Apabila perkara ini berlaku kepada sebuah parti yang kononnya berbangga kerana mengaku bersifat reformis, rakyat akan mula meragui kenyataan tersebut.
Benarkah PKR sebuah parti reformis yang dikatakan dinamis, manusiawi dan bervisi seperti yang diwar-warkan selama ini?
Atau PLR sebenarnya hanyalah parti picisan yang menggunakan sloganan dan semangat berkobar-kobar untuk menutup kelemahan pemimpin-pemimpinnya.
Pertama apa yang berlaku menunjukkan sifat politik Sabah yang berlainan sekali dengan Semenanjung atau pun Sarawak.
Sebelum dan semasa kempen Pilihan Raya Umum 13 lalu, pakatan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim menjadikan Sabah sebagai sasaran dengan harapan dapat merampas negeri itu dari tangan Barisan Nasional.
Anwar menimbulkan banyak isu yang kebanyakan adalah fitnah dan propaganda semata-mata untuk mengaburi fikiran rakyat Sabah.
Kononnya jika pembangkang menang harga minyak akan diturunkan malah royalti minyak akan dinaikkan kepada 20 peratus daripada 5 peratus.
Isu pendatang asing juga digembar-gemburkan sehingga satu suruhanjaya ditubuhkan kerajaan pusat untuk menyiasat dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia.
Ini tidak termasuk lagi dakwa dakwi lain seperti kemiskinan, rasuah dan sebagainya.
Namun apa jua tuduhan yang dilemparkan kepada BN, rakyat Sabah bijak memilih yang mana satu permata yang masa satu kaca.
Selama BN memerintah Sabah hingga ke hari ini, politik negeri itu stabil kerana ia amat faham mentadbir sebuah negeri yang didiami oleh pelbagai etnik dan suku kaum.
Berbeza pula dengan Anwar, PKR, Pas dan Dap yang hanya mahu mengeksploitasi rakyat Sabah dalam percaturan mereka untuk menguasai negeri itu.
Pembangkang tidak faham langsung selok belok dan sepak terajang Sabah yang begitu kompleks sekali hinggalan seringkali berlaku pertelagahan antara kumpulan-kumpulan berbeza latarbelakang dalam parti yang sama.
Dalam hal PKR ianya berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap bekas pembelot UMNO, Lajim Ukin sebagai pengerusi PKR Sabah oleh Anwar.
Kumpulan yang keluar parti itu mendakwa mereka telah berhempas pulas berjuang untuk menghidupkan PKR Sabah tetapi Anwar memilih bulu untuk mengangkat mereka yang mempunyai nama, pangkat, kedudukan dan lebih-lebih lagi wang ringgit.
Anwar sudah tidak peduli lagi golongan reformis yang menjadi teras kepada pergerakan jalanan yang diwujudkan belasan tahun lalu.
Seperti juga di Sabah, sikap pilih kasih Anwar berlaku di mana-mana sahaja termasuk di Semenanjung dan Sarawak.
Contoh di Pahang, di Pahang beliau melantik Fauzi Abdul Rahman, bekas rakan kelas sekolah dan juga universiti walaupun rakannya itu amat dibenci oleh ramai pemimpin PKR Pahang termasuk juga dari Pas dan Dap.
Tetapi orang seperti inilah yang diangkat oleh Anwar atas dasar pilih kasih dan kronisme yang kononnya amat ditentang oleh beliau.
Ini tidak termasuk memposisikan anggota keluarga terdekat seperti isteri dan anak dalam jawatan tinggi parti.
Seolah-olah di dalam PKR, tidak siapa boleh bersuara terhadap apa yang dilakukan oleh Anwar walaupun beliau memegang satu jawatan yang tidak pun dilantik oleh perwakilan parti!
Tindakan 11 ketua cabang PKR Sabah adalah tanda-tanda Anwar bukan sahaja sudah tidak laku di negeri itu tetapi anggotanya sendiri sudah hilang keyakinan terhadap stail kepimpinan beliau.
Persoalannya apa agaknya akan berlaku sekiranya Anwar bertanding sebagaim presiden parti tahun depan menggantikan isterinya?
Dengan ketiadaan Dr Wan Azizah Ismail sebagai presiden, sudah tentu Anwar akan menggunakan kuasa sepenuhnya untuk membersihkan PKR daripada kroni-kroni yang menyokong isterinya dahulu.
Akan bertambah kecamuklah keadaan dalaman parti dan akhirnya berkuburlah PKR.
Malah Perdana Menteri semasa sidang akhbar bersama ketua-ketua cabang tersebut membayangkan akan terjadi gelombang kedua yang lebih besar bakal melanda PKR Sabah dalam masa terdekat.
Elok sajalah Anwar berundur dari menerajui PKR dan terus bersara daripada dunia politik untuk selamanya.
Tunaikanlah janji yang dibuat untuk menjadi pensyarah di Amerika Syarikat jika gagal untuk menjadi perdana menteri.
Anwar perlu membuat muhasabah diri sama ada dirinya masih diterima oleh penyokong-penyokong lagi dalam dunia politik kini yang sudah berubah.
Beliau perlu menganalisa sama ada seorang yang sudah menjangkau usia 67 tahun boleh diterima oleh generasi muda yang mempunyai pelbagai citarasa politik yang jauh berbeza daripada generasi seangkatan dengannya.
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment