Dalam satu Majlis Makan Malam untuk mengumpul dana pilihanraya di Hotel Empire Subang Jaya semalam, Lim Kit Siang telah mengajak rakyat Malaysia agar berkongsi impiannya membina Malaysia untuk semua rakyat Malaysia di mana demokrasi diamalkan.
Katanya, “apa yang penting ialah PR harus berada di landasan politik dan pilihanraya ini sehingga kita berjaya membawa perubahan politik kepada Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, kawasan atau darjat bagi mencapai Impian Malaysia – iaitu Malaysia untuk semua rakyat Malaysia, di mana adanya demokrasi”.
Nampaknya, Kit Siang ingin mengajak kita semua berkongsi impiannya dan impian itu hanya boleh menjadi nyata jika kita meletakkan dirinya atau partinya di puncak kuasa.
Malangnya, kita telah melihat Kit Siang ketika mempunyai hanya sedikit kuasa dahulu dan apa yang kita lihat langsung tidak menepati gambaran di dalam ucapannya.
Kit Siang mengajak kita agar mengenepikan soal bangsa tetapi Kit Sianglah yang menjadi dalang pencetus 13 Mei di mana kaum Cina dari parti DAP terjerit-jerit melaungkan kebencian terhadap Melayu, menghalau Melayu dan menyuruh Melayu pergi mati.
Kit Siang mengajak kita mengenepikan soal perbezaan agama, tetapi Kit Siang dan partinya DAP tidak jemu-jemu mencabar agama Islam dengan membangkitkan isu yang tidak pernah menjadi isu sebelum ini seperti Kalimah Allah dan azan. Tentera siber Kit Siang juga melancarkan serangan berterusan terhadap Islam dan umat Islam dengan menghina nama Allah SWT, Nabi Muhammad serta amalan-amalan dalam Islam.
Kit Siang mengajak kita mengenepikan soal kawasan tetapi DAP juga yang membangkitkan sentimen prejudis terhadap kerajaan pusat di kalangan penduduk Sabah Sarawak.
Kit Siang juga mengajak kita mengenepikan soal darjat tetapi di masa yang sama DAP sering membawa hujah bahawa bangsa Cina merupakan pembayar cukai tertinggi, dan kononnya lebih bijak manakala bangsa Melayu hanya menumpang kekayaan mereka. Malah, 13 Mei juga dicetuskan dari taktik yang sama iaitu meletakkan bangsa Cina di atas dan Melayu di bawah.
Justeru, apabila Kit Siang mengajak kita berkongsi impiannya, kita wajar berfikir berkali-kali.
Ini kerana impian Kit Siang hanyalah untuk melihat Cina menguasai negara ini sepertimana yang berlaku di Singapura. Kit Siang tidak akan senang selagi kita hidup harmoni dan meletakkan semua kaum sebagai setaraf kerana Kit Siang mahukan kaumnya berada di atas dalam segala segi.
Kit Siang sanggup membiarkan anaknya memanipulasi pemilihan parti demi memastikan kaum lain tidak menjawat jawatan penting atau apa-apa jawatan langsung dalam CEC.
Inilah demokrasi impian Kit Siang di mana hierarki pemerintahan haruslah bermula dari bawah iaitu kaum Cina, parti DAP dan Dinasti Lim. Dalam kata lain, demokrasi boleh diamalkan selagi ketiga-tiga perkara ini berada dalam hierarki teratas mengikut aturan tersebut.
Kit Siang mencongak yang impian ini boleh dicapai dengan terus menggunapakai PAS dan PKR. Untuk itu, beliau menggariskan matlamat untuk memenangi pilihanraya dengan 135 kerusi daripada 222 kerusi. Caranya ialah dengan memastikan setiap parti sekutu PR mendapat 45 kerusi. Bagi mencapai matlamat ini, PAS perlu menambah 24 kerusi, PKR 15 dan DAP 7.
Memandangkan PAS semakin hari semakin ‘mengecut’ kerana asyik kalah atau menang dengan majoriti yang merosot teruk, maka kita jangka impian Kit Siang kemungkinan besar akan tinggal impian semata-mata, selama-lamanya.
Jika Kit Siang ingin tahu kenapa sokongan terhadap PAS semakin berkurangan, maka sebabnya ialah tiada siapa yang percaya dengan impian yang dijaja Kit Siang. Semua orang tahu siapa Kit Siang iaitu seorang rasis tegar yang membenci Melayu dan Islam dengan sepenuh jiwa raganya.
Kit Siang ada menceritakan di dalam ucapan yang sama kononnya terdapat seorang wanita Melayu yang mendekatinya di lapangan terbang untuk meminta maaf kerana membenci Kit Siang selama ini dan kini sedar bahawa Kit Siang bukanlah sejahat yang disangkanya.
Jelas, bahawa Kit Siang masih ingin memperbodohkan orang Melayu dengan cerita begitu.
Jika Melayu benar begitu bodoh, maka tidak mungkin PAS akan semakin kehilangan sokongan. Apa yang pasti, orang Melayu yang dahulunya tidak mengambil peduli siapa Kit Siang, kini sudah mengenali beliau dengan lebih baik.
Justeru, diulangi di sini bahawa Kit Siang adalah seorang rasis tegar yang membenci Melayu dan Islam dengan sepenuh jiwa raga sejak sebelum tragedi 13 Mei, selepas tragedy itu dan selama-lamanya dan akan berterusan menerusi keturunannya.
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment