Beberapa hari ini ramai di kalangan pimpinan pembangkang ‘menjerit-jerit’ di dalam laman sosial Twitter menafikan penglibatan mereka terhadap kewujudan sebuah blog ‘Negara Pakatan Rakyat’ (www.negarapakatanrakyat.blogspot.com). Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di dalam twitternya baru-baru ini mengatakan kononnya blog tersebut bukan milik pakatan pembangkang tetapi ditaja oleh Umno.
Yang menghairankan ialah, mengapa Anwar menyalahkan Umno di dalam isu ini? Sedangkan sekiranya diteliti semua kandungan yang dipaparkan di dalam blog terbabit, secara jelas mengkritik kerajaan.
Dengan mengambil contoh isu video seks dahulu yang didedahkan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, ahli parlimen Permatang Pauh itu tidak mengheret ahli perniagaan itu ke mahkamah sebaliknya hanya membuat laporan polis.
Katanya, apabila hasil siasatan forensik mendapati video tersebut sahih dan benar, beliau pula menyatakan itu adalah satu konspirasi serta memperlekehkan kredibiliti polis.
Itu belum lagi diambil kira tindakan Anwar untuk menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan berhubung dakwaannya mengenai 40,000 pengundi hantu yang kononnya di terbangkan secara khas dari Bangladesh untuk mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang lalu. Apabila siasatan dilakukan, ternyata ia hanyalah merupakan cerita rekaan pembangkang untuk menghasut rakyat menolak keputusan pilihan raya.
Selain Anwar, Pengarah Komunikasi parti itu, Fahmi Fadzil turut dilihat cuba meletakkan kesalahan tersebut kepada Umno. Malah Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya turut mengambil pendekatan sama dengan mendakwa ia adalah merupakan perbuatan macai @ cybertroopers Umno. Mudahnya mereka menyalahkan orang lain.
Pembangkang, nampaknya mempunyai satu pendekatan yang ‘standard’ untuk menyalahkan Umno dan kerajaan dalam semua perkara. Sebagai contoh pendedahan video seks Anwar suatu ketika dahulu, turut dikatakan salah Umno, DAP bermesyuarat tanpa mengikut perlembagaan parti, sehingga terpaksa menjalankan semula pemilihan CEC, dikatakan sebagai salah Umno. Tidak ketinggalan yang terbaru perpecahan dalaman Pas antara kumpulan Ulama dan Liberal turut menjadikan Umno sebagai kambing hitam.
Sedangkan semua yang dinyatakan tadi adalah merupakan kesilapan mereka sendiri, namun disebabkan ingin memperbodohkan rakyat buat kesekiaan kalinya Umno dikaitkan dalam semua hal. Seolah-olah penubuhan Umno hanya untuk mengenakan pembangkang di negara ini.
Namun apa yang peliknya ialah, sehingga ke hari ini, tiada satu pun laporan polis yang dibuat bagi menafikan penglibatan pakatan pembangkang terhadap blog tersebut. Atau sekurang-kurangnya mengambil tindakan undang-undang.
Kesimpulannya, ini hanyalah merupakan taktik murahan Anwar bagi mengalihkan perhatian masyarakat. Ini kerana, banyak artikel-artikel yang disiarkan, banyak mengkritik pimpinan rakan sekutu mereka.
Persoalannya ialah benarkah pimpinan pakatan pembangkang tidak terlibat di dalam menaja blog tersebut? Atau ia sebenarnya adalah merupakan gerakan perang saraf mereka untuk memastikan semua pimpinan pakatan selari dengan pendirian dan keputusan yang dibuat Anwar.
Sumber: Beruang Biru
No comments:
Post a Comment