Thursday, October 3, 2013

Opera ‘Impian Sarawak’ DAP

Opera Cina DAP terus ditayangkan ke seluruh negara dengan skrip dan lakonan yang sama walaupun ia dihentam hebat sebagai tidak berkualiti.

Dengan membawa cerita yang sama, DAP berharap akan dapat menipu rakyat Sarawak pula melalui tajuk baru iaitu ‘Impian Sarawak’.   Kononnya, DAP bakal menjadi penyelamat, pemangkin perubahan dan pemimpin yang bakal membawa Sarawak ke arah kecemerlangan.  Kononnya, DAPlah yang akan menamatkan segala kemiskinan dan kesusahan rakyat terutama masyarakat bumiputera di sana.

Namun, sepertimana namanya iaitu ‘impian’ maka rakyat Sarawak tidak harus mengharapkan sesuatu yang lebih dari sekadar ‘mimpi’ semata-mata.  

Inilah diingatkan bahawa rakyat Pulau Pinang juga kini hidup dalam mimpi ngeri di bawah pemerintahan DAP.

DAP telah mendiskriminasi, meminggir dan menindas kaum Melayu dan India di Pulau Pinang secara sistematik lagi halus.  Sejurus selepas parti itu mendapat kuasa, kita melihat bagaimana harga hartanah meningkat mendadak, tanah-tanah orang Melayu dan India yang berpotensi dirampas untuk dimajukan sekali gus menafikan hak ke atas penduduk asal.  Kaum Melayu dan India dihimpit perlahan-lahan ke pinggiran pulau dan ke tanah besar.

Peniaga Melayu dan India pula ditekan menggunakan alasan undang-undang tetapi peniaga Cina diberi kelonggaran dan bantuan bagi ‘melepaskan’ mereka dari tekanan undang-undang.

Sarawak merupakan negeri yang memiliki sumber yang banyak.  Hutan-hutan Sarawak yang luas merupakan impian Cina-cina DAP untuk dibaham serakusnya.  Kita pasti, sekiranya DAP memerintah Sarawak maka hutan-hutan ini akan ditarah semahu-mahunya serta dikomersialkan di mana akhirnya akan menyebabkan penduduk asal negeri itu terpinggir lebih jauh ke dalam hutan.

DAP juga sudah diketahui amat ‘anti’ dengan sebarang bentuk bantuan terhadap bumiputera. Dan bukan kita tidak tahu bahawa DAP menjadikan penghapusan hak istimewa bumiputera sebagai tonggak perjuangan mereka.

Justeru, apakah ada yang benar-benar percaya yang DAP akan membantu masyarakat bumiputera Sarawak?

DAP sebaliknya menganggap masyarakat bumiputera sebagai beban dan perlu dinyahkan sahaja dari gambaran perancangan mereka untuk Sarawak.  Ini bukanlah kenyataan yang tidak berasas tetapi bersandarkan prinsip perjuangan DAP yang jelas, yang menolak DEB dan sebarang polisi yang menyerupainya.

Hakikatnya, ‘Impian Sarawak’ sebenarnya adalah impian DAP untuk meluaskan kuasa, sekali gus merampas tampuk pemerintahan negara.  Tidak lebih dari itu.  DAP tidak pernah prihatin dengan rakyat Sarawak, melainkan tauke-tauke Cina yang mampu mengkayakan lagi kaum mereka.

Hari ini, Pulau Pinang telah pun memperlihatkan apa yang ‘kuasa’ itu telah lakukan terhadap rakyatnya, dan Sarawak tidak perlulah melakukan kesilapan yang sama.

Ingatlah, sekali Sarawak jatuh ke tangan mereka yang tamak, penipu, rasis, khianat dan chauvinis itu, bermakna hancurlah segala impian masyarakat bumiputera di situ.

Sumber:  Beruang Biru

No comments:

Post a Comment