Walaupun sering menggunakan Islam dan imej ustaz dan tok guru bagi menarik sokongan rakyat di kampung, namun pendekatan kempen yang digunakan oleh calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi parti itu jelas bertentangan dengan ajaran agama. Bukan sekadar memburukkan antara satu sama lain, namun ada di kalangan mereka sanggup menggunakan pendekatan yang agak melampau bagi menarik sokongan perwakilan.
Media sebelum ini melaporkan tindakan penyebaran satu poster yang bertujuan menghina calon Ketua Pemuda Pas, Zulhazmi Sharif yang digantikan dengan gambar anjing dan disifatkan sebagai penyokong kumpulan Liberal.
“Jika aning-anjing liberal ini berjaya menguasai parti, maka lihatlah sendiri akan lebih ramai lagi para pejuang Islam akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasarudin dan Dr Hassan Ali. Mereka akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP” kata salah seorang penyokong parti itu dalam akaun Facebooknya.
Selain menghasut, pemilik akaun tersebut turut mendakwa Suhaizan hanyalah ‘kambing hitam’ kepada golongan liberal dengan bertujuan untuk memecahbelahkan perwakilan Pas khususnya undi Kamaruzaman yang dikatakan mempunyai pemikiran Islam yang jelas.
“Golongan ini amat bimbang dengan Kamarulzaman yang mempunyai fikrah islam yang jelas maka Kamarulzaman wajib dinyah keluar dari Dewan Pemuda bagi melakasanakan kerja-kerja jahat mereka.
Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan sebelum ini pula menyifatkan tindakan tersebut merupakan cara kempen dan perang saraf yang keji bertaraf ‘macai’.
Tidak cukup dengan itu, di dalam satu majlis percambahan fikiran anjuran Lajnah Tarbiayah Pas Perak yang diadakan baru-baru ini, seorang penceramah dikatakan telah menghamburkan pelbagai kata-kata kesat terhadap Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Rawa.
Penceramah yang merupakan ahli jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Dewan Ulama PAS Pusat itu didakwa menghamburkan kata-kata berbaur hinaan yang tidak dibenarkan dalam garis panduan menjelang muktamar PAS.
Jawatankuasa Pemilihan parti itu melalui sidang akhbar yang diadakan sebelum mengatakan pihaknya telah mendapat aduan dua atau tiga kes di mana lajnah di peringkat negeri mengadakan majlis rasmi kemudian "ditukar untuk mempromosi seorang calon, dan pada masa yang sama menjatuhkan calon yang lain".
Selain daripada itu penyandang jawatan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu sebelum ini turut melahirkan rasa kecewa dan kurang senangnya berhubung cara dan kaedah kempen yang dijalankan pada pemilihan kali ini.
''Sepanjang 35 tahun saya berada dalam Pas iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat.''
Malah kenyataan itu turut disokong oleh Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Samad yang menegaskan wujudnya budaya fitnah dan adu domba menjelang pemilihan parti itu minggu depan dengan agenda tersirat untuk mengeluarkan parti itu dari pakatan pembangkang.
Katanya, budaya itu bukan akan menyelamatkan parti Islam itu, sebaliknya bakal meruntuhkannya.
Kesimpulannya, semenjak bersetuju untuk bersekongkol dengan DAP dan PKR, parti itu telah mula diresapi dengan pelbagai elemen negatif. Tambahan pula rakan sekutunya DAP dan PKR memang sering berdepan dengan masalah tiap kali tiba musim pemilihan. DAP dengan isu pemilihan CECnya, manakala PKR dengan insiden gaduh dan baling kerusi.
Apa pun, terserahlah kepada 1,300 perwakilan parti itu yang akan membuat keputusan pada 22 November ini. Keputusan yang akan dibuat pada tarikh tersebut bakal menentukan corak perjalanan politik Pas selepas ini sama ada 'Berani Berubah' untuk menjadi sebuah parti yang dominan atau 'Kekal' sebagai 'pak turut'.
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment