Pasti yang terkejut apabila membaca tweet Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching petang semalam yang bertepuk tangan dengan tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kerana mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.
Nie Ching semalam mengatakan “Ahli Parlimen Pokok Sena mempertahankan HAK penganut KRISTIAN untuk menggunakan kalimah Allah di dalam Dewan Rakyat. Tepuk, Tepuk, Tepuk”.
Menarik bukan? Seorang tukang lambung dan seorang lagi tukang sokong.
Yang menjadi persoalannya ialah, mengapakah di saat majoriti masyarakat beragama Islam menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian ini, masih ada yang mengaku sebagai Islam sanggup menyokong tuntutan tersebut. Sedangkan umum mengetahui, ia hanya akan menimbulkan kekeliruan dan di masa yang sama membuka ruang untuk disalahgunakan.
Paling menakutkan, sekiranya ruang dan peluang itu digunakan dengan sebaiknya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, akan menyebabkan gejala murtad semakin berkembang dan berleluasa.
Malah tindakan ‘berani mati’ Mahfuz itu turut mendapat kecaman dari kalangan ahli Pas sendiri yang jelas tidak bersetuju untuk membenarkan gereja menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan majalahnya.
Tidak cukup dengan itu, ada yang mendakwa Mahfuz mungkin telah DIBAYAR untuk melakukan tindakan tersebut. Tambahan pula dia adalah merupakan salah seorang dari Naib Presiden Pas, satu kedudukan yang cukup tinggi itu dalam carta kepimpinan parti yang mendakwa Islam itu.
Sekiranya dakwaan tersebut benar, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneliti dan segera melakukan siasatan terhadap akaun ahli parlimen Pokok Sena itu. Manalah tahu, ada di kalangan pimpinan DAP yang telah memberikan ‘bantuan’ bagi mendorongnya mengeluarkan kenyataan tersebut.
Ini kerana, dari segi politik tindakan Mahfuz itu ibarat cubaan membunuh diri sendiri, tambahan pula parti itu bakal mengadakan pemilihan parti pada hujung bulan ini. Ini kerana, ia bakal menyebabkan Mahfuz kecundang di tangan 2 calon yang diketengahkan oleh kumpulan ulama.
Atau mungkin juga, Mahfuz sedar peluangnya untuk menang dan mempertahankan jawatan tersebut adalah amat tipis. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan bagi menambat hati rakan sekutu mereka. Atau dalam bahasa mudah, Mahfuz ingin memberitahu kepada DAP, bahawa dirinya TETAP SETIA bersama parti ultra kiasu itu dan sedia diperkudakan pada bila-bila masa.
Dengan cara, dia akan disenangi dan berkemungkinan akan dipertimbangkan habuan untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah seperti yang diterima oleh Timbalan Presiden, Mat Sabu. Sekiranya Mat Sabu boleh diperkudakan dan diberikan jawatan sebagai timbal balik, masakan dia yang jauh lebih hebat dari Abang Mat tidak boleh melakukan perkara yang sama.
Walaupun Pas sebelum ini telah membuat kenyataan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam. Namun ramai di kalangan mereka sedar keputusan tersebut hanya untuk mengambil hati rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang.
Ini kerana rata-rata ahli dan penyokong parti itu masih tidak dapat menerima pendekatan ‘Tahaluf Siyasi’ parti itu yang semakin menyimpang dari perjuangan asal. Pilihanraya kecil Sungai Limau sebagai contoh, boleh dikatakan hampir tidak kedengaran Pas membangkitkan isu kalimah sepanjang tempoh berkempen.
Ia secara tidak langsung membuktikan Pas sedar, sekiranya tidak berhati-hati isu Kalimah Allah ini mampu memakan diri sekali gus menyebabkan parti itu kecundang di kubu kuat mereka.
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment