Ramai yang tersenyum sinis apabila membaca kenyataan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang memberikan ucapan terima kasih kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh. Lidah rasmi parti itu, Harakah Daily semalam melaporkan kenyataan Mahfuz yang memuji tindakan Karpal menjelaskan isu yang telah menimbulkan kemarahan ramai pemimpin Pas kerana menggesa pendaftaran parti itu dilucutkan.
"Beliau tidak menyeru agar Pas dibubarkan pendaftaran. Perkara ini telah diputarbelitkan oleh media. Kita berterima kasih kepada Karpal," katanya.
Kenyataan Mahfuz itu dilihat senada dengan pendirian Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sebelum ini turut menyalahkan media kononnya telah memutarbelitkan kenyataan tersebut.
Sedangkan sekiranya diteliti, kenyataan Karpal itu telah dilaporkan oleh media pro pembangkang seperti Malaysia Insider, Malaysiakini dan Harakah Daily. Apakah ini bermakna, media pembangkang telah tersilap ‘SPIN’ kerana mengambil pendekatan untuk memutarbelitkan kenyataan Karpal? Atau sememangnya ia adalah merupakan pendekatan sebenar mereka yang suka memutarbelitkan isu bagi menipu pembaca?
Sedangkan sekiranya media pembangkang benar-benar profesional dan berintegriti, mereka sewajarnya mendapatkan penjelasan sebenar Karpal terlebih dahulu sebelum melaporkan berita tersebut.
Karpal sebelum ini dilaporkan telah menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum dibatalkan pendaftarannya supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman dan latar belakang keturunan. Menurutnya lagi parti politik dan pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak dibenarkan kerana ia merupakan sesuatu yang serius.
Ekoran kenyataan tersebut ramai di kalangan pemimpin Pas dari kumpulan ulama bingkas bangun mempertahankan parti itu dari kecaman Karpal Singh. Antaranya Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Yang peliknya, Mahfuz adalah merupakan wakil tunggal kumpulan Liberal yang turut mempertikaikan kenyataan Karpal sebelum ini. Mula-mula dia kecam, kemudian selang beberapa haTi, dia memuji dan berterima kasih kepada Karpal sambil meletakkan kesalahan tersebut pada orang lain. Hebat bukan?
Sedangkan sekiranya kita lihat sejarah politik manusia bernama Karpal Singh ini, dia bukannya asing dalam membuat kenyataan yang berbaur perkauman dan sentiasa menyakitkan hati dan perasaan orang Melayu dan Islam. Contohnya dalam tahun tujuh puluhan dahulu, dia pernah menyelar Sultan Selangor dan menjadi ia satu isu yang hangat pada ketika itu.
Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah berkata ‘Langkah Mayat Saya, Sekiranya Ingin Mendirikan Negara Islam”. Malah disebabkan sering mengeluarkan kenyataan yang biadab, peguam itu suatu ketika dahulu dikatakan pernah ditampar oleh seorang guru silat.
Bagi meredakan kemarahan Pas, Karpal akhirnya terpaksa menggunakan khidmat Kit Siang untuk menjadi posmen bagi menyampaikan pesan kononnya dia tidak pernah bermaksud untuk merujuk kepada Pas bagi menyejukkan hati parti itu.
Ini kerana, Karpal dan Kit Siang tahu orang Melayu Islam khususnya di dalam Pas akan segera melupakan ketelanjuran mulut celuparnya. Dan yang paling penting, tidak kira apa yang dikatakan, Melayu Islam Pas akan segera lembut hati dan memaafkannya sekiranya ada di kalangan pemimpin parti itu yang membelanya.
Kepada pengikut, penyokong dan ahli Pas, sedarlah. Berhentilah dari terus dibodohkan dan tertipu dengan ‘KEIKHLASAN’Karpal Singh dan DAP.
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment