 ADUNnya, membuktikan hipokrasi PR yang tiada tolok bandingnya.

Kenaikan yang diperkatakan di sini bukanlah 5%-10% sepertimana kebiasaan di syarikat-syarikat swasta, itupun boleh dikira tinggi.  Apa yang mengejutkan ialah kenaikan yang dinikmati oleh pemimpin Selangor adalah ratusan peratus iaitu: 106% bagi Menteri Besar dan 231% bagi Exco, 266% bagi Speaker, 373% bagi Timbalan Speaker dan 87% bagi ADUN.

Kenaikan ini bermakna daripada 66.2% daripada RM1.85 billion dari Belanjawan Negeri tahun hadapan, akan digunakan untuk menampung kos pengurusan sahaja manakala baki 33.8% sahaja yang tinggal untuk pembangunan.

Soalan yang paling tepat untuk apa yang berlaku ini ialah:  “Apa kejadahnya?”

Mungkin ramai terlepas pandang bahawa Selangor baru sahaja menaikkan elaun ADUN dua tahun lepas sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan Tambahan pada 12 April 2011.  Kenaikan pada waktu itu melibatkan RM1.27 juta.

Apa yang berlaku menunjukkan pemimpin PR Selangor langsung tidak sensitif dengan keluhan rakyat mengenai harga barang yang meningkat dan juga pengurangan subsidi yang terpaksa dilalui.  Sebaliknya, pemimpin PR terlebih dahulu memastikan yang hidup mereka tidak terjejas malah bertambah senang sebelum memikirkan mengenai rakyat.

Lebih menarik lagi, Penasihat Kewangan Selangor, Anwar Ibrahim, nampaknya turut mempersoalkan kenaikan ini.  Malah, Anwar membuat kenyataan terbuka mengenai rasa kurang senangnya dengan kenaikan yang begitu drastik.  Dan, ini bukan kali pertama Anwar menegur Khalid.

Hanya beberapa minggu lalu, Anwar mengkritik Khalid di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya.  Beliau secara terus terang meminta Abdul Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

Memandangkan kenyataan itu keluar dari mulut Anwar iaitu seorang politikus tegar, kita mengambilnya sebagai mempunyai berbagai makna yang tersirat.  Antara yang dapat difahami dari kenyataannya ialah beliau sedang membuka laluan untuk Azmin Ali menggantikan Khalid.

Kita pasti, Khalid juga cukup sedar akan hal ini.

Justeru, tidak mustahil tindakan Khalid menaikkan gaji Exco dan ADUN adalah salah satu langkah untuk menyelamatkan diri. Beliau sedar yang beliau perlu meraih sokongan dari mereka ini andainya terdapat usul tidak percaya terhadapnya sebagai Menteri Besar.  Seperti kelaziman politik PR, tiada umpan yang lebih baik untuk mendapat sokongan selain dari ‘wang’.
                                                             
Walaubagaimanapun, tindakan Khalid mengundang pandangan sinis rakyat terhadap kerajaan PR Selangor.  Sikap hipokrit dan tidak sensitif pemimpin PR kini terserlah dengan sejelas-jelasnya.  Apatah lagi apabila Khalid tidak dapat memberi penjelasan yang rasional terhadap tindakannya itu.

Dari cakap-cakap kedai kopi dan sembang-sembang laman sosial, kita dapat mengesan perasaan tidak puas hati rakyat. Penyokong PR juga turut merasa gelisah dengan apa yang berlaku, apatah lagi apabila Anwar sendiri turut menunjukkan rasa tidak senang dengan apa yang berlaku.

Walaupun Khalid mungkin mampu mengambil hati para Exco dan ADUN, tetapi Khalid jelas tidak dapat mengambil hati rakyat.

Nampaknya, Khalid telah memerangkap diri sendiri dengan meletakkan dirinya antara rakyat dengan pemimpin Selangor.

Sumber:  Beruang Biru

KEMELUT PKR SABAH BUKTI ANWAR SUDAH TIDAK LAKU

Tindakan 11 ketua cabang PKR Sabah keluar parti termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri membuktikan betapa porak perandanya keadaan dalaman parti itu.

Apabila perkara ini berlaku kepada sebuah parti yang kononnya berbangga kerana mengaku bersifat reformis, rakyat akan mula meragui kenyataan tersebut.

Benarkah PKR sebuah parti reformis yang dikatakan dinamis, manusiawi dan bervisi seperti yang diwar-warkan selama ini?

Atau PLR sebenarnya hanyalah parti picisan yang menggunakan sloganan dan semangat berkobar-kobar untuk menutup kelemahan pemimpin-pemimpinnya.

Pertama apa yang berlaku menunjukkan sifat politik Sabah yang berlainan sekali dengan Semenanjung atau pun Sarawak.

Sebelum dan semasa kempen Pilihan Raya Umum 13 lalu, pakatan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim menjadikan Sabah sebagai sasaran dengan harapan dapat merampas negeri itu dari tangan Barisan Nasional.

Anwar menimbulkan banyak isu yang kebanyakan adalah fitnah dan propaganda semata-mata untuk mengaburi fikiran rakyat Sabah.

Kononnya jika pembangkang menang harga minyak akan diturunkan malah royalti minyak akan dinaikkan kepada 20 peratus daripada 5 peratus.

Isu pendatang asing juga digembar-gemburkan sehingga satu suruhanjaya ditubuhkan kerajaan pusat untuk menyiasat dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia.

Ini tidak termasuk lagi dakwa dakwi lain seperti kemiskinan, rasuah dan sebagainya.

Namun apa jua tuduhan yang dilemparkan kepada BN, rakyat Sabah bijak memilih yang mana satu permata yang masa satu kaca.

Selama BN memerintah Sabah hingga ke hari ini, politik negeri itu stabil kerana ia amat faham mentadbir sebuah negeri yang didiami oleh pelbagai etnik dan suku kaum.

Berbeza pula dengan Anwar, PKR, Pas dan Dap yang hanya mahu mengeksploitasi rakyat Sabah dalam percaturan mereka untuk menguasai negeri itu.

Pembangkang tidak faham langsung selok belok dan sepak terajang Sabah yang begitu kompleks sekali hinggalan seringkali berlaku pertelagahan antara kumpulan-kumpulan berbeza latarbelakang dalam parti yang sama.

Dalam hal PKR ianya berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap bekas pembelot UMNO, Lajim Ukin sebagai pengerusi PKR Sabah oleh Anwar.

Kumpulan yang keluar parti itu mendakwa mereka telah berhempas pulas berjuang untuk menghidupkan PKR Sabah tetapi Anwar memilih bulu untuk mengangkat mereka yang mempunyai nama, pangkat, kedudukan dan lebih-lebih lagi wang ringgit.

Anwar sudah tidak peduli lagi golongan reformis yang menjadi teras kepada pergerakan jalanan yang diwujudkan belasan tahun lalu.

Seperti juga di Sabah, sikap pilih kasih Anwar berlaku di mana-mana sahaja termasuk di Semenanjung dan Sarawak.

Contoh di Pahang, di Pahang beliau melantik Fauzi Abdul Rahman, bekas rakan kelas sekolah dan juga universiti walaupun rakannya itu amat dibenci oleh ramai pemimpin PKR Pahang termasuk juga dari Pas dan Dap.

Tetapi orang seperti inilah yang diangkat oleh Anwar atas dasar pilih kasih dan kronisme yang kononnya amat ditentang oleh beliau.

Ini tidak termasuk memposisikan anggota keluarga terdekat seperti isteri dan anak dalam jawatan tinggi parti.

Seolah-olah di dalam PKR, tidak siapa boleh bersuara terhadap apa yang dilakukan oleh Anwar walaupun beliau memegang satu jawatan yang tidak pun dilantik oleh perwakilan parti!
Tindakan 11 ketua cabang PKR Sabah adalah tanda-tanda Anwar bukan sahaja sudah tidak laku di negeri itu tetapi anggotanya sendiri sudah hilang keyakinan terhadap stail kepimpinan beliau.

Persoalannya apa agaknya akan berlaku sekiranya Anwar bertanding sebagaim presiden parti tahun depan menggantikan isterinya?

Dengan ketiadaan Dr Wan Azizah Ismail sebagai presiden, sudah tentu Anwar akan menggunakan kuasa sepenuhnya untuk membersihkan PKR daripada kroni-kroni yang menyokong isterinya dahulu.

Akan bertambah kecamuklah keadaan dalaman parti dan akhirnya berkuburlah PKR.

Malah Perdana Menteri semasa sidang akhbar bersama ketua-ketua cabang tersebut membayangkan akan terjadi gelombang kedua yang lebih besar bakal melanda PKR Sabah dalam masa terdekat.

Elok sajalah Anwar berundur dari menerajui PKR dan terus bersara daripada dunia politik untuk selamanya.

Tunaikanlah janji yang dibuat untuk menjadi pensyarah di Amerika Syarikat jika gagal untuk menjadi perdana menteri.

Anwar perlu membuat muhasabah diri sama ada dirinya masih diterima oleh penyokong-penyokong lagi dalam dunia politik kini yang sudah berubah.

Beliau perlu menganalisa sama ada seorang yang sudah menjangkau usia 67 tahun boleh diterima oleh generasi muda yang mempunyai pelbagai citarasa politik yang jauh berbeza daripada generasi seangkatan dengannya.

Sumber:  Beruang Biru

Thursday, November 28, 2013

ROAD TO PRESIDENCY IS LONG AND WINDING FOR LIOW

The battle for MCA leadership is getting intense with allegation of money changing hands in return for votes and allegiance changes accordingly to the contestants’ whims and fancies or to their benefits.

There are claims that some 120 party division chairmen around the country have been receiving some sort of allowances to ensure the divisions’ delegates allegiance and votes for those who pay while ghost writers have also been involved in being paid to promote certain individuals.

At present three candidates have already confirmed their candidacies while outgoing president Datuk Seri Chua Soi Lek is still keeping his intention close to his heart, who observers said he might just enter the fray on the 11th hour to block contender Datuk Seri Liow Tiong Lai’s chance of victory.

The three are Liow, Datuk Ong Tee Keat and Gan Peng Sieu.

Liow is said to have presently command some 1,000 voters of the 2,385 delegates to the party poll on Dec 21 and he is working hard to influence some 600 to 700 more delegates to ensure he gets the post.

Observers said former president Ong does not seem to fair good as he seems to be able to only woo some 200 delegates who still sympathise with him while Gan is said to have some 900 delegates with him.

Although Gan had rubbished allegations that he is Chua’s proxy, it is understood that delegates have already ‘seen through the lines who Gan is’ but this does not deter them from supporting him as a leader.

Observers said Gan on the other hand may go for deputy president against Datuk Dr Wee Ka Siong is Chua decides to join the number one battle at the last minute.

If such things happen, then the battle will see Ong being squashed leaving the arena for two ‘big boys’ Chua and Liow while for deputy will be Chua’s purported boy Gan against Liow’s running mate Wee.

It is said that depending on the result of the contest, if Chua wins, he may step down mid-term and hand over the presidency to Gan, if Gan wins number two.

“It’s a game of power and keeping control of the party but still, the most important thing is whether MCA can rally the Chinese community to support Barisan Nasional (BN).

“Right now, Malaysians know MCA does not have support from the community and as long as MCA keeps busy fighting for power and leadership control, the party can never influence the community to support BN.

“The party leaders need to get real…feel the pulse of the community and seek their wishes and needs…then try fulfilling them.

“If the party leaders, whoever they may be, fail to do this, then they will end up like Gerakan in the next general election,” said an observer.

Sumber:  Beruang Biru

Mengapa Portal Pembangkang Begitu Prihatin Dengan Pejuang Ideologi Komunis?

Portal pro-pembangkang Malaysia Insider (TMI) sejak 2-3 hari ini begitu ‘kecoh’ dengan laporannya berhubung isu seorang rakyat Malaysia yang tidak pulang sejak 30 tahun lalu. Malah melalui pemerhatian yang dilakukan ‘keprihatinan’ mereka begitu terserlah melalui beberapa siri artikel yang dikatakan ‘eksklusif’ untuk tatapan pembaca setia.

Paling menarik kisah Aishah ini turut mendapat perhatian dan pembelaan dari seorang penyokong tegar pakatan pembangkang, Hishamuddin Rais. Namun di sebalik kisah Aishah ini, rupanya terdapat satu lagi cerita yang tidak kurang menariknya untuk dikongsikan bersama.

Akhbar Britain sebelum ini melaporkan, 3 orang wanita yang yang ditahan sebagai hamba selama 30 tahun di Britain telah berjaya dibebaskan pada 25 Oktober lalu selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.Salah seorang daripadanya dikatakan seorang warganegara Malaysia yang dikenali sebagai Aishah. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.

Tidak lama selepas pembebasan itu, seorang rakyat Malaysia tampil membuat kenyataan bahawa Aishah yang dimaksudkan itu adalah merupakan adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai fahaman komunis Maoist.

Kamar Mahtum Abdul Wahab, seorang guru bersara, ketika diwawancara berkata, adiknya yang dikenali sebagai Siti Aishah Abdul Wahab, 69 itu, dipercayai ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an.

Menurut keluarganya lagi, kerajaan Malaysia yang mengikuti perkembangan politik wanita itu di London pernah memberi amaran pada 1970-an tentang tindakannya itu akan menyukarkan dia untuk pulang ke tanah air.

Aishah yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dipercayai pernah mengunjungi abangnya yang ketika itu tinggal di London dengan ditemani Balakrishnan dan seorang wanita tempatan. Dia juga dipercayai mempunyai hubungan dengan aktivis, Hishamuddin Rais yang mendakwa wanita terbabit mempelajari fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran pemimpin China, mendiang Mao Zedong.

Kenyataan tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengtakan Aishah adalah merupakan individu dikehendaki pihak polis pada tahun 1970-an. Beliau berkata, polis pernah memburu dan memantau segala pergerakan mangsa ketika di London selepas dia dikesan menyertai kumpulan pelampau berfahaman komunis di negara ini.

Tambah menimbulkan keraguan ‘gerakan menyelamatkan’ Aishah ini turut disertai oleh Hisahmuddin Rais yang memang terkenal sebagai salah seorang penganut fahaman sosialis, sebuah ideologi yang mirip dan menyerupai fahaman komunis.

Tidak cukup dengan itu, portal Malaysiakini turut memberikan satu ruangan eksklusif kepada semua tulisan dan pandangan Hishamuddin Rais yang dikatakan telah berjaya memberi pengaruh besar terhadap perjuangan reformasi khususnya anak-anak muda. Apakah ia bertujuan untuk mempromosikan idea perjuangan komunis atau hanya sekadar memaparkan coretan dan nukilannya?

Mungkin akan ada yang mengatakan sosialis dan komunis adalah merupakan ideologi yang berbeza dan tidak boleh disamakan. Namun sekiranya kita teliti sejarah, ia sebenarnya tiada bezanya. Malah ia turut diakui sendiri oleh para pemimpin pembangkang.

Contohnya Parti Sosialis Malaysia (yang merupakan parti yang menyokong pakatan pembangkang) sebelum ini pernah dikaitkan dengan komunis dan bertegas tidak akan menanggalkan gambar pejuang revolusi komunis, Karl Marx daripada mana-mana pejabat dan markas parti itu

Ahli Majlis Tertinggi PSM, Dr. M. Jeyakumar berkata, kenyataan yang melabelkan Marx sebagai 'syaitan' merupakan satu tuduhan liar. Sedangkan semua mengetahui pemimpin yang dijadikan sebagai idola itu merupakan pejuang fahaman komunis.

Malah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang ketika kempen pilihanraya umum yang lalu pernah mendedahkan kenapa parti itu terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat. Beliau menyifatkan langkah itu sebagai usaha penyelamat bagi memastikan tiada 'syaitan' menyerap masuk dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas.

Abdul Hadi turut menyatakan parti itu cuma bekerjasama dengan PKR dan DAP sahaja tetapi tidak dengan calon parti lain yang menjulang gambar Marx serta Vladimir Lenin dan Joseph Stalin.

Bukankah ia sudah cukup untuk mengaitkan sosialis dengan komunis. Ini kerana sekiranya hujah yang diberikan datangnya dari pemimpin Umno, sudah pasti mereka mendakwa ia sebagai gerakan propaganda untuk melemahkan pakatan.

Berbalik kepada isu tadi, persoalannya ialah mengapakah portal pro pembangkang dan Hishamuddin begitu berminat untuk‘menyelamatkan’ Aishah? Apakah kerana dia seorang warganegara Malaysia atau kerana dia seorang penyokong komunis?

Sedangkan sebelum ini, ramai lagi warganegara Malaysia yang menjadi mangsa di negara luar seperti terjebak sindiket‘keldai dadah’, pelacuran malah ada yang dilarikan ke Lombok. Mengapa semua mereka ini tidak diberikan perhatian yang khusus?

Tetapi apabila ada isu yang melibatkan komunis, syiah, liberal dan semua ideologi yang berhaluan kiri, mereka kelihatan begitu beria-ria memberikan perhatian. Bukanlah niat untuk menuduh mereka menyokong fahaman kiri seperti komunis, namun tindakan mereka itu begitu diragui sehingga menimbulkan persepsi sedemikian.

Sumber:  Beruang Biru



Legal, Illegal or Legally Incompetent?

By Datuk Huan Cheng Guan

Is it going to be a Waterloo for some Penang DAP stalwarts come December 1st when Penang DAP members vote at their state polls? Clearly, it will be a showdown of many sorts because many issues are likely to make the party implode.

Is the December 1st 2013 event legal? According to Section 15(6) of DAP constitution, the CEC must set the dates for the conventions. Until now, the Registrar of Societies (RoS) has yet to acknowledge and recognize the new central executive committee (CEC) elected onSeptember 29th. If so, all state-level conventions would be deemed illegal. Worse still, some sacked members had voted in the party re-election and are rightly “illegal delegates” because DAP never issued member reinstatement letters and they should not have voted. Legal?

Even though the RoS has given the CEC to submit a report within 60 days from the date of the election on September 29th 2013, it is shocking to learn that DAP Secretary-general Lim Guan has submitted a mere 'three-page' report. After all the hue and cry over the December 2012 disastrous CEC election (which triggered a string of complaints from DAP members leading to the RoS declaration that it would not recognize the results and ordered re-elections or risk it being de-registered), shouldn’t LGE have diligently submitted a flawless report. What then is the real reason for such a flippant report?

What is more damning is news that DAP secretary-general Lim Guan Eng has yet to send all documents to the Registrar of Societies (RoS), including the name lists of party members who attended its central executive committee (CEC) re-election on Sept 29. Does it appear as though it is a deliberate move to delay RoS investigations into legalizing the CEC? If so, the natural outcome would be for RoS to deregister DAP for fresh elections to be held. If so, it would possibly result in election of candidates favored by the ‘masters’ rather than members.

If that were not the case, it would clearly be a case of legal incompetency. The position of Secretary-General of any political party requires quick action, commitment and pro-active deliberation and promptness in decision-making. Failure to meet expectations should compel one to step down for he would have led the party down.

Rumblings from the ground indicate a deep divide between LGE’s supporters and Penang DAP members – a clear indication that all is NOT well on the Penang front. Recent reports indicate how one particular leader has insulted a high-ranking civil servant publicly – a definite blot of red ink in the DAP report card.

On December 1st, 2013, 1112 delegates in Penang will vote for the new DAP leadership in Penang. Will they rise to the occasion and give Penang a new breath of life by voting in WORTH candidates and not those considered of worth to a Tokong? Over to you, Penang DAP members. Do it right, for Penang!

Sumber:  Beruang Biru

Kenaikan Gaji 373 Peratus, Hadiah Kerajaan PKR Selangor Buat Rakyat

Kepada para peminat tegar ceramah politik pembangkang khususnya Anwar Ibrahim pasti sudah menghafal kalimah-kalimah retorik seperti ‘Pakatan Harapan Rakyat’, ‘Demi Kesejahteraan Rakyat’, ‘Kerajaan Rakyat’ dan pelbagai lagi yang mempunyai perkataan rakyat.

Boleh dikatakan hampir semua slogan yang digunakan pasti perkataan rakyat akan ditonjolkan, kononnya untuk memberikan gambaran hanya makhluk bernama Anwar sahaja yang mampu membela dan menjaga rakyat. Sehingga ramai di kalangan mereka akhirnya tertipu dengan ‘janji manis’ dan ‘sandiwara’ mereka khususnya rakyat di Selangor.

Namun di sebalik perkataan rakyat itu, majoriti rakyat Selangor dikejutkan dengan kenaikan mendadak gaji dan elaun bulanan semua 56 Adun yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013. Ia ekoran dari usul yang dibawa oleh kerajaan PKR Selangor ketika persidangan DUN petang semalam yang kemudiannya diluluskan.

Mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).

Paling menarik, minggu lalu Khalid Ibrahim menegaskan peruntukan perbelanjaan mengurus pada Belanjawan 2014 meningkat, adalah disebabkan peningkatan bayaran gaji untuk kakitangan awam.

Sejumlah RM1.23 bilion atau 66.2 peratus daripada Belanjawan Negeri tahun depan yang berjumlah RM1.85 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus sementara RM624.9 juta atau 33.8 peratus adalah bagi perbelanjaan pembangunan.

Pada mulanya ramai di kalangan kakitangan awam Selangor menjangkakan ia bermaksud kerajaan negeri berhasrat untuk memberikan kenaikan gaji dan elaun kepada mereka, namun rupa-rupanya ia adalah sebaliknya. Peningkatan jumlah belanjawan yang dimaksudkan oleh Khalid sebenarnya adalah untuk semua wakil-wakil rakyat di Selangor.

Namun untuk berlaku adil, Khalid tetap tidak mengecewakan rakyat Selangor, apabila mengumpan kakitangan awan di Selangor dengan memberikan ‘gula-gula’ berupa bonus setengah bulan gaji SAHAJA.

Menurut rakan-rakan di Selangor, kenaikan kadar gaji dan elaun ini ada kaitan dengan kenyataan Anwar Ibrahim sebelum ini, yang dilihat mengkritik pentadbiran Khalid secara terbuka sambil menyifatkannya GAGAL mengurus dengan baik sumber kewangan negeri.

Anwar sebelum ini dilaporkan telah membuat kritikan tersebut di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, Selangor.

Anwar meminta Abdul Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh," katanya.

Malah ekoran kritikan itu juga, ramai merasakan ia adalah merupakan ‘signal’ agar Khalid segera meletakkan jawatan, sekaligus memberi laluan mudah kepada anak emasnya, Azmin Ali yang telah lama mengidamkan jawatan tersebut.

Umum mengetahui, bagaimana Azmin sebelum ini yang pernah ‘merajuk’ untuk keluar PKR bersama pengikutnya sekiranya Anwar MENGINGKARI janji berhubung jawatan Menteri Besar. Namun ia dibatalkan di saat akhir apabila ‘pergelutan’tersebut berjaya diselesaikan secara ‘kompromi’.

Sehinggakan ada bisik-bisik yang mengatakan Azmin kembali sejuk apabila dimaklumkan bahawa Khalid bersetuju untuk memegang jawatan tersebut untuk tempoh setahun sahaja.

Disebabkan tempoh itu dikatakan bakal berakhir tidak lama lagi, maka Khalid terpaksa mengunakan ‘gear 3’ dengan mengambil hati semua Adun pakatan dengan memberikan kenaikan gaji. Sekiranya umpan ini berjaya, Khalid boleh terselamat sekiranya ada usul tidak percaya untuk meminta dia melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar.

Apa pun ia hanyalah ‘cakap-cakap’ politik, sama ada benar atau tidak hanya Allah, Anwar, Azmin dan Khalid sahaja yang tahu.

Berbalik kepada isu asal, sekiranya kita membuat perbandingan secara rational, rizab kerajaan Selangor hanya berjumlah RM3bil berbanding rizab kerajaan persekutuan yang berjumlah RM400bil. Namun kerajaan persekutuan tidak pula mengambil pendekatan menaikkan gaji semua ahli-ahli parlimen.

Tambah menarik ialah gaji Perdana Menteri yang mengurus tadbir SELURUH NEGARA hanya berjumlah RM22,826,65 berbanding gaji baru Khalid yang berjumlah RM29,250.00 walaupun dia HANYA MENGURUSKAN SEBUAH NEGERI.

Seterusnya ialah gaji Timbalan Perdana Menteri hanya berjumlah RM18,168.00 berbanding Exco Kerajaan Negeri yang berjumlah RM20,250.00 sebulan.

Kesimpulannya, terserahlah kepada rakyat khususnya pengundi di Selangor bagi  menilai kewajaran kenaikan gaji yang mendadak ini. Apakah ia dilakukan untuk membantu jurang Ekonomi Rakyat seperti yang didakwa, atau semata-mata untuk memenuhi kerakusan kerajaan pakatan di Selangor?

Sumber:  Beruang Biru

Jualan Mimpi DAP di Sabah Sarawak Tak Laku

Pakatan Rakyat telah lama menyasarkan Sabah dan Sarawak bagi memecah tembok deposit tetap Barisan Nasional dalam setiap PRU. Namun, sehingga kini, kedua negeri itu ternyata begitu sukar ditembusi.  Berbagai-bagai cara dilakukan PR, termasuk membawa masuk penceroboh Sulu sepertimana yang didakwa oleh unit risikan dan media Filipina semata-mata untuk memastikan Sabah ‘hilang’ dari tangan BN.  Namun, sehingga kini PR masih lagi tidak mampu memperdaya rakyat di sana.

Di sebalik strategi kemusnahan yang dibawa oleh PKR, PR turut membawa strategi ‘membina’ melalui program ‘Impian Sarawak’, dan kini ‘Impian Sabah’ pula, oleh DAP.

Kit Siang di dalam blognya menyatakan bahawa DAP akan menghantar Agen Impian ke pedalaman di Sabah bagi melakukan perubahan dan memperbaiki cara hidup masyarakat di sana yang selama ini ‘ditindas’ oleh kerajaan BN.  DAP menjaja Impian Sabah ini kononnya atas keprihatinan, keadilan dan kemanusiaan.

Bagaimanapun, keprihatinan DAP dipandang sinis kerana Impian Sabah mahupun Sarawak yang dijaja DAP adalah bertentangan dengan pendirian parti itu yang tegar membantah Hak Istimewa Bumiputera.  Bukan kita tidak tahu bahawa DAP cukup anti dengan bumiputera dan tidak mahu bumiputera dibantu dengan apa jua cara.

Malah, lebih teruk lagi, DAP turut terkenal dan terbukti menindas kaum bumiputera selama ini.  Di Pulau Pinang misalnya, DAP tidak berfikir panjang untuk merampas tanah dan menutup perniagaan milik bumiputera tanpa belas kasihan.  Sifat semulajadi Cina DAP itu ialah tidak akan membuka peluang kepada pekerja mahupun peniaga Melayu untuk bersaing bersama dengan mereka.   Mereka juga diketahui telah lama memboikot dan mengsabotaj barangan keluaran bumiputera tetapi melenting apabila bumiputera mlancarkan boikot yang sama.

Jika kakitangan Melayu di Pulau Pinang boleh dipanggil kucing kurap secara terbuka oleh puak rasis ini, apakah kita pasti yang DAP tidak akan memanggil masyarakat bumiputera dengan berbagai-bagai panggilan yang hina lagi di belakang mereka sekarang, mahupun secara berhadapan pada suatu hari nanti?

Akibat keangkuhan dan kekejaman DAP terhadap bumiputera jugalah, sekutunya PAS di Pulau Pinang, telah meletakkan semua jawatan dan menyuarakan kekesalan kerana tersilap bekerjasama dengan parti itu untuk merampas negeri itu dalam PRU yang lalu.

Justeru, apakah kita mampu percaya yang DAP tidak semena-mena begitu prihatin ke atas kaum bumiputera di Sabah Sarawak?

Maka tidak hairanlah, biarpun DAP begitu giat mempromosi Impian Palsu mereka, kedudukan PR di negeri itu semakin hari semakin tenat. Baru dua hari lepas, 11 cabang PKR telah memilih untuk keluar parti.  Apa yang menarik ialah mereka tidak memilih untuk menyertai parti pembangkang yang lain, tetapi memutuskan untuk menyokong BN.

Jelas, impian yang dibawa DAP benar-benar tidak laku di Sabah Sarawak dan yang sanggup memilih PR hanyalah kaum Cina yang telah sedia ‘membangun’ dan kaya-raya sahaja.

Walaupun DAP gemar memandang rendah kepada kaum bumiputera tetapi ternyata masyakarat bumiputera di Sabah Sarawak lebih bijak menilai siapa DAP.  Kaum bumiputera di sana tidak mudah terpedaya dengan mimpi mengenai pembangunan, dominasi Kristian dan juga ekonomi Sabah dan Sarawak yang bersifat ‘independent’.  Mereka nampaknya lebih tahu apa sebenarnya impian DAP.

Impian sebenar DAP mengenai Sabah dan Sarawak boleh dibaca melalui tulisan di blog Kit Siang yang menyebut mengenai kekayaan sumber semulajadi di negeri-negeri itu.

Dengan begitu banyak kawasan yang belum diteroka, DAP pastinya melihat keuntungan yang berlipat ganda khususnya kepada para pemaju dan peniaga yang terdiri dari bangsa Cina.  Bertambah menarik lagi apabila negeri-negeri ini turut menyediakan tenaga kerja yang murah dari kalangan kaum bumiputera.

Inilah sebenarnya Impian DAP di Sabah dan Sarawak yang mana tiada kena mengena dengan kesejahteraan rakyat negeri itu tetapi berkenaan keuntungan dan keuntungan untuk kaum Cina dan kaum Cina semata-mata.

Sumber:  Beruang Biru

Wednesday, November 27, 2013

HUSAM’S VICTORY PROLONGS KELANTAN INTERNAL FEUD

Kelantan state government is looking at a very long internal feud now that the ‘rebel leader’ Datuk Husam Musa had retained his vice-presidency and Deputy Mentri Besar Datuk Nik Amar Nik Abdullah failed to grab the deputy presidency post from incumbent Mohamed Sabu.

The ‘bitter’ Husam is not expected to slow down on his onslaught pinpointing weaknesses in the state led by Mentri Besar Datuk Ahmad Yakob, who deputy failed to unseat Mat Sabu in the just concluded party election.

Husam’s animosity with Ahmad began immediately after the May 5 general election when Ahmad did not pick Husam in the state exco line-up, cutting off his influence and anger his followers.

Before the state assembly begun in June, Husam’s followers had demonstrated at the State Secretariat demanding for Husam to be appointed as exco but Ahmad ignored the call.
In relation to the Kelantan debacle, PAS has been ‘living’ with two factions – liberals and fundamentalists – where the liberals have been trying to ‘worm’ into the leadership and move the party closer to Parti Keadilan Rakyat (PKR and DAP).

Being closely associated with PKR supremo Datuk Seri Anwar Ibrahim, the liberals had plenty of leeways in the ties in the run-up to the general election where even the party spiritual chief Datuk Nik Aziz Nik Mat had been seen as favouring whatever they did.

And Husam was seen as Nik Aziz’s ‘blue-eye boy’ where when the former was Mentri Besar, Husam was not just an exco but whatever he did was ‘sanctioned’ by Nik Aziz – from mooting out development projects to strengthening the ties with partners in Pakatan Rakyat (PR).

However, luck was not with him when Nik Aziz stepped down from Mentri Besar post and he is left to fend himself against the fundamentalists leadership in the state who obviously have many things against his days with Nik Aziz.

With the party election concluded and Husam is in the top party heiracrhy, the internal feud does not see an end as Husam is expected to take the ‘bull by the horns’ given that Nik Amar lost to unseat the liberal Mat Sabu.

Knowing that he has the backing of party members since the party delegates had retained him in the vice-presidency, Husam sees no reason to stop ‘knocking’ the fundamentalists so that he still has his way to further strengthen ties or in other words, make Kelantan toe the way of Pakatan Rakyat.

Kelantan has been trying to distance from the pact as the ruling fundamentalists have been trying to work closely with Barisan Nasional (BN) to develop the state as well as finding a way to implement the Hudud.

Husam’s liberal colleagues in PAS have been trying to stop the state leadership from working together with BN and delay the implementation of Hudud as desired by partners DAP while PKR is quiet about it.

Even now, Kelantan leadership has already extent their hands to BN federal leaders for meeting to work on development and Islamic issues, which worry the liberals in the party.
If the meeting occurs, then Husam and his liberals colleagues have got a big problem in their hands which worry Anwar and DAP.

And for Husam and Mat Sabu and all the liberals in the party is that if the relationship between Kelantan PAS and BN particularly Umno works, then their aim to see PAS as the Malays rallying point for Pakatan Rakyat will be just a dream.

Sumber:  Beruang Biru

Ekonomi Malaysia Kekal Memberangsangkan – Chief Economist, AMP Capital

Kenyataan Dato’ Seri Najib mengenai GST pada hujung minggu telah diterima, dicerna dan ditafsirkan oleh rakyat mengikut ‘selera’ masing-masing.  Ada yang memuji-mujinya dan seperti biasa ada saja yang mengkritik dan merungut mengenainya.  

Kenyataan tersebut, antara lain menyebut bahawa “GST perlu dilaksanakan bagi mengelak negara menjadi bankrap seperti Greece jika kita memilih untuk meminjam” dan “kita perlu mencari sumber pendapatan tambahan dan kerana itulah kita perlu melaksanakan GST.”

Tanpa melihat keseluruhan ucapan atau melihat sudut lain, dua ayat ini terus terpasak dan menghantui fikiran rakyat.  Ramai yang mula tertanya-tanya, apakah Malaysia benar-benar berada dalam keadaan yang begitu buruk sekali sehingga terpaksa mencari sumber pendapatan dari rakyat sendiri melalui cukai?   Kebimbangan ini dikukuhkan lagi dengan perkembangan negara yang tidak memperlihatkan satu pun projek baru yang mampu menjana pendapatan dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

Dari sudut politik, kita terpaksa mengakui bahawa siapa pun yang menulis ucapan kepada Perdana Menteri telah ‘tersalah’ memilih dan menyusun ayat.   Seharusnya, beliau lebih prihatin mengenai apa yang dilihat sebagai ‘politically incorrect’.

Hakikatnya, ekonomi Malaysia berada di dalam keadaan yang kukuh.  Laporan agensi penarafan ekonomi, Moody, baru-baru ini juga telah membuktikan bahawa kedudukan ekonomi Malaysia adalah positif terutama dari segi bon asing di mana negara ini berada di tempat tertinggi di rantau Asia.

Jika enggan mempercayai laporan Moody, maka kita juga boleh mendengar sendiri dari Shane Oliver, Chief Economist, AMP Capital dalam temubual berikut:  http://www.abc.net.au/news/2013-11-25/malaysia-set-to-weather-a-slowing-of-us-stimulus/5114578?section=australianetworknews

Oliver menegaskan bahawa Malaysia masih sebuah negara yang kukuh dari segi ekonomi memandangkan ia terus menjadi pilihan pelabur.  Beliau juga menyentuh mengenai kesungguhan Malaysia untuk menjadi negara maju sejak dua puluh tahun lalu.  Antara yang membolehkan Malaysia kekal kukuh ialah kemampuan kerajaan untuk meyakinkan pelabur dengan menawarkan berbagai-bagai kemudahan bagi memastikan rentak kemajuan yang konsisten.

Walaupun kedudukan hutang isirumah Malaysia dikatakan berada dalam keadaan membimbangkan, tetapi Oliver tidak melihatnya begitu.  Baginya, ia adalah sesuatu yang biasa dalam proses kemajuan negara, tetapi beliau bersetuju yang ia mampu menjadi masalah besar sekiranya jumlah tersebut terus meningkat dari sekarang.

Secara dasarnya, Oliver bersetuju bahawa langkah-langkah kerajaan untuk memperkenalkan GST dan juga mengurangkan subsidi adalah tepat sekali.  Pendek kata, rakyat Malaysia tidak perlu bimbangkan apa-apa kerana ekonomi negara ini berada dalam keadaan yang baik.

Kita tidak tahu sejauh mana rakyat meyakini penjelasan Oliver ataupun laporan-laporan positif dari agensi-agensi kewangan dunia mengenai Malaysia.  Ini kerana, keberkesanan langkah kerajaan hanya boleh dinilai oleh rakyat sendiri.  Pun begitu, penilaian tersebut sering dikaburi oleh persepsi yang dicetuskan oleh pengaruh dan hasutan pihak-pihak tertentu.

Mungkin rakyat Malaysia perlu berlaku adil kepada diri sendiri dengan menilai kehidupan dari kaca mata sendiri tanpa terpengaruh dengan hasutan pihak lain.  Mulakan dengan bertanya diri sendiri, apakah kehidupan kita terjejas di mana-mana?   Biarpun subsidi minyak dan gula ditarik balik, apakah kehidupan kita telah terpaksa berubah secara drastik?  Apakah kita terpaksa menjual kereta atau tidak cukup makan?

Apa yang kita lihat ialah, semakin ramai rakyat Malaysia keluar negara bercuti di musim cuti sekolah ini.  Pusat-pusat membeli-belah dan juga restoran tidak kunjung henti dengan pelanggan.  Sama ada di kampung atau di bandar, kehidupan kita masih sama saja biarpun mulut tidak henti-henti merungut itu dan ini.

Justeru, apa kata jika memberi sedikit ruang untuk diri sendiri merasa tenang dan tidak terlalu menurut rentak pihak-pihak yang ingin mencetuskan prasangka dan kemarahan terhadap kerajaan.  Berikan kerajaan peluang untuk membuktikan ketepatan langkah-langkah yang diambil tanpa terlebih dahulu menghukum berdasarkan satu dua kenyataan dalam sebuah ucapan.

Walaubagaimanapun, inilah diingatkan bahawa rakyat akan lebih tenang sekiranya kerajaan dapat melaksanakan beberapa projek bagi meningkatkan pendapatan negara dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat dalam masa yang terdekat ini. Jika ini dapat dilaksanakan, kita yakin rakyat tidak akan semudah itu terpedaya dengan hasutan dan kerajaan juga akan lebih mudah untuk membela diri dari sebarang kecaman.

Sumber:  Beruang Biru

Dua Jawatan Kabinet Sudah Cukup Untuk UMNO Beli Ulama PAS?

Sudah menjadi satu fakta yang diketahui umum bahawa parti PAS dipandang hina oleh sekutunya di dalam Pakatan Rakyat. Selama ini, PKR dan DAP tidak memandang PAS dengan sebelah mata pun.  Suara PAS sering diabaikan dalam memperkatakan hala tuju dan prinsip pemerintahan PR.   Majlis Syura, Dewan Ulama, semuanya hanyalah pada sekadar nama kerana kewujudan mereka tidak membawa apa-apa makna kepada PR mahupun PAS sendiri.

PAS tidak boleh menyalahkan sekutunya jika memandang hina pada parti itu.   Ini kerana PAS memang layak dihina apabila sanggup menggadaikan prinsip perjuangan sendiri agar diterima oleh DAP.  PAS sanggup menggadaikan Negara Islam dan menerima Buku Jingga.  PAS berdolak-dalih dalam isu hudud dan Kalimah Allah dan kemudian membela pula DAP apabila dikecam oleh UMNO.  PAS memarahi Karpal Singh kerana menyentuh soal parti berasaskan agama tetapi PAS juga yang meminta maaf dari Karpal Singh kemudiannya.

Sedarkah PAS bahawa hanya parti itu yang perlu menggadai maruah dan agama dan segala-galanya, sedangkan PKR dan DAP langsung tidak perlu berkorban apa-apa untuk Pakatan Rakyat?

Justeru, apakah tidak benar jika penulis menyatakan bahawa PAS memang layak dihina?

Jika ini belum cukup untuk memperlihatkan penghinaan PKR dan DAP terhadap PAS, maka sebuah artikel oleh Mohd Ariff Sabri Aziz (Sakmongkol) yang dipetik oleh Free Malaysia Today (FMT) semalam seharusnya mampu membuktikannya.

Mohd Ariff menulis bahawa PRU-14 adalah berkisar mengenai PAS dan memperkatakan tentang PAS yang lebih progresif bagi menggantikan UMNO.  Menurut Mohd Ariff, sokongan UMNO kepada golongan Ulama di dalam PAS adalah kerana UMNO tahu bahawa golongan ini mudah diperdaya.  Katanya lagi, Perdana Menteri hanya perlu memberikan PAS dua jawatan kabinet untuk menghapuskan PAS sekali gus.

Jika diterjemahkan secara mudah, Mohd Ariff sebenarnya berkata bahawa Ulama PAS begitu bodoh dan mudah dimanipulasi serta dijualbeli dengan jawatan.  Andainya PAS diterajui oleh golongan Ulama maka sudah tentu PAS sudah tiada lagi kerana dibeli oleh UMNO.

Begitu sekali penghinaan Mohd Ariff terhadap golongan Ulama PAS.

Sekiranya Ulama PAS sendiri tidak memahami akan penghinaan ini, maka sekali lagi jelaslah bahawa Ulama PAS sememangnya layak dihina.  Malah, kita tidak terkejut jika Ulama PAS bangun membela Mohd Ariff dan memaafkan beliau pula dengan memberi berbagai-bagai alasan sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka yang hina di mata PKR dan DAP.

Sememangnya inilah yang berlaku selama ini iaitu Ulama PAS menghina diri sendiri.

Kita melihat tulisan Mohd Ariff sebagai suara DAP yang ingin memastikan PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO.  Ini terbukti apabila Lim Kit Siang memaparkan semula artikel Mohd Ariff di blog peribadinya.  Kita percaya, tulisan ini, petikan oleh FMT dan juga tindakan Kit Siang menyiarkannya semula, adalah satu tindakan bersepadu iaitu sebahagian strategi terancang untuk mengasak dan mencatur PAS agar mengikut telunjuk DAP.

Hari ini, DAP telah menguasai PAS sepenuhnya melalui kemenangan Kumpulan Erdogan.  Hanya tinggal satu ancaman saja lagi bagi DAP untuk mengukuhkan kedudukannya di Malaysia iaitu ancaman penyatuan Umat Islam di dalam UMNO dan PAS.

Justeru, DAP perlu memastikan dengan apa jua cara yang penyatuann ini tidak akan berlaku dan tidak mungkin berlaku sampai bila-bila.  Ini kerana, pada ketika umat Islam di Malaysia bersatu, pada ketika itu jugalah DAP sebenarnya telah kalah. Sementara itu, DAP akan terus menggunakan sepenuhnya kuasa ekonomi yang dimiliki oleh kaum Cina untuk bertapak dengan lebih selesa.

Apa yang Mohd Ariff tidak tahu ialah, beliau dan juga Ulama PAS berada di tahap kebodohan yang sama.  Kedua-duanya sama saja hinanya kerana kedua-duanya sanggup menjadi balaci, kuda tunggangan, anjing suruhan mahupun kucing kurap kepada DAP.  Kedua-duanya tidak sedar yang mereka sedang dipermainkan dan dipergunakan.

Bezanya, Mohd Ariff mampu menulis dalam bahasa Inggeris dan boleh berkomunikasi dengan bukan Islam dengan lebih baik yang mana Ulama PAS tidak mampu melakukannya.

Biarpun semakin ramai orang-orang Melayu yang meninggalkan DAP, nampaknya masih ada Melayu seperti Mohd Ariff yang bangga menjadi bodoh dan tidak sedar di mana letaknya maruah dan nilai dirinya sebagai manusia.  Mohd Ariff megah menjadi pengkhianat bangsa dan agama, demi ilusi menjadi ‘setaraf’ dengan bangsa-bangsa lain.  Sedang bangsa lain itu berusaha mengukuhkan kedudukan agama dan kaumnya, beliau pula giat melemahkan jati diri dan menghancurkan kaum sendiri.

Sumber:  Beruang Biru


Anwar Terduduk Kecewa, PKR Sabah Bergolak Dan Kritikal

Inilah yang dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga. Setelah GAGAL dalam percubaannya untuk merebut kuasa di Putrajaya, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini dikejutkan dengan berita ‘penghijrahan’ beramai-ramai ahli partinya di Sabah yang jelas tidak lagi mahu terus diperbodohkan dengan sandiwara dan lakonan murahnya selama ini.

Media arus perdana telah melaporkan mengenai pengumuman yang dilakukan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib mengenai penghijrahaan beramai-ramai 11 pemimpin cabang PKR Sabah yang keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN). Jumlah itu tidak termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri itu yang sebelum ini telah pun berbuat demikian iaitu ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad@Malazad dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Seperti tidak dapat menerima hakikat, Pengerusi PKR Sabah, Lajim Ukim sebelum ini mendakwa tindakan bekas anak-anak buahnya itu disebabkan BN terdesak dan menjadi ‘dalang’. Paling kelakar melalui SMS yang dihantar kepada Jelani, dikatakan kecewa sambil mendakwa mereka telah mendapat tawaran lebih baik daripada pihak lain.

Sedangkan mengikut percaturan politik, BN Sabah telah pun mendapat mandat besar dengan memperoleh 2/3 Kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Maka secara logiknya parti BN/Umno, tidak perlu lagi melakukan perbuatan jahat dengan ‘membeli’ mereka.

Ini kerana, tanpa mereka sekalipun, BN telah mantap sebagai sebuah kerajaan yang kukuh hasil sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi rakyat Sabah. Atau dalam bahasa mudah, pakatan pembangkang yang hanya pandai bermain kata-kata yang penuh dengan racun sehingga menybabkan mereka ditolak rakyat sekalgus mengalami kekalahan besar dalam PRU yang lalu.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, pembangkang memenangi tiga kerusi Parlimen iaitu Sandakan dan Kota Kinabalu (DAP) serta Penampang oleh PKR, sementara DUN pula 12 kerusi iaitu Likas, Luyang, Sri Tanjong, Kepayan (DAP); Klias, Matunggong, Kadamaian, Moyog, Api-Api, Inanam, Tamparuli (PKR) dan Star di Bingkor.

Walau bagaimanapun pada 27 September lalu, ADUN Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum diikuti oleh ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad pada 4 November lalu sebelum diikuti empat hari selepas itu oleh ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan yang meletak jawatan Naib Pengerusi 1 Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR.

Hasil analisa yang dijalankan, rupanya bumiputera Sabah terutama etnik Kadazandusun Murut (KDM) yang menyokong PKR akhirnya mula sedar bahawa mereka telah dipergunakan oleh parti itu bagi memenuhi agenda peribadi pimpinan, bukannya untuk dibela nasib mereka seperti yang dicanangkan sebelum ini.
Malah ada yang mendakwa masalah sebenar berpunca daripada gaya kepemimpinan Anwar yang sangat autokratik dan memilih Pengerusi PKR Sabah tanpa berbincang terlebih dahulu dengan ketua-ketua cabang dan akar umbi parti negeri.

Tambahan pula, sekiranya diteliti krisis kepimpinan PKR Sabah telah lama dikesan bergolak dan bermasalah. Ini kerana sejak PKR mula bertapak di negeri itu, seramai 15 Pengerusi MPN negeri sudah bertukar ganti dan ada di kalangan mereka yang hanya sempat memegang jawatan tersebut selama dua bulan sahaja.

Kesimpulannya ialah, baik Anwar mahupun Lajim, mereka sebenarnya telah dirasuki dengan ‘sindrom penafian’ kerana enggan melihat kesilapan dan kekurangan diri sendiri sebaliknya hanya tahu menyalahkan orang lain.

Inilah masalah paling susah untuk diubati oleh sesiapa sahaja sama ada individu atau organisasi kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan, bukan itu sahaja mereka juga pada masa yang sama enggan menerima teguran dan nasihat, jauh sekali untuk bermuhasabah terhadap musibah yang melanda.

Semuanya dituduh pihak ketiga yang jahat melakukannya, diri sendiri dianggap seperti maksum, langsung tidak bersalah dan enggan mengakui kelemahan diri sendiri. Malah menurut Perdana Menteri, akan berlaku gelombang kedua tindakan keluar parti itu dalam masa terdekat selepas hilangnya keyakinan mereka terhahadap kepimpinan PKR negeri.

Dan kenyataan itu sudah pasti bakal merunsingkan Anwar, ini kerana ia sekali gus akan menyebabkan PKR terus berkubur tanpa nisan di negeri Di Bawah Bayu itu.

Buat ahli dan penyokong pembangkang Sabah yang masih belum sedar, sampai bilakah mahu terus hidup dengan pembohongan yang dipentaskan oleh Anwar Ibrahim? Apa yang jelas slogan #inikalilah yang digunakan oleh pembangkang ketika PRU lalu, mula memakan diri. Kepada rakyat Sabah, terima kasih kerana masih terus bersama BN/Umno, manakala untuk Anwar Ibrahim #lainkalilah.

Sumber:  Beruang Biru

Akhirnya Hadi Setuju Muzakarah Dengan Umno

Ramai yang seakan tidak percaya dengan kenyataan, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang bersetuju untuk bermuzakarah dengan Umno. Ini kerana, umum mengetahui bagaimana sikap bekas Menteri Besar Terengganu itu yang begitu sinikal dengan Umno tiap kali timbulnya idea untuk bermuzakarah.

Hadi ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar parti sebelum ini berkata, Pas sedia bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini. Menurut Hadi kesediaan Pas itu dizahirkan daripada kepakaran pemimpin parti tersebut yang menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang, ekonomi dan penguatkuasaan.

"Pas bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan Islam. Media, siarkanlah perkara ini. InsyaAllah ulama-ulama kita akan turun. Kita ramai ahli-ahli (pelbagai bidang), dia (UMNO) hendak yang tua pun ada, muda pun ada."

"(Marilah) Kita bersatu atas Islam, satu bahtera, kiblat kita satu, tidak banyak kiblat kita, kiblat kita kiblat Islam dalam masyarakat majmuk," katanya.

Manakala Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semalam, UMNO bersikap terbuka berhubung hasrat Pas bermuzakarah dengan parti itu mengenai isu-isu berkaitan umat Islam. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan, UMNO perlu meminta penjelasan lanjut daripada Pas berhubung skop muzakarah yang mahu dilaksanakan.

"Saya akan berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yaakob) tidak lama lagi sebab beliau sudah minta untuk berjumpa saya mengenai perkara ini (muzakarah)," katanya.

Ramai pemerhati politik, melihat idea ini ditimbulkan kembali ekoran dari keputusan pemilihan Muktamar Pas yang diadakan sebelum ini. Keputusan pemilihan itu menyaksikan kumpulan ulama hanya mampu mengisi 9 tempat daripada 18 Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Malah kemenangan besar kumpulan Liberal yang mengalahkan calon-calon kumpulan Ulama Pas itu dilihat bakal menyukarkan parti itu untuk terus relevan di hati masyarakat Melayu dan Islam di masa akan datang.

Di tambah pula dengan desakan dan tekanan parti ‘Ultra Kiasu’ DAP dan PKR yang dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini terutama yang melibatkan isu-isu yang berkaitan agama Islam. Tambah membimbangkan mereka, apabila ada di kalangan pemimpin Pas yang dilihat bersetuju dengan desakan dan tekanan yang diberikan itu.

Sehinggakan ada yang merasakan, Pas tidak lebih hanya merupakan kuda tunggangan DAP untuk terus melebarkan kuasa politik perkauman mereka di samping merealisasikan impian Anwar untuk bergelar Perdana Menteri. Semua ini dilihat akan menjadi punca undi masyarakat Islam dan Melayu semakin mengecil kepada parti yang menggunakan nama Islam itu.

Sebagai contoh, analisa PRU13 yang dijalankan jelas membuktikan, undi orang Islam dan Melayu terhadap Pas semakin merosot. Selain gagal mempertahankan Kedah, Pas hanya mampu peroleh 21 kerusi Parlimen serta hilang lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi DUN.

Malah beberapa pemimpin tertinggi parti itu juga tewas kepada BN termasuk Timbalan Presidennya Mohamed Sabu di Kedah, Naib Presiden Salahuddin Ayub di Johor dan seorang lagi Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.

PRU13 juga menyaksikan Pas kalah 52 kerusi daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya dengan memperoleh 21 kerusi Parlimen. Ia sekali gus memperlihatkan kemerosotan parti itu berbanding pada 2008 apabila Pas hanya kalah di 43 kerusi daripada 66 kerusi Parlimen yang ditandinginya dan memperoleh 23 kerusi.

Terbaru, ketika PRK Sungai Limau walaupun berjaya mengekalkan penguasaan, namun kemerosotan majoriti jelas ketara apabila calon Pas, hanya mampu memperoleh majoriti sebanyak 1,084.  Calon parti itu Mohd. Azam Abd. Samat mendapat 12,069 undi manakala calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim memperoleh undi 10,985.

Jumlah undi majoriti yang diperolehi Pas dilihat merosot jika dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Aziz berjumlah 2,774 undi. Pada pilihan raya itu, Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.

Kesimpulannya idea muzakarah ini kembali dilaungkan, hanya apabila Pas merasakan ia bakal menyebabkan parti itu semakin tidak relevan. Ini kerana pada tahun lalu, Hadi dengan sombong dan bongkak telah menolak perlawanan untuk bermuzakarah dengan Umno sebaliknya memilih untuk berbincang dengan NGO.

Apa pun diharapkan agar Pas benar-benar ikhlas ingin mencari titik tengah bagi memartabatkan Islam di negara ini.

Sumber:  Beruang Biru



Muktamar PAS: Ulama Bakal Jadi Maskot Kristian?

Muktamar PAS baru saja berlalu dengan menyaksikan kemenangan kumpulan Anwarinas atau turut dikenali sebagai kumpulan Erdogan.  Ada juga yang merujuk kepada mereka sebagai kumpulan liberal dan professional.  Namun, rujukan ‘professional’ pastinya kurang tepat dengan Mat Sabu yang mengepalainya.

Daripada 27 jawatan, hanya 10 sahaja yang mampu dimenangi oleh golongan Ulama termasuk jawatan Presiden.  Pun begitu, kita juga musykil sama ada Presiden PAS masih lagi berada di dalam kumpulan Ulama, berdasarkan pendekatannya yang lebih selesa dan mesra dengan keputusan dan kehendak kumpulan Erdogan.

Secara dasarnya, akar umbi PAS menyambut keputusan Muktamar dengan perasaan yang berbaur.  Rata-rata mereka secara terbuka meluahkan rasa kecewa dan berputus asa.   Mereka tahu bahawa kemenangan kumpulan Erdogan turut membawa makna bahawa Majlis Syura mahupun Dewan Ulama itu sendiri, sudah tidak relevan lagi.

‘Ulama’ akan menjadi maskot, sekadar untuk mengumpan sokongan orang-orang Melayu.  Selain itu, Ulama juga akan dipergunakan untuk menghalalkan atau meluluskan apa saja yang PAS bakal lakukan bersama PR yang mungkin menimbulkan kesangsian orang-orang Melayu.  Kumpulan Erdogan sedar, selagi ada Ulama di dalam PAS, selagi itulah ada orang Melayu yang sanggup mengikut mereka ke mana saja.

Biarpun PAS di masa depan tidak lagi akan bercakap tentang hudud atau mempertahankan Islam, tetapi itu bukan masalah selagi maskot Ulama PAS terus berada di hadapan untuk mengaburi mata penyokong mereka.

Sambutan pihak Kristian Evangelis dari DAP terhadap kemenangan kumpulan Erdogan adalah petunjuk jelas akan hala tuju PAS selepas ini.  

Sejurus Muktamar berlalu, laman-laman sosial pemimpin dan penyokong Kristian Evangelis DAP secara terbuka meraikan apa yang mereka lihat sebagai ‘pembaharuan’ di dalam PAS.

Perlu diingatkan bahawa Kristian Evangelis inilah yang menjadi dalang kes murtad di Malaysia.  Mereka jugalah yang bermati-matian ingin ‘berebut’ untuk turut menggunakan nama ‘Allah’ dalam risalah agama mereka.  Kristian Evangelis jugalah yang memainkan peranan utama dalam COMANGO menuntut hak LGBT.

Kegembiraan Kristian Evangelis meraikan kemenangan kumpulan Erdogan pastinya punya makna yang mendalam.

Kita tidak tahu berapa ramai ahli-ahli PAS yang mampu memahami makna semua ini.  Berapa ramaikah dari orang-orang Melayu di dalam PAS yang mampu memahami bahawa apa yang berlaku di dalam PAS adalah jauh mengatasi politik PAS-UMNO, tetapi sudah mencapai tahap ancaman terhadap agama Islam?

Berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang sanggup bersekongkol, menjadi Pak Turut dan membantu perjuangan Kristian Evangelis untuk bertakhta di Malaysia?  Sanggupkah ahli-ahli PAS ini keluar parti demi berlaku jujur kepada Allah SWT?

Hakikatnya PAS telah dirasuk sepenuhnya dan tidak lagi dapat diselamatkan.  Tidak ada jampi serapah yang boleh menghalau syaitan yang diundang dan dijemput sendiri.   Apatah lagi yang menjemputnya pula adalah para Ustaz dan Ulama yang menjadi pakar menghalau hantu syaitan itu.

Sumber:  Beruang Biru

Kalah Naib Presiden, Mahfuz ‘Di Belasah’ Ahli-Ahli Parlimen

Inilah yang dinamakan, sebab mulut, badan binasa. Kegagalan bekas Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar untuk mempertahankan jawatan tersebut di dalam pemilihan Muktamar Pas Ke-59 baru-baru ini telah menyebabkan dia menjadi tumpuan di dalam Sidang Dewan Rakyat pagi semalam.

Selain para wartawan, Mahfuz turut menjadi mangsa ‘usikan’ rakan ahli-ahli Parlimen yang ‘membelasahnya’ ekoran kekalahan tersebut. Sebelum ini dia sering diberi jolokan ‘hero Pas’ kerana disifatkan begitu lantang di Parlimen, sedangkan pada hakikatnya Mahfuz lebih banyak merepek dan mengganggu perbahasan dari membicarakan isu dan kepentingan rakyat.

Sebaik sahaja parlimen mula bersidang, Mahfuz terus ‘dibelasah’ sehingga menyebabkan Speaker turut tersenyum dengan‘usikan’ tersebut. Mungkin disebabkan tidak tahan, dia dilihat keluar dari dewan tidak lama selepas itu.

Namun episod tersebut tidak berakhir di situ, sebaik sahaja di temui di ruangan rehat untuk ahli-ahli Parlimen, Mahfuz sekali lagi menerima nasib yang serupa di kalangan ‘rakan-rakan’ BNBBC yang ditemuinya. Paling menarik dia hanya mampu tersenyum sambil mengulas ia adalah perkara biasa dalam Pas, sambil mengaitkan nasibnya serupa dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukriz Mahathir yang turut kalah dalam pemilihan jawatan Naib Presiden Umno baru-baru ini.

Salah seorang ahli parlimen yang ditemui, mengatakan walaupun usikan tersebut hanyalah merupakan gurauan, namun realitinya Mahfuz perlu bermuhasabah diri. Ini kerana ahli parlimen itu sebelum ini begitu celupar memperlekehkan orang yang kalah bertanding.

Kenyataan tersebut merujuk kepada tindakan Mahfuz yang sebelum ini sering menggunakan isu kekalahan Mukhriz untuk menghentam Umno. Disebabkan usikan yang bertali arus itu, Mahfuz akhirnya mula meroyan dan menjerit-jerit di dalam dewan rakyat ketika membahaskan isu Bajet 2014 pada peringkat jawatankuasa.

Di dalam pemilihan muktamar yang diadakan minggu lalu, Mahfuz gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya  selama dua penggal berturut-turut, apabila kalah tipis dengan penyandang, Husam Musa dengan beza hanya 16 undi.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu hanya memperoleh 504 undi, manakala Husam 520 undi, Salahuddin Ayub (917), Tuan Ibrahim Tuan Man (849), dan Abu Bakar Chik (364).

Paling menarik, ketika ditanya sama ada mahu meneruskan khidmat sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, Mahfuz seakan merajuk apabila mengatakan akan mempertimbangkannya dan menyerahkan kepada kepimpinan peringkat Pusat untuk memutuskannya.

“Saya dari dulu tolak Pesuruhjaya tu, sekiranya ditawarkan itu agak berat untuk memikul jawatan Pesuruhjaya jadi bagi saya itu akan diputuskan oleh parti. Jika diberi (amanah) akan dipertimbangkan, sini pun banyak calon dari Kedah kerana kelayakan untuk jadi Pesuruhjaya bukan saya seorang sahaja,” katanya.

Sumber:  Beruang Biru

Isu 'kucing kurap': DAP Dakwa PKR Tokong, Kerana Gesa Minta Maaf

Mungkin kerana merasakan sudah terlalu kuat dan kebal, disebabkan berjaya menawan Pulau Pinang selama 2 penggal berturut-turut, seorang pemimpin DAP baru-baru ini dilaporkan telah mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan memanggil kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai kucing kurap.

Di dalam kejadian Sabtu lalu, ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi dilaporkan telah menghina kakitangan MPPP yang berpangkat rendah. Malah ketika ditanya mengenainya, Ooi seolah-olah bangga dengan perbuatannya itu apabila mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada beberapa pegawai MPPP.

Ia disebabkan kerana mereka dikatakan tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... Kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," katanya.

Disebabkan kenyataan itu, ia telah menimbulkan kemarahan orang ramai khusus mereka yang bertugas di MPPP. Media baru-baru ini melaporkan lawatan Ooi di Pasar Jelutong bertukar kecoh apabila seorang pekerja MPPP menggesanya menarik kembali label kucing kurap itu.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi, bekas Timbalan Presiden Kesatuan Buruh MPPP Mohd Rofi Osman mendekati Ooi, yang ketika itu sedang mengadakan sidang akhbar mengenai penjaja tidak berlesen, dan dengan suara yang kuat memintanya memohon maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.

Bagaimanapun, Jeff seolah-olah tidak mengendahkan tuntutan Mohd. Rofi yang ditemani isterinya, Aminah Abdullah dan cuba mengelak daripada bersemuka dengan mereka.

Beberapa pembantunya cuba menghalang kedua-dua mereka daripada menghampiri ketika Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri itu mengadakan sidang akhbar berhubung penjaja haram di kawasan berkenaan.

Berikutan 'serangan' tersebut, Jeff terpaksa menamatkan segera sidang akhbar berkenaan lalu beredar dari situ.

Rentetan dari itu, Pengerusi PKR negeri, Mansor Othman segera mengeluarkan kenyataan menggesa Ooi agar menarik kembali kenyataan itu sambil meminta maaf. Ia mungkin kerana, Mansor bimbang kejadian tersebut bakal menyebabkan PKR kehilangan sokongan orang Melayu kerana gagal membela isu MPPP ini.

"Jika mahu menegur penjawat awam, beliau perlu melakukannya melalui saluran yang betul. Gangguan sedemikian tidak mencerminkan profesionalisme sebagai seorang anggota Parlimen," kata Mansor yang juga merupakan ahli parlimen Nibong Tebal.

Tambahnya lagi, komen Ooi itu tidak sesuai dan tidak sepatutnya kerana istilah yang digunakan itu bersifat keji dan tercela.

Namun, tetap dengan sikap keras kepalanya, Ooi kembali mempertahankan ucapannya sambil menyindir Mansor.

"Kita hampir terlupa beliau (Mansor) di Pulau Pinang. Adakah dia 'tokong' di sini? Jangan cuba jadi tokong."

Sumber:  Beruang Biru

Ancaman Liberalisme di Dalam Parti Melayu

Muktamar PAS yang membawa kemenangan kepada kumpulan Erdogan iaitu pihak pro-Anwar Ibrahim dan DAP, menjadikan akar umbi PAS kecewa dan putus asa.   Ini kerana, Anwar dan DAP merupakan dua pihak yang bertindih dalam membawa agenda liberalisasi dan juga Kristianisasi di Malaysia.  Penglibatan ‘orang-orang kuat’ Anwar dan DAP di dalam COMANGO membuktikan agenda sebenar kumpulan ini.

Justeru, kemenangan kumpulan Erdogan di dalam PAS bermakna agenda itu kini lebih mudah untuk diperpanjangkan melalui PAS.

Perasaan kecewa dan putus asa turut melanda ahli UMNO selepas Pemilihan UMNO yang baru lalu.  Ia berikutan kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dilihat sebagai kemenangan pihak Anwar dan DAP. Bukan rahsia lagi bahawa Khairy membawa agenda liberal serta ingin memisahkan perjuangan UMNO dari bangsa Melayu. Tindakan beliau melantik Regina Lee yang tegar menyokong DAP sebagai setiausahanya, mengesahkan hala tuju perjuangannya.

Persoalannya, apakah kemenangan mereka ini bermakna bahawa orang-orang Melayu telah mula menerima liberalisme?  Jawapannya mungkin ‘ya’ jika kita mampu merasa yakin dengan proses pengundian yang membawa kepada kemenangan mereka.

Memandangkan Ketua Pemuda mempunyai rekod politik wang, maka adalah sukar untuk rakyat mempercayai bahawa pemilihan UMNO bagi jawatannya berjalan secara telus.  Walaupun terdapat penambahbaikan dalam sistem pemilihan, namun hakikat bahawa undi popular tidak didedahkan dan bahawa wang adalah permainan biasa baginya, maka kemenangannya tetap diterima secara sinis sahaja.

Begitu juga dengan kemenangan kumpulan Erdogan di dalam PAS yang menyaksikan ‘ulangan’ dari pemilihan UMNO ketika Khairy mula-mula memenangi jawatannya dahulu di mana mengambil masa yang begitu lama untuk mengira undi selain kehadiran mereka-mereka yang tidak sepatutnya di tempat menyimpan peti undi.

Berdasarkan apa yang berlaku ini, kita tidak boleh menyalahkan persepsi rakyat.  Kita tidak boleh menghalang manusia dari berprasangka buruk berdasarkan apa yang dilihat di hadapan mata.

Jika persepsi rakyat itu benar, maka ia menunjukkan bahawa pihak yang memperjuangkan liberalisasi ini, tidak kira sama ada di dalam PAS atau UMNO, semuanya gemar bermain kotor.  Mereka terpaksa bermain kotor kerana mereka tahu yang mereka tidak mendapat sokongan di kalangan orang-orang Melayu.

Walaupun golongan liberal ini gemar memperlekeh orang Melayu sebagai mudah dibeli dan ditipu, tetapi mereka lupa bahawa mereka lebih lekeh lagi kerana terpaksa membeli dan menipu semata-mata untuk berkuasa.  Ini bermakna, sekiranya mereka menang, maka kemenangan mereka adalah tidak tulin.

Andainya persepsi ini tidak benar, dan mereka sebenarnya menang secara telus dan bersih, maka kita akan melihat agenda liberalisasi dilaksanakan tanpa apa-apa bantahan besar dari orang-orang Melayu.

Bagaimanapun, penolakan orang-orang Melayu terhadap PAS akhir-akhir ini membuktikan bahawa agenda itu tidak diterima di dalam parti itu.  Kritikan terhadap UMNO yang semakin lantang didengari juga menguatkan lagi hujah bahawa liberalisme tidak pernah diterima oleh orang-orang Melayu.

Masalah liberalisasi bukan sahaja mengancam masyarakat kerana ia membawa bersamanya kebebasan tanpa sempadan tetapi juga membawa ancaman ketegangan kaum kerana ia didokong oleh parti perkauman tegar iaitu DAP, yang berselindung di sebalik seruan Kristianisasi.

Keadaan menjadi lebih terancam kerana kumpulan Melayu liberal di dalam UMNO dan PAS ini mentafsirkan sebarang usaha untuk membela adat, budaya, bahasa dan agama orang-orang Melayu sebagai kolot.  Di masa yang sama, tindakan membela adat, budaya, bahasa dan agama kaum lain pula ditafsirkan sebagai ‘keterbukaan’ yang wajib diterima oleh semua.

Justeru, dengan tekanan dari sikap rasis dan chauvinis Kristian DAP dan kebodohan kumpulan Melayu liberal, yang bakal menjadi mangsa akhirnya ialah orang-orang Melayu di negara ini.  Amatlah malang sekali jika ini berlaku, sedangkan orang-orang Melayu yang menolak liberalisme merupakan kumpulan majoriti.

Kesimpulannya, Melayu PAS dan Melayu UMNO yang menolak liberalisme tidak mampu duduk berasingan di dalam PAS, UMNO dan atas pagar.  Melayu yang sedar, yang jujur sayangkan agama dan bangsa tidak ada pilihan selain bersatu di atas satu platform bagi membentuk kumpulan pendesak yang kuat ke atas pemerintah.  Perdengarkan suara kita menolak liberalisme dalam satu nada yang sekata.

Lupakan PAS atau UMNO, fikirkan strategi terbaik untuk mencapai matlamat ini.

SumberL  Beruang Biru

PR Akhirnya Mengaku Uruskan Pilihanraya Bukan Perkara Mudah

Portal pro-pembangkang, Malaysian Insider hari ini menyiarkan satu artikel menarik mengenai Muktamar PAS bertajuk 5 Perkara Yang diPelajari dari Muktamar PAS.

Muktamar PAS sememangnya menjadi topik yang hangat diperkatakan pada ketika ini.  Keadaan kelam kabut dan ‘kepayahan’ mengira undi serta kewujudan unsur-unsur pelik bin ajaib terutama dalam pengiraan undi Timbalan Presiden, menyebabkan semakin ramai yang merasa ‘tawar hati’ dengan parti itu.

Lebih pelik bin ajaib lagi apabila ia turut ‘diserikan’ dengan konsert rock keras walaupun selama ini PAS merupakan pihak yang paling tegar menentang sebarang konsert rock terutama yang membawa artis dari luar negara.  Ramai yang kini terpinga-pinga bagaimana konsert rock menjadi halal di pentas PAS.

Namun, semua ini bukanlah antara pengajaran yang disebutkan oleh Malaysian Insider.  5 pengajaran yang disebutkan oleh Malaysian Insider adalah 1. berkenaan sokongan ‘musuh’ iaitu Utusan Malaysia terhadap calon-calon pro Ulama, 2.  elakkan permusuhan dalaman, 3. jangan keterlaluan dalam berkempen sehingga dilihat sebagai fanatik seperti yang dilakukan oleh golongan Ulama, 4. bagaimana rakyat menyukai pemimpin yang kuat bekerja seperti Mazlan Aliman dalam isu Felda, dan yang paling menarik ialah bahawa 5. menguruskan pilihanraya bukanlah perkara yang mudah.

Malaysian Insider jelas sedang ‘meraikan’ kemenangan golongan Anwarinas serta tanpa sembunyi-sembunyi memperlekeh golongan Ulama di dalam PAS.   Malah, Mazlan Aliman juga diangkat sebagai balaci tersohor kerana berjaya membuat bising atas sesuatu isu yang bukan isu pun

Nampaknya, apa yang penting bagi PR ialah ‘mencipta isu’ bukannya menyelesaikan isu untuk kesejahteraan rakyat.

Artikel Malaysian Insider itu membayangkan pengaruh luar yang mencaturkan siapa menang dan siapa kalah sekali gus, membuktikan bahawa Muktamar PAS kali ini adalah yang paling kotor dalam sejarah parti itu.

Ini menepati keraguan ramai mengenai tempoh pengiraan undi yang melangkaui semalaman.   Kehadiran Mat Sabu dan Husam di tempat menyimpan peti undi pada waktu malam juga turut menjadi persoalan.

Pengumuman keputusan awal yang jauh berbeza dengan keputusan rasmi menambahkan keraguan rakyat terhadap integriti PAS.  Bayangkan semua masalah ini sedangkan jumlah undi yang perlu dikira hanyalah 1,086.

Bagaimanapun, Malaysian Insider seolah-olah menyifatkan apa yang berlaku sebagai sesuatu yang tidak seteruk mana, serta mengajak PR belajar darinya.  Ini berbeza dengan sikap portal pembangkang itu terhadap SPR walaupun badan itu menjalankan tugas 1000 kali lebih cekap dan lebih baik dari PAS untuk mengira 13.3 juta undi.

Jika Malaysian Insider benar-benar sebuah portal yang adil, maka ia wajar turut mengajak rakyat meneliti apa yang terjadi dalam CEC DAP dan bukan sekadar Muktamar PAS sahaja.  Lebih elok lagi jika turut belajar dari pemilihan PKR yang menyaksikan Zaid Ibrahim meletakkan jawatan bersama dengan lebih seratus aduan mengenai manipulasi undi.

Tetapi, Malaysian Insider bukanlah sebuah portal yang adil.  Sebaliknya, ia kemungkinan besar merupakan antara ‘tangan-tangan’ yang terlibat mencaturkan pemilihan PAS.  Justeru, tidak hairan apabila daripada 27 jawatan, hanya 10 sahaja yang berjaya dimenangi oleh golongan Ulama.  Itupun mungkin perlu ditolak 1 lagi menjadikan hanya 9 sahaja golongan Ulama di dalam jawatan tertinggi PAS.  Ini kerana, Hadi Awang sebagai Presiden PAS juga telah diragui akan kedudukannya sama ada dari golongan Anwarinas ataupun Ulama.

Walaupun Malaysian Insider cuba memperlihatkan bahawa semua ini adalah perkara kecil dan ‘biasa’ dalam pemilihan sesebuah parti politik, tetapi portal itu akhirnya terpaksa mengakui bahawa menguruskan perjalanan pilihanraya bukanlah perkara mudah.

Sekali gus, ia secara tidak langsung turut mengakui bahawa SPR adalah sebuah badan yang cekap, bersih dan berkredibiliti dan bahawa segala tohmahan PR terhadap SPR adalah tidak berasas sama sekali.

Sumber:  Beruang Biru

PEMILIHAN PAS BUKTI ANWARINAS BERJAYA TUMPASKAN ULAMA

Keputusan pemilihan jawatan tertinggi serta ahli jawatankuasa Pas Pusat bagi penggal 2013-2015 yang baru berlangsung menunjukkan kumpulan yang berkiblatkan Anwar Ibrahim terus menggukuhkan cengkaman mereka ke atas parti itu.

Dengan kemenangan besar Anwarinas di dalam Pas, besar kemungkinan parti itu akan terus berada di bawah telunjuk pemimpin PKR itu.

Ini juga bermakna apa sahaja usaha yang dilakukan oleh sesetengah faksi di dalam Pas khususnya golongan ulama untuk mengkaji semula tahalus siyyasah atau kerjasama politik bersamna PKR dan Dap boleh dikatakan sudah berkubur.

Usul yang diluluskan oleh sayap Pemuda Pas bagi kajian semula kerelevanan Pas berada di dalam pakatan pemnbangkang nampaknya tidak dipedulikan oleh majoriti perwakilan yang menghadiri muktamar ke 59 parti itu.

Dalam erti kata lain, golongan ulama dalam Pas telah kecundang kepada Anwarinas yang bekerja bukan untuk agenda perjuangan parti itu tetapi lebih kepada merealisasikan muslihat Anwar.

Malah lebih mencurigakan ialah tindakan penggiraan semula undi bagi jawatan naib presiden yang kini mengekalkan Husam Musa dan mengnyahkan Mahfuz Omar.

Sebelum ini Husam kalah kepada Tuan Man Tuan Ibrahim untuk jawatan tersebut tetapi kini bertukar pula kepada kekalahan Mahfuz Omar.

Seolah-olah wujud tangan ghaib yang berperanan memastikan Husam terus kekal di kedudukan dengan mengorbankan Mahfuz yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah.

Umum tahu Husam adalah sebahagian daripada kumpulan Anwarinas yang amat setia dengan Anwar manakala Mahfuz pula penyokong kumpulan ulama.

Tidak silap analisis terhadap pemilihan tersebut jika dikatakan wujud satu pakatan atau konspirasi untuk memastikan penyokong Anwar mengungguli sebanyak mungkin jawatan tinggi parti itu.

Malah Mohammed Sabu yang pernah dahulu mengelar Anwar sebagai 'Al Juburi' tetapi beralih angin menjadi seorang Anwarina juga mampu mengekalkan jawatan timbalan presiden mengalahkan calon ulama, Nik Mohd Amar Nik.

Kekalahan Nik Mohd Amar kepada Mat Sabu dengan majoriti kecil 98 undi membuktikan kumpulan Anwarinas berhempas pulas berusaha memastikan calon mereka menang.

Melihat kepada senarai 18 pemenang anggota jawatankuasa pusat pula, ia juga terus dikawal oleh kumpulan Anwarinas.

Selain Kamaruddin Jaafar yang selama ini menjadi agen Anwar yang ditanam oleh bosnya di dalam Pas, turut berjaya termasuk Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad.

Anwarinas lain yang dipilih ialah Dr Hatta Ramli, Dr Mujahid Yusof, Dr Siti Mariah Mahmud, dan Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Ini bermakna hampir 50 peratus ahli jawatankuasa pusat Pas dikuasai oleh golongan Anwarinas yang akan menentukan dasar dan halatuju parti itu untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Keputusan ini adalah bukti kumpulan ulama di dalam Pas telah berjaya ditundukkan oleh puak Anwarinas.

Kedudukan Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti mewakili kumpulan ulama kini hanya akan menjadi simbolik sahaja kerana segala keputusan akan didominasi oleh mereka yang mengambil arahan daripada Anwar bukannya presiden.

Pas lambat laun akan ditransformasi oleh kumpulan Anwarinas sebagai sebuah parti politik yang hanya wujud pada nama Islam sahaja tetapi segala dasar dan prinsipnya akan ditentukan oleh Anwar.

Tidak terkejut jika satu hari kelak Pas juga akan mengakui dan mempertahankan kewujudan rejin Zionis Israel sebagaimana yang dikehendaki oleh Anwar.

Tidak terkejut juga satu hari nanti Pas juga akan bersetuju dengan Dap untuk menghapuskan has-hak Melayu serta memansuhkan institusi raja-raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik sebagaimana yang diimpikan oleh parti cauvinis Cina itu.

Pas kini dalam bahaya dan sekiranya keadaan ini dibiarkan parti itu akan lenyap sebagai sebuah badan siyyasah yang berlandaskan kepada perjuangan atas nilai-nilai Islam.

Kini peranan Pas di dalam pakatan pembangkang akan terus mengecilkan sekadar menjadi tukang angguk sahaja kepada kehendak dan nafsu PKR dan Dap.

Oleh kerana itu adalah lebih selamat Pas mengambil keputusan untuk kekal sebagai parti Melayu kedua terbesar selepas UMNO dengan bersendirian dan tidak berada di bawak kawalan dan telunjuk PKR dan Dap.

Pas akan lebih kuat serta dihormati jika menolak usaha Anwar untuk mengawal parti itu melalui proksi-proksinya.

Sumber:  Beruang Biru

PAS Perlu Jadi DAP Kerana Melayu Lebih Sayang DAP dari PAS?

Dalam Muktamar Pas ke-59, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad telah membentangkan satu fakta yang sepatutnya mampu menyentak PAS dari lamunan.  Ia berkenaan sokongan orang Melayu kepada PAS yang berkurangan sebanyak 2% dalam PRU yang lalu.

Ini bukan kali pertama PAS diperingatkan mengenai sokongan Melayu yang semakin merosot terhadap parti itu tetapi telah berkali-kali.  Bagaimanapun, peringatan itu dipandang sepi oleh PAS.

Menurut Dr. Dzulkefly, sokongan Melayu terhadap PKR merosot lebih teruk iaitu sebanyak 7%.  Apa yang pelik ialah sokongan Melayu terhadap DAP pula dikatakan meningkat sebanyak 2%.

Kita tidak tahu setakat mana ketepatan pembentangan Dr. Dzulkefly tetapi ia seharusnya diberi perhatian mendalam oleh ahli-ahli dan pemimpin PAS.

Walaubagaimanapun, melihat dari keputusan pemilihan PAS, adalah didapati bahawa PAS telah memilih untuk mempersetankan sahaja peringatan Dr. Dzulkefly itu.

Mungkin PAS benar-benar berpegang kepada semangat kesepakatan tulin di mana sokongan terhadap DAP juga dianggap sebagai sokongan terhadap PAS.  Justeru, tiada masalah bagi PAS jika orang Melayu ingin memilih DAP, PAS mahupun PKR, asalkan bukan UMNO.

Mungkin bagi pemimpin-pemimpin PAS, biarpun DAP memenangi kerusi terbanyak di antara sekutu mereka, DAP tetap terpaksa melantik wakil dari PAS untuk memegang beberapa jawatan sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya.  Ini kerana PAS mewakili kaum majoriti di Malaysia dan telah tertakluk dalam perlembagaan kedudukan kaum Melayu sebagai peneraju negara.

Oleh itu biarpun kedudukan PAS nanti hanya sebagai boneka, PAS tidak kisah kerana yang penting hanyalah untuk menjaga air muka.

Tidak mustahil juga PAS menyangka yang mereka boleh mencaturkan DAP sebaik sahaja memegang tampuk kuasa.  Apa yang PAS gagal melihat ialah Muktamar PAS sendiri telah dicaturkan oleh DAP.  Kemenangan kumpulan Erdogan membayangkan bahawa PAS bakal berubah haluan sepenuhnya.  Maka, apakah logik jika PAS masih berangan yang mereka mampu menguasai DAP?

Sebelum PAS dikuasai kumpulan Erdogan lagi, parti itu sudah pun menunjukkan segan silu untuk membela Islam, contohnya dalam kes Kalimah Allah dan murtad.  Semuanya semata-mata kerana takutkan DAP.

Kini dengan kemenangan kumpulan Erdogan dalam Muktamar ini, kita pasti, sedikit masa lagi, kita tidak lagi akan mendengar lagu hudud, jauh sekali Negara Islam dari mulut PAS.  PAS juga pastinya tidak lagi akan membantah konsert-konsert rock malah tidak mustahil akan turut menerima pluralisme dan liberalisme yang tertakluk di dalamnya hak LGBT dan murtad.

Pendek kata, PAS seolah-olah memilih untuk menyerap roh DAP dalam usaha merebut kembali sokongan Melayu yang meningkat terhadap DAP.

Sama ada perubahan PAS ini akan membantu memulihkan kekuatannya dalam menghadapi PRU-14 bukan lagi satu persoalan.

Persoalan yang tinggal kini adalah, bilakah PAS akan mengumumkan perubahan mereka secara nyata kepada penganut-penganutnya?

Sumber:  Beruang Biru

Pakatan Finally Admits That Running An Election Is Not As Easy As They Think.

Pro-Opposition portal, the Malaysian Insider today posted an article regarding the recent PAS’s Muktamar titled 5 Things that should be learned from the PAS Muktamar.

PAS Muktamar or party election has already been a hot topic for these past few weeks. The election was full of chaos and mess especially during the Vice President votes are being tallied. Many of the PAS delegates were unhappy with the way the election was handled.

To add salt to injury, a rock concert was organized even though before this PAS were one of the parties who banned rock concerts especially if it involves international artist. Many of their own supporters are baffled how the concert were permitted in PAS’s stage.

However, these are not the lessons that the Malaysian Insider meant. 5 lesson that was said by the Malaysian Insider was 1. The support shown by the enemy (Utusan Malaysia) towards pro-Ulama’ candidates, 2. To avoid any confrontation within the party, 3. Respect among candidates and supporters in the party elections and avoid any acts especially from the Ulama’ supporters, 4. Learn from Mazlan Aliman who has worked hard to gain the confidence of the people in issues such as the FELDA dispute, 5. Conducting an election is not an easy task.

Malaysian Insider clearly supports the victory of Anwarinas without trying to hide their prejudice against the Ulama of PAS. Even Mazlan Aliman was anointed as the hero as he managed to create an issue out of thin air.

It seems that what is important for Pakatan Rakyat is to create issue and not to resolve issue for the people of Malaysia.

The Malaysian Insider article shows that the external influence in PAS is arranging who will win and who will lose and it shows that this PAS election is the dirtiest the party has ever seen in their history.

This actually proves that the vote count which was one of the longest vote counts in PAS election was full of controversy. Mat Sabu and Husam who was caught breaching the vote counting room in the middle of the night have also raised many questions. The early announcement which is different from the official results makes the people of Malaysia wonder the PAS’s integrity. Imagine, they have all this problem with only 1,086 ballot tickets to be counted.

However, The Malaysian Insider potrayed it as something that is not that important and invite the Pakatan Rakyat to learn a lesson from this particular foray. The portal double standard position can be seen clearly as they were very critical of SPR who had done the job 1000 times better than PAS in counting the votes of 13.3 million ballot tickets.


If the Malaysian Insider is really a portal that is truly just and independent, then it is wise for them to analyse what actually happened in the DAP’s CEC and not just the PAS election. It is much better if they would learn from the PKR election which we saw Zaid Ibrahim resigned from the particular party because there are more than a 100 complaints about vote manipulation.

However, the Malaysian Insider is not an impartial news portal. It might as well maybe one of the hidden hands that regulate the PAS election. Thus, it is not shocking to see that only 10 out of 27 positions was won by the Ulama’. We have to exclude one of the 10 Ulama as it is difficult to determine that Hadi Awang is among the Ulama’ or Anwarinas.

Even though the Malaysian Insider tries to show that all of this is a small and usual matter in a political party election, the portal has to accept that arranging an election is not something easy.

Thus, indirectly it shows that SPR is a better electoral body which is clean, efficient and credible compared to the Pakatan Rakyat.

Sumber:  Beruang Biru

MAT SABU’S VICTORY IS NOT TOTAL, HANDS STILL TIED

As the dust settles down and PAS delegates leave Shah Alam, the Islamist party’s future still a big question – will it play second fiddle in the opposition pact of Pakatan Rakyat (PR ) or distance itself and only co-operate on issues of mutual interests.

The victory of Mohamed Sabu or Mat Sabu as the party deputy president on Friday poll reflected the members’ choice to go all out with DAP and Parti Keadilan Rakyat (PKR) to capture Putrajaya, regardless of whether the Islamic state and Hudud laws agenda are sidelined or forgotten.

Despite the call by the party’s Ulamak Council and the resolution passed and adopted to review the party’s political co-operation in the opposition pact and delegates spoke of being treated as ‘step children in Penang” during the debate session, the fact remains in that the review will be done with everything in favour to strengthen the ties.

PAS leadership poll on Friday was a tell-tale sign that the fundamentalists faction has lost its internal war and its attempt to make a comeback was only half victory as it only got information chief Tuan Ibrahim Tuan Man in one of the three vice-president posts.

Even the 18 central committee members elected are split equally between the ulamaks and liberals which further dampens the ulamaks’ faction to put on track the party’s objectives and struggles.

And party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang did not commit in anyway to support the fundamentalists in his policy speech where he ‘played safe’ by not touching on internal friction and the problems within the opposition pact or about the ties in PR.

The fundamentalists with the backing of the Ulamak Council had tried to distance itself from the parties in PR as they found out the party is slowly moving far from its original objectives and its approach has changed from educating the public about Islam to fighting human rights issues.

Many party delegates who voted and members who attended the party 59th general assembly as observers said Mat Sabu was chosen due to his availability and his readiness to go to the forefront of the battle whenever needed and not as assumed by outsiders that the liberals aligned to PKR de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim is now in control of the party.

One of the delegates from Terengganu said Mat Sabu was chosen because he could rally the crowd when needed, he could face the police when needed and he was also willing to go to jail if need be. He is versatile and available as he does not hold any government post or an assemblyman or MP. “And he can rally crowd to PAS ceramahs or events.

“Compared to Kelantan Deputy Mentri Besar, despite being an ulamak and intellectual and refined, we cannot allow him to go down and lead a rally or face the police or risk being put in lock-ups a night or two.

“And party members and delegates know very well that Mat Sabu cannot make decision as deputy president nor can he dictate any decision.

“It (the decision) need to be tabled at the central committee and then referred to Dewan Ulamak (Ulamak Council) for endorsement before implementation.

“So to me and the delegates as well as party members, the question of liberals steering the party does not arise because of the check and balance.

“It is the practical thing to have Mat Sabu to be in the forefront with his brashness and guts,” he said.

How far the thoughts to the truth is not known but one thing for sure, Mat Sabu’s victory is obviously not total or wholesome because the party highest policy body which is the central committee still needs endorsements from the Ulamak Council for implementations of any decision.

In short, Mat Sabu’s hands are still tied despite having Datuk Husam Musa and Salehuddin Ayub in the vice-president posts to back him up.

And in such a situation, Anwar who is watching the party’s development and those close to him in PAS cannot laugh loud because the fundamentalists are still at the ‘driving wheel’.

And the delegates and observers left Shah Alam with a clear mind that the party is still in the hands of ulamaks.

Sumber:  Beruang Biru

Bayangkan PRU Di bawah Pemerintahan Kerajaan PR

Kemelut Pemilihan CEC DAP masih belum selesai walaupun telah hampir setahun berlalu.  Masalah perwakilan ‘hilang’ terus menghantui parti itu termasuk dalam pemilihan semula.   Diimbas kembali pemilihan parti PKR yang lalu turut menyaksikan keadaan huru-hara yang sama, atau mungkin lebih teruk lagi.  Dalam pemilihan PKR terdapat 160 aduan serta beberapa perletakan jawatan, tidak termasuk pergaduhan sehingga membawa kecederaan.

Kini, Muktamar PAS pula kecoh dengan berbagai-bagai ‘kejadian pelik’ seperti kelibat calon di bilik penyimpanan peti undi dan juga pengiraan yang memakan masa semalaman.

Jika DAP pada mulanya menyalahkan komputer, dan kemudiannya menyalahkan ROS dan UMNO, PAS pula sehingga setakat ini, masih lagi terpinga-pinga dan belum memutuskan siapa untuk disalahkan.

Dalam pemilihan CEC, DAP hanya perlu mengira 1,823 undi.  Dalam Muktamar PAS pula, PAS hanya perlu mengira 1,086 undi.  Walaupun jumlah undi begitu sedikit dan melibatkan kepentingan ahli-ahli sendiri, pengiraan undi dilihat sebagai amat sukar sekali selain dibayangi manipulasi.  Keadaan yang sama juga jelas berlaku dalam pemilihan PKR.

Bayangkan jika DAP, PAS dan PKR menjadi pemerintah dan perlu menangani proses pilihanraya yang melibatkan 13.3 undi.   Bayangkan, jika ahli parti sendiri juga dimanipulasi, apakah jaminan yang mereka tidak akan memanipulasi rakyat?

Kalaupun mereka tidak pernah memanipulasi undi, apakah jaminan yang mereka benar-benar tahu mengira?   Sedangkan mengira undi tidak sampai dua ribu pun huru-hara jadinya.

Kesimpulannya, rakyat tidak perlu melihat jauh untuk menilai kredibiliti dan integriti Pakatan Rakyat.  Tidak perlu bersusah payah menganalisa manifesto mereka atau menghalusi isu-isu yang mereka bangkitkan.

Cukuplah dengan mengambil proses pemilihan ketiga-tiga parti itu sebagai panduan.  Apakah sebuah parti yang tidak tahu mengira dan sanggup memanipulasi ahli sendiri mampu menjadi sebuah kerajaan yang berkesan?

Sumber:  Beruang Biru

Ahli Pas mengaku Pas Hanya ‘BARUA’ DAP

Sekiranya sebelum ini, apabila ada yang mengatakan Pas hanyalah kuda tunggangan DAP ramai yang mengatakan ia merupakan propaganda Umno. Mereka mendakwa, kononnnya secara realiti hubungan Pas dan DAP tidak seperti yang di dakwa itu.

Namun apabila ada para perwakilan Pas yang membangkitkan isu tersebut, ia telah mengejutkan ramai pihak. Ini kerana ternyata semua yang di katakan itu ada asasnya dan bukanlah merupakan propaganda Umno seperti yang di dakwa.

Di dalam Muktamar Pas baru-baru ini parti itu seakan ‘mati kutu’ dengan amukan para perwaklan yang jelas tidak berpuas hati dengan pendekatan ‘tahluf siaysi’ parti itu dengan DAP.

Sebagai contoh Wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika membahaskaan ucapan Presiden iu membangkitkan isu tersebut yang mendesak barisan kepimpinan parti wajar menangani kedua-dua isu tersebut dengan segera. Menurut beliau, jika perkara itu tidak diselesaikan, ahli-ahli Pas berhak menukar kepimpinan yang sedia ada.

"Kedua-dua isu ini sangat kritikal dan sangat besar kesannya. Oleh itu jika Pas gagal selesaikannya menjelang Pilihan Raya ke 14 (PRU-14) kita akan gagal ke Putrajaya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Kamaruzaman turut mengingatkan kepada semua perwakilan bahawa Pas tidak boleh meninggalkan asas perjuangannya iaitu menegakkan syariat Islam.

"Jangan kita lupakan perjuangan menegakkan Islam hanya semata-mata kita mahu ke Putrajaya. Jangan kita tinggalkan syariat Islam di pintu pagar ke Putrajaya.

"Kita sebenarnya amat bertanggungjawab dalam menegakkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kita juga bertanggungjawab menunjukkan keadilan Islam kepada setiap rakyat," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa Pas bukan sebuah parti yang berjuang atas sebab isu tetapi berdasarkan kepada perintah agama.

Sementara itu, wakil Pulau Pinang, Mohd. Nor Haron berkata, segala jasa dan pengorbanan Pas Pulau Pinang telah diketepikan begitu sahaja oleh rakan pakatan pembangkang sebaik sahaja negeri itu dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Malah tegas beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP telah meletakkan Pas sebagai rakan kongsi utama pakatan dalam kedudukan lebih rendah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Mohd. Nor, pihaknya tidak berhasrat membawa perkara itu kepada media namun segala saluran rasmi yang digunakan langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

"Pas hanya diberi kerusi sebagai ahli majlis PBT (pihak berkuasa tempatan) tetapi empat kerusi diberikan NGO, adakah ini batu nisan yang hendak diberikan kepada Pas?," katanya.

Tegasnya, sebagai rakan kongsi utama pakatan, Pas sewajarnya diberi peranan besar sebagai pembuat dasar bersama tetapi yang berlaku adalah sikap 'double standard' kerajaan negeri dan berlakunya campur tangan.

"Tetapi bila hendak hampir PRU-13, mereka berjumpa kita terangkan manifesto, tetapi bila berdepan dengan kemenangan, kita disingkirkan, apakah Pas telah menjadi musuh lagi besar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Namun disebalik semua kecaman yang diberikan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu masih cuba mempertahankan hubungan parti itu dengan DAP dan PKR.

Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 di sini, beliau berkata tanpa bantuan DAP dan PKR, Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan Terengganu.

"Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. Kalau Pas berjuang secara sendirian, sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).

"Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johor kita dapat tawan, nadi Umno akan tamat di Malaysia," katanya.

Kesimpulannya, Pas tidak ubah seperti resam anjing yang sentiasa menurut perintah tuannya, ini kerana itulah analogy mudah yang boleh diberikan apabila kita membicarakan hubungan haram dua parti pembangkang tersebut.

Malah Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Pas Sik, Kedah sebelum ini turut mengesahkan perubahan ketara yang sedang menghantui Pas. Katanya secara realitinya Pas telah gagal memimpin PR sebaliknya kedudukannya kini lebih tertakluk pada kehendak DAP.

Menurut Shahnon, "apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam".

Kenyataan ahli seumur hidup Pas memang terbukti kebenarannya malah tak keterlaluan jika dikatakan status parti itu semenjak menjalin kerjasama dengan DAP sama sahaja macam anjing peliharaan layaknya, terpaksa dipimpin tali oleh tuannya dan taat mengikut sahaja perintah si tuan.

Sumber:  Beruang Biru