BUKAN rahsia harga
rumah di Selangor sudah masuk tahap tidak masuk akal dari segala segi. Sebab itulah agaknya kenapa banyak yang
digebangkan pembangkang mengenai kebajikan rakyat yang kononnya tidak
dilaksanakan kerajaan persekutuan, mereka sendiri gagal memastikan harga rumah
yang sebahagian besarnya berada di bawah kawalan kerajaan negeri.
Mungkin ramai tidak
tahu, harga rumah melambung tinggi di Selangor adalah disebabkan tindakan
kerajaan negeri sendiri yang mengenakan caj tambahan 30% dari setiap rumah yang
disiapkan pemaju di Selangor - disiapkan, jual tak jual belum tahu. Caj tambahan ini dikenali sebagai caj
pemajuan yang kemudiannya akan dibebankan kepada pembeli aka rakyatlah tu.
Bermaksud, jika
pemaju membina harga rumah yang sepatutnya berharga RM 100,000, harga rumah
tersebut akan dijual sebanyak RM 130,000 kerana pemaju perlu membayar caj
tambahan yang dikenakan kerajaan negeri bagi setiap transaksi penjualan rumah -
itu kalau RM 100,000, mana ada rumah pada harga itu lagi dah di Selangor hari
ini. Harga itu pula tidak termasuk
caj-caj tambahan seperti yuran guaman dan lain-lain yang biasa dalam urus niaga
beli rumah.
Bila diperkenalkan
caj baru ini kita tidak pastilah, tapi yang pasti ia dibuat secara
senyap-senyap atau kalau ada diumumkan sekali pun, dengan menggunakan bahasa
Melayu peringkat tinggi yang berselirat birat supaya orang lambat tangkap.
Pedulikanlah tu,
yang penting, adakah ini yang Khalid maksudkan sebagai membantu rakyat? Itu hari bukan main lagi pembangkang sebut
kerajaan pusat jangan berniaga dengan rakyat bila skim GST diperkenalkan pada
April 2015, rupa-rupanya pembangkang sendiri menekan rakyat dengan caj tidak
masuk akal untuk membeli rumah?
Tak hairanlah
sekarang kenapa harga rumah di Selangor makin lama makin mahal, rupa-rupanya
kerajaan negeri juga ada saham.
Kalau ada tidak
sedar, penulis nak sebutkan disini bahawa semua ini tidak berlaku pada zaman BN
memerintah. Pada zaman BN, jangan kata
caj tambahan 30%, kerajaan negeri juga akan menjual tanah pada harga istimewa
kepada pemaju perumahan yang ingin membina rumah untuk rakyat. Berbanding dengan sekarang dimana harga tanah
dijual pada harga pasaran!!
Jual tanah pada
harga pasaran, kos bina rumah lagi, sekarang campur pulak dengan caj pemajuan
30% kerajaan negeri, ini semualah resepi yang menyebabkan harga rumah tinggi.
Macam mana masalah
setinggan nak selesai di Selangor kalau masalah macam ini berterusan
membelenggu penduduk disitu? Sementara
kerajaan negeri dan Khalid sendiri berbangga dengan rizab kerajaan negeri yang
kononnya meningkat kepada RM 2.7 billion, rakyat menderita dan hilang harapan
nak membeli rumah di negeri tersebut.
Keadaan ini bukan
berlaku di Selangor sahaja, malah di sebuah negeri lagi yang diperintah Pakatan
pembangkang, Pulau Pinang. Di negeri itu
pun masalah kenaikan harga rumah yang serius berlaku di sana sini sehingga terdapat
sebilangan rakyat negeri tersebut, terutama dari kalangan generasi muda,
terpaksa berhijrah keluar dari negeri tersebut untuk membeli rumah yang lebih
munasabah harganya. Dengar cerita yang
'rajin' membeli rumah di Pulau Pinang adalah orang luar, dari Singapura
terutamanya - dah nama pun DAP.
Jadi entah macam
manalah agaknya pembangkang nak melaksanakan segala janji bulan bintang dalam
PRU13 yang lepas kalau perkara macam ini pun berlaku di negeri-negeri yang
mereka perintah? Nasib baiklah Tuhan pun
tak izinkan puak-puak ini menang, kalau tidak pasti lebih ramai rakyat negara
ini yang duduk di rumah setinggan atau bawah jambatan dek kesukaran nak
mendapatkan rumah sendiri
Sumber: Beruang Biru
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment